Wednesday, November 10, 2010

~ Mu'tah, jordan...Realiti atau fantasi..?? smga dipermudah kan...



CATATAN MU’TAH
Jamadil Awwal pernah memahatkan peristiwa bersejarah yang mana menyaksikan berlakunya peperangan Mu’tah di sebuah lembah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak, Jordan. Ia berlaku pada tahun 8H disebabkan oleh pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan yang dihantar oleh Rasulullah S.A.W kepada Raja Busra.

Maka tentera muslimin seramai tiga ribu orang telah dikumpul dalam masa yang singkat untuk keluar berperang di Mu’tah yang mana Rasulullah S.A.W tidak turut serta dalam peperangan ini.

Sesungguhnya Islam bukanlah agama yang tertegak melalui mata pedang kerana peperangan adalah langkah yang terakhir. Selepas utusan yang diutuskan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah tidak diterima malah dikhianati maka barulah tindakan yang lebih kasar iaitu peperangan boleh dilakukan.

Sebelum para tentera muslimin memulakan perjalanan mereka, Rasulullah S.A.W telah memberi arahan dari segi kepimpinan ketika berlakunya peperangan yang mana dimulai dengan Zaid bin Harithah diikuti oleh Ja’afar bin Abi Thalib jika Zaid gugur. Kemudian diganti oleh Abdullah bin Rawahah apabila Ja’afar telah syahid. Jika ketiga-tiganya telah gugur maka para tentera diminta memilih salah seorang yang thiqah kalangan mereka untuk memimpin. Rasulullah juga mengingatkan mereka agar tidak terus melancarkan serangan, sebaliknya menyeru kepada penduduk Mu’tah agar beriman dan apabila seruan itu ditolak maka barulah mereka boleh melancarkan serangan.

Sebaik sahaja mereka tiba di Mu’tah, tentera musuh telah mendengar kemaraan tentera Islam yang mana dengan segera panglima perang musuh, Hercules mengumpul bala tentera lebih seratus ribu orang disamping Syurabbil pula mengumpul seramai seratus ribu bala tentera yang lain hasil gabungan qabilah Lakham, juzam, qain dan bahar.

Apabila mereka mendengar berita mengenai jumlah tentera musuh yang begitu ramai, maka tentera Muslimin telah berbincang langkah mereka yang seterusnya di Ma’an selama dua malam.

Ramai di kalangan mereka yang mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah SAW mengenai perkara ini andai ada rukhsah untuk tidak berperang. Tetapi Abdullah bin Rawahah terus bangun menyatakan kepada mereka bahawa keluarnya Muslimin ke Mu’tah untuk memburu kemenangan ataupun Syahid dengan menjaga agama dan bukannya berperang kerana bilangan atau beradu kekuatan.

Hebatnya penyair Rasulullah SAW ini memotivasikan pasukannya.

Peperangan meletus sebelum masuk ke kawasan Mu’tah lagi yang mana kedua-dua pihak bermati-matian di dalam mencari kemenangan.

Pada mulanya Zaid bin Harithah yang memegang bendera panji Islam, tetapi beliau telah gugur syahid yang mana panji tersebut seterusnya dipegang oleh Ja’far bin Abi Thalib. Beliau turut gugur yang mana kedua-dua tangan al-syahid dipotong oleh musuh manakala 50 kesan panahan musuh terdapat pada badan beliau. Kemudian panji itu berpindah ke tangan Abdullah bin Rawahah.

Peperangan diteruskan. Dua sahabat utama telah syahid. Perjuangan terletak di tangan Abdullah bin Rawahah. Tetapi beliau juga gugur syahid, di medan Mu’tah yang penuh sejarah.

Kepimpinan selepas itu diterajui oleh panglima perang yang agung iaitu Khalid bin Al-Walid dengan persetujuan daripada tentera Islam yang lain.


dipetik dari kitab Ar Raheq Al Makhtum (The Sealed Nectar)

~ Persatuan Mahasiswa Malaysia university mu'tah, jordan..
http://www.permatajordan.com/web/

Limaza Urdun..???

Dipetik dari http://ms.langitilahi.com
Hayya baca...=)

Tanah Syam yang diberkati

Kelebihan yang tidak dapat disangkal lagi untuk Jordan adalah, bumi ini merupakan bumi para Anbiya. Malah, inilah dia tanah Isra’ Rasulullah SAW. Allah SWT memberkati persekitarannya.

Allah SWT berfirman: “Maha suci Allah yang menggerakkan hamba-Nya daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang Kami berkati sekelilingnya untuk meneranginya dengan ayat-ayat Kami…” Surah Al-Israa’ ayat 1.

Kedudukan Jordan yang berada di tengah-tengah, antara Palestin, Mesir, Arab Saudi, Syria, Turki dan sebagainya membuatkan pelajar-pelajarnya mempunyai peluang mengembara yang tinggi dan mudah.

Pergi umrah hanya RM500 dan melaksanakan haji hanya sekitar RM2500 jika bergerak dari sini.

Tanah Jordan ini juga dipenuhi dengan makam para sahabat, tempat-tempat bersejarah seperti Petra, makam ashabul kahfi, medan peperangan Yarmouk, medan peperangan Mu’tah dan Laut Mati, tempat-tempat yang cantik seperti Wadi Ram, Wadi Mujib, Aqaba dan banyak lagi.

Keadaan di Jordan juga kondusif dan selesa.

Organisasi di dalam kehidupan pelajar Jordan.

Kehidupan pelajar melayu di Jordan merupakan kehidupan yang mempunyai kesatuan yang kuat, dan organisasi pelajar-pelajarnya selaras bergerak dalam keadaan yang sangat harmonis dan kemas.

Semua pelajar dinaungi oleh Kedutaan Malaysia, kemudian di bawah kedutaan wujud Malaysian Student Department(MSD) yang menguruskan keadaan pelajar di seluruh Jordan. Di bawah MSD, terdapat satu organisasi dari kalangan pelajar yang mengurus laraskan semua organisasi yang wujud di Jordan. Organisasi itu bernama MPPMJ(Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan)

Di bawah MPPMJ, terdapat empat persatuan zon mengikut daerah tempat tinggal pelajar melayu di Jordan, bersama persatuan-persatuan Badan Kebajikan Anak Negeri(BKAN). Persatuan Zon(PZ) yang dikatakan adalah Persatuan Mahasiswa Irbid(PERMAI) yang terletak di Irbid, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah(PERMATA) di Mu’tah, Persatuan Penuntut Malaysia Amman(PPMA) di Amman dan juga Persatuan Pelajar Malaysia Al-Bayt(PRISMA) di Mafraq.




Apa yang ana cari sebenarnya??

Bakal terlepas peluang kenduri kendara kahwin adik beradik, sahabat...

Bakal tercampak sunyi di negeri orang.

Bakal membiarkan ma n abah sunyi sepi di kampung.

Bakal berpisah yang mungkin bertanda mati!!

Besar sekali harga sebuah perjalanan kembara ilmu yang bakal dilakar ini.


Soalan tentang hal ini saya fikir sehadam-hadamnya. pengajian islam bukan tiada di negeri sendiri. mengapa saya mengambil keputusan untuk mengembara jauh? apakah yang saya cari? salji? glamour? naik kapal terbang? siar gambar raya di surat khabar ramadhan demi ramadhan? apa yang saya cari?? even pd mulanya..fmly ku tidak mmberi keizinan utk aku ke kesana krn aku mse 2 mnymbung pljrn dgree di UDM fatrah uulaa.ISM Usuluddin...but krn kesungguhan n niat ku utk mnymbung pljaran ke sana..akhirnya ku diizinkan...wlupun mereka anggap aku "degil"..xpela..akhirnya restu yg ku dapat dr mereka..Alhmdullilah..smga dipermudahkn..

sesungguhnya saya tidak pernah mengizinkan diri untuk menjadi biasa2. saya ciptaan Allah. Dia yang Maha Bijaksana lagi Sempurna. mustahil Allah menciptakan saya biasa2 untuk saja2 bagi tujuan yang ala kadar semata. saya yakin saya makhluk Allah yang ISTIMEWA, dan kembara ke bumi anbiya', ke dataran syam ini adalah untuk mencari KEISTIMEWAAN itu..




p/s: surat dr KPT da dpt..skng wait srt dr Jordan..KPT kte kuar bln 8..jz waiting ja..smga dipermudahkan urusan ku ksna..ameen ya Allah..=)




Tetamu di Dataran Syam ini

Harus Gagah seperti Abu Ubaidah

Tanah yang gersang disuburkan

Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan


Di celah pohon zaitun yang rendang

Bersemadi syuhada pahlawan Islam

Menanti dan terus menanti

Hadirnya barisan waris perjuangan


Medan ini medan yang susah dan payah

Sesudah medan Mu’tah di puncak sana

Dan penghuninya juga harus gagah

Segagah Kota Karak perakam sejarah


Di sinilah kau akan membinana jiwamu

Jiwa pembela maruah agama

Berbekalkan ilmu berpandukan iman

Islam pasti akan kau merdekakan


Ketibaanmu adik-adikku

Kusambut dengan seribu pengharapan

Agar kau menjadi insane berilmu

Dan pembela nasib agamamu


Hatimu perlu cekal dan tabah

Sesabar tiga Sahabat Rasulullah

Jiwamu perlu subur dengan iman

Sesubur Dataran Syam bertuah


Kita diajar cintakan kematian

Bagai musuh kita cinta kehidupan

Maka di Bumi Israk ini tempatnya

Kau mengenal jihad dan perjuangan


Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan

Untuk Ummah melihat masa depan

Sebagai ulama sebagai pejuang

Islam pasti kau akan merdekakan

Selamat datang Tetamu Dataran Syam!!


“ Rinduku pada bau pohon tin

Tangis jiwa meratap kenangan

Sirna janjiku pada Rabbul ‘Aalamin

Sirih pulang ke gagang perjuangan. “

p/s: pesan untuk ana dr ust2 dr UDM...Said Ust Aman: buktikan dr anda adalah lbih baik berbnding blja di UDM...Said ust S
aiful(KJ Usuluddin): pergilah..ana sokong..ble nk p...?hehhee..rndu kt KJ...u r the bes KJ 4 me..tke cre 4 ur studnts...Said Ust Faiz n Ust zahid Soleh: pergilah..bgus laa..ana sokong...xperlu la p blaja bhsa terllu lama..mmadai la ..cz kamu da de basic..hhehhee..yola...rindu kalian..

No response to “~ Mu'tah, jordan...Realiti atau fantasi..?? smga dipermudah kan...”

Leave a Reply