Sunday, June 26, 2011

..::Kuatkan ku Ya Robb::..

~~ Terus tersenyumm.mencari makna disebalik senyuman~~

Ya Allah,
kuatkan lah hati hambamu ini...
terasa hati ini terasa mahu terus menangis..
menangis kerana cuba faham..cuba mengerti..

tapi..
siapakan saya...mengerti,memahami.
yang dilakukan bukan mengikut kehendak hati.
cuba untuk memikirkan, memahami,
tapi saya hanya insan biasa yang tak mampu untuk
memuasakan hati semua.

bertindak, melakukan, berani,
kerana cuba memahami, mengerti, melakukan,
tidak pernah menolak sebagai takdir kehidupan,
diberi peluang untuk memilih,
supaya tiada hati yang terluka..

ku cuba..dan terus mencuba.
mengerti dan terus mengerti...
memahami dan cuba memahami..
fahamilah, diriku bukannya yang terbaik kalau
telah melukai, mengasari..memungkiri..

akan ku tersenyum pada 'nya'
supaya akan hilang segalanya dari kotak fikiran ku..
percaya pada janjiNya..
janji itu PASTI sehingga lah bertemu denganNya..

Teruskan terSENYUM.~^^

nota cinta ^^ :

* Teruskan tabah..don't give up, but stand up~!!

* mengerti dan akan terus mngerti sebaik mungkin untuk cuba tidak menyakiti hati2 yg lain..

* sungguh, saat begini telalu merindui ma..abah...rndu kn nsht dan pujukan kasih syg...

Wednesday, June 22, 2011

..::Ohh Allah, forgive me::..


Oh Allah...
Teach us to love others just like we love ourselves.
Teach us to judge ourselves just like we judge others.

And if we have wronged anyone, give us the courage to apologize.
And if anyone wronged us, give us the courage to forgive because you have taught us that forgiveness is the highest level of strength and revenge is the highest level of weakness.

And we ask you not to forget us in your forgiveness.
And certainly you are free from imperfection.


...يا الله
تعلمنا أن نحب الآخرين مثلما نحب أنفسنا
تعليم لنا أن نحكم على أنفسنا تماما مثل الآخرين القاضي نحن

وإذا كنا قد ظلم أحدا ، يعطينا الشجاعة
لالا اعتذار
وإذا ظلم أحدا منا ، تعطينا الشجاعة ليغفر
لأنك علمتنا أن التسامح هو
أعلى مستوى من القوة والانتقام هو أعلى
مستوى من الضعف

ونحن نطلب منك أن لا ننسى لنا في عفوك
.وبالتأكيد أنت حر من النقص

jzkllhu kher ukhti nisrin akan kata2 yg berguna ini..keep smiling~

* Allah, make it easy~~

* Forget what has hurt you in the past, but never forget what it has taught you.

* forgive me , to all my friend,I need ur dua'~~

* Sometimes, only smile to burry the pain inside us..~~

Tuesday, June 21, 2011

~!! selamat jalan sayang..selamat berjuang~


ain & akiey~~

selamat jalan sayang,
selamat berjuang selamanya..
semoga selamat semuanya.
salam perjuangan.


kau seperti kakak, yang sentiasa memberi semangat,
seperti adik, yang memberi nasihat,
seperti guru, yang sentiasa mendidik..

dulu sentiasa bersama,
tapi kini perjuangan ku sepi tanpa dia.
sentiasa ada ada untuk saya,
sentiasa membantu jika perlu.
tapi, perjuangan ku takkan terhenti begitu sahaja.

sahabatku..
jadilah insan yang berguna buat masyarakat..
ibubapa, dan juga menjadi 'pejuang',
dalam meneruskan perjuangan.
teruskan sahabat..

dulu, kini dan selamanya,
ukhwah sentiasa..
moga yang sedetik itu,
menjadi kenagan buat kita..


Bila diri diruntun pilu,
kau sentiasa meniupkan kata2 semangat,
dengan gelakmu, membuatkan diriku
kembali tersenyum..


sejuta kemaafan ku hulurkan,
semoga ukhwah kita keranaNya,
moga menjadi kekuatan buat ku untuk
terus melangkah~~

selamat jalan sayang ku akiey a.k.a NURUL ZAKIAH
BT ISMAIL~ selamat berjuang sebagai da'ie kepada masyarakat..

syg kamu dan sentiasa akan merindui kamu.. UKHWAH selamanya.
~ain & akiey~

Friday, June 17, 2011

..:: Harga sebuah MUTIARA ::..


Apabila kamu berkawan dengan lelaki,

Ingatlah ada dua pilihan terbentang.


SATU,

Kamu jadi seperti SANTAN KELAPA.

Mudah diperolehi..

Diparut..

Diperah..

Dan diambil santannya.
.
Lepas tu hampasnya dibuang..



KEDUA,

Kamu menjadi sebutir MUTIARA..

Berada di dasar lautan..

Tersimpan rapi..

Dilindungi kulit..

Bukan senang nak melihat..

Apa lagi mendapatkannya..

Hanya orang yang bertuah..

Berusaha menyelami dasar lautan..

Dapat memperolehinya..

Harganya mahal sekali..

Dan ia akan disimpan selamanya..



Jadi,

Kamu pilihlah samada hendak jadi KELAPA atau pun MUTIARA?

Di sebalik SANTAN.

Menjadi penyedap makanan...

Diperah segala kenikmatan..

Dengan mudah jatuh menjadi titisan...

Akhirnya kari habis dimakan...

Pulut panggang sisa habis ditelan..

Dan santan hilang tak jadi ingatan...

Yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang...

Orang tak kenang jasa santan...



MUTIARA..

Tertanam di dasar yang paling dalam..

Sukar andai megharap jadi perhatian kerana

Dilapisi kulit keras menghadang...

Namun kiranya ditemui insan...

Akan menjadi permata hiasan..

Terletak tinggi di cincin idaman...

Atau di leher nan jinjang..

Atau di lengan menawan..

Makin lama mutiara tertanam..

Makin tinggi nilaian...

Tentukan mana satu pilihan..



Menjadi SANTAN...

Mudah jadi perhatian..

Tapi hanya sebentar jadi santapan...

Kemudian hilang segala nikmat dan pujian..



Menjadi MUTIARA.

Sukar ditemukan..

Namun bila dihias indah gadis perawan..

Hilang ia...tangisan mengiringi berzaman..


Nota cinta^^:

* Renung2kan dan selamat beramal~


* Semoga hati kita dalam jagaanNya sentiasa~InsyaAllah,ameen.

Thursday, June 16, 2011

~ Terus MELANGKAH~

~Semoga 'PERMUSAFIRAN' ku bernilai Ibadah disisiNYA~

Ya Allah..
ku mohon kepadaMu,
tetapkan lah pendirianku dalam matlamatku,
tetap terus melangkah dan terus melangkah
dalam mengapai dan mengutip mutiara Ilmu.

Tidak akan ku biarkan pengembaraan ku disini
hanya satu pengembaraan yang sia2,
cuba dan terus cuba melangkah
tanpa mengenal erti lelah,
bermatlamatkan dengan cita2 yang satu
demi 'menggali' sebanyak mungkin mutiara Ilmu.

Akan..dan akan terus melangkah..
kuatkan tekad dihati,
tiada yang mustahil dari DIA,
teruskan bermujahdah dan terus..terus..
natijah dari DIA..
percayalah akan erti sebuah keajaiban dari
sebuah TAWAKAL.

Terus melangkah,
tanpa berpaling ke belakang,
percayalah pada diri,kejayaan akan diperolehi,
bila kita akan merasai akan kepayahan,
kerana disitu keyakinan pada diri akan TERCIPTA.

YAKINLAH,
ku ingin terus 'terbang' tinggi,
dalam mencari mutiara ilmu,
walaupun terkadang 'PUTUS ASA' pada diri hadir,
tapi, akan ku kuatkan semangat,
demi CITA yang satu,

KUATKANLAH langkah ku Ya Allah,
semoga langkah ku bernilai Ibadah,
bukan langkah dan penggembaraan yang sia2,
Teruskan TERSENYUM dalam melangkah,
InsyaAllah, Allahu Taala A'lam~

Doa+ Effort + Tawakkal~

Nota cinta^^ :

* KEKUATAN tidak datang dari kemampuan FIZIKAL,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak

pernah MENGALAH~

* Teruskan MELANGKAH tanpa mengenal erti penat, letih..

* Terus 'bekerja KERAS' untuk mengutip mutiara Ilmu~MADAH soifi: I'jaz Quran, Ahkam Wakaf, Nabatat, Tilawah 1..believe urself, u can do it~!!!

* semoga usia 9 bulan pengembaraan ku disini tidak sia2,yakin pada diri.

~ Focus..focus dan terus fokus pada matlamat~Allah, make it easy..^^


Monday, June 13, 2011

~ 'mereka' permata hatiku ~



Tidak tertanggung lagi rasanya hati ini,
buat yang jauh dimata, dekat dihati.
Engkaulah 'permata' hatiku ma,abah.
sungguh, ku merindui kalian semua..

Ya Allah,
lindungilah mereka dengan rahmatMu,
Ampunilah dosa2 mereka,sepertimana mereka
menjaga dan mendidiku diriku sejak dari kecil lagi..
rahmatilah mereka dengan rahmatMu yang sangat luas.

Ma..abah...
sungguh, baju 'kalis rindu' ini tidak mampu bertahan lagi,
terasa kian terkoyak, tapi takkan aku biarkan
habis terkoyak dek perasaan hati,
sahabat2 disisi yang mampu menjahitnya semula
untuk terus bertahan lagi..

Ya Allah,
moga kerinduan ini menjadi semangat dan kekuatan.
kekuatan buat diri untuk lebih menjadi kuat..tabah..
menjadi anak yang tabah..kuat..sabar...
akan liku2 kehidupan...

Bangkitlah,
hanya doa,memohon pertolongan dariNya..
agar diri ini terus kuat tabah dalam meneruskan perjuangan.
menjadi rantai2 perjuangan di dataran syuhada' ini...
percayalah, disebalik apa yang kita lalui ini,
akan ada kemanisannya bila kejayaan akan kita kecapi.

Teruskan langkah perjuangan ini dengan senyuman..Teruskan bergantung padaNya..
Tiada yang Musatahil..Natijah dari DIA..
Doa+Effort+Tawakal..
InsyaAllah..

Wednesday, June 8, 2011

..:: Terima kasih untuk ukhwah ini ::..



Terima kasih untuk ukhwah ini,
terima kasih kerana meminjamkan telinga,
bila diri ku meluahkan rasa,
meminjamkan bahu,untuk sama2 menanggung..

Terima kasih sahabat,
terima kasih kerana menjadi 'kaunselor',
bila diri diruntun sayu,bila diri dalam duka
ditimpa bermacam ujian,bila diri dalam kekurangan,
kau dengan kata2 semangat dan nasihat, meyakinkan ku
akan makna sebuah ukhwah..terima kasih Ya Robb..

Sahabat,
biarlah ukhwah yang dibina,bagai seutas tasbih,
ada awal,tiada penghujung..dicipta untuk mengingatinya,
dicantum untuk dicintainya..diratib demi redhaNya..

Terima kasih sahabat,
menjadi kakak,untuk menasihatiku,
menjadi guru, untuk mendidik ku..
menjadi adik untuk menceriakan ku..

ukhwah yang dibina,
bukan mengharapkan balasan sebagai 'hadiah'nya,
cukuplah ikhlas kerana Allah Taala..
kerana:
" Hubungan kamu dengan sahabat kamu adalah tanggungjawab
kamu kepada Allah..kamu tidak mengharapkan balasan daripada sahabat
kamu atas kebaikkan kamu..tetapi kamu mengharapkan balasan Allah atas kebaikan
kamu..hubungan sahabat kamu terhadap kamu pula, itu adalah tanggungjawab dia
kepada Allah.."

Maaf..maaf..maaf,
kerana tidak mampu lakukan yang terbaik..
kerana diri ini tidak mampu mengikut kehendak kalian,
tidak mampu menggembirakan kalian..
maaf dan ku dah cuba yang terbaik dalam ukhwah ini..
moga ukhwah kita hingga bertemuNya.
maaf dan ku juga memaafkanmu..

sahabat,
yang ku pinta,biarlah ukhwah kita mendapat nilaian disisiNya..
ku doa dari kejauhan, biar bicara tanpa suara,
moga kalian kuat dijalanNya..
moga kalian dipermudahkan segalanya...
walaupun dirimu jauh di sisiku..
tetap dalam doaku,tetap dalam ingatan ku..


"...Terima Kasih atas Ukhwah ini..Ukhwah Fillah Abadan abada.."



Nota cinta^^:

* Semoga ukhwah yang dibina keranaNya sehingga bertemuNya...

* Apalah ertinya sebuah perhubungan, jika tiada ketaatan kepadaNya..

* Ku pasti merinduimu..merindui kata semangat dan nasihatmu..

* Ukhwah itu Indah,apabila bertemu dan berpisah kerana Allah..~

Nota cinta dari bumi Jordan. 8/6/2011~
11: 20 P.M.

Sunday, June 5, 2011

..:: Tinta buat ADAM dan HAWA ::..


(Buat adam yg mencari cinta hawa..buat hawa yg menanti cinta adam..)

Benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..
untuk adam.. andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..


2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..


3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

Untuk hawa.. andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..


2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..


3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..


~lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu.. sekadar renungan bersama..^^

nota cinta^^:


* Kiranya tiada cinta insani untukku, cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku..moga kelak akan ada cinta untukku

daripada Insan yang mencintai Allah, sebagaimana cintaku terhadapNya.


* Semoga kita beroleh cinta dariNya..ameen...Allah, make it easy~!!!

..::Nota buat pejuang di Dataran Syuhada'::..



( Perjuangan di dataran syuhada')

Sungguh ku rindu sangat untuk pulang ke malaysia..
tanah tumpah darah tercinta..
rndu sangat sama ayah bonda & keluarga..
tp.. aku harus bertahan..
terus kuat..terus tabah..

walau telah beberapa kali "baju kalis rindu" ini terkoyak..
tp aku tidak boleh membiarkannya terus terkoyak..
pasti akan kupinta jasa baik shbt menjahitknnya semula..
membukanya sama sekali aku tidak boleh..

walau angin badai bertiup kencang..
biar ribut taufan datang bertandang..
ku harus tabah..tidak boleh rebah..
walau jalan ini penuh cobaan..
tp jalan ini yg mnjadi pilihan..
kerna sebagaimana sabda Rasulullah dlm hadith Baginda :

Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ” Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak ”

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)
Subhanallah!!..

sungguh beruntung bg org2 yang diberi kesempatan utk berada di dalam lapangan ini..
perjuangan yang tdk perlu mengangkat senjata..
perjuangan yang tdk perlu mengorbankan nyawa..
perjuangan yang hanya bersenjatakan pena..
tetapi..perjuangan ini..
perlukan pengorbanan diri..
berkorban rasa..
berkorban masa..
berkorban tenaga..
perlukan kesungguhan yg jitu..
kerna..perjuangan ini..
matinya juga adalah syahid..
walaupun kadangkala ujiannya pahit..

hempedu itu pahit..
tetapi pahitnya bisa menjadi ubat..
madu itu manis..
tetapi terlebih makan bisa jd mudhorat..

biar pahit..
biar sakit..
biar sukar..
biar payah..
jangan gundah..
sabar itu indah..
ingatlah kita ada Allah..
kita harapan ibu ayah..
kita "khudwah" adik2 di rumah..
kita bakal peng"evolusi" ummah..
yang pasti..matlamat kita jannah..
strive for Jannah~!!

( semoga kerinduanku kepada kalian, tidak melebihi cintaku kepadaMu..)


Nota cinta^^ :


* Sungguh, sy rindukan family sy..ma..abah..adik bradik sy sgt2 saat ni.. :((


* BarakaAllahu fekum..semoga kita dalam jagaan dan rahmatNya sentiasa..


* Semoga terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan di medan syuhada' ini.


* kamu kne kuat nurul ain..semoga kamu menjadi rantai perjuangan Islam..Harapan Islam..harapan kluarga..dan harapan masayarakat..





Friday, June 3, 2011

..::Moga Terus Kuat- Intan Nurul Ain::..

( Terus bergantung padaNya..tiada yang mustahil..natijah dari DIA)

Salam alaik' semua...imtihan dunia sudah berakhir..bagaimana Imtihan akhirat kita pula..sudah bersedia kah kita menghadapi Imtihan akhirat? mati kita tidak berbau.bilakah waktunya?adakah kita semua da bersedia?

sedarlah manusia, kita didunia, hanya pinjaman..tiada yang kekal abadi..setiap manusia, diuji dengan bermacam ujian, tanda Allah sayangkan hamba2Nya..diuji supaya manusia dekat padaNya..menguji tahap keimanan seseorang insan..samada menjadi seorang yang kufur?atau menjadi orang yang bersyukur?pilih lah yang mana satu kita mahukan..tepuk dada, tanyalah iman...

Sedarlah, Allah menguji, tanda Allah sayang akan kita..kita akan diuji, sampai kita merasai kemanisan bila diuji..setiap manusia, diuji dalam situasi yang berbeza..sakit..susah..duka...semuanya menutut kesabaran supaya kita tidak akan kufur..supaya kita akan terus bersyukur..dengan ujian, kita akan menjadi orang yang tabah.kerana ujian, mematangkan kita...

Buat adik kesayangan ku..Intan Nurul Ain...
Teruskan kuat ye dik, akak sentiasa mendoakan adik..penyakit yang Allah bagi kat adik tu..tanda Allah sayang adik..adik diuji kerana adik mampu..Allah takkan menguji hamba2Nya...lebih dari kemampuan..sabarlah dik..kesakitan, tangisan adik..akan bertukar kepada nikamt dik..akak tau adik kuat..adik kuat..semoga kekuatan adik tu, bernilai ibadah disisiNya..beroleh ganjaran diakhirat nanti, walaupun didunia kita derita dik..tapi ingat pesanan akak selalu.jangan berputus harap pada DIA dik..teruskan bergantung harap padaNya..even awak selalu bertanya kan akk, " akak xtau macamana sakitnya adik." percayalah dik, even akak xtau sakitnya..deritanya adik mghadapi sakit itu..insyaAllah, adalah penawarnya..adalah nikmatnya dik..even adik selalu kata, adik xkuat..hakikatnya dari pandagan akak, adik seorang yang kuat..knapa tidak, adik kuat untuk melawn penyakit..'barah' itu akan hilang dik..dengan kehendakNya.teruskan meminta dik..terus kan meminta..setiap penyakit, ada penawarnya..akak sentiasa mendoakan awak dik..walupun kita jauh..adik sentiasa dalam doa akak..jangan bersedih ye dik..jangan bersedih memikirkan tentang penyakit..teruskan tersenyum ~!!tiada yang mustahil dik..

Ingatlah adikku Intan,
perasaan yang Allah hadirkan itu, bukan lah untuk dilayan hatta jiwamu akan terkorban.bangkitlah dik..' Katakan tidak pada tangisan..katakan tidak pada putus asa." Allah sentiasa ada untuk adik..tiada yang mustahil adik..teruskan bermujahadah..mohon padaNya selalu...

Doaku untuk adikku Intan,
Ya Allah, anugerahkan lah Iman untuknya menghadapi setiap
ujian dan cubaan menanti..mudahkan lah dia dalam menghadapi
perjuangan ujianMu..kadang2 dia lemah, maka KAU kuatkan lah..
kadang2 dia resah, maka tenangkan lah dia..kadang2 dia gentar,
maka campakanlah keberanian ke dalam hatinya..dia meminta..
maka kabulkanlah..dia berjuang dalam menghadapi ujianMu,permudahkanlah..
dia sangat sayang padaMu yg utama..maka sayangilah dia.dia yakin padaMu,
maka KAU maha mengetahui apa yang terbaik untuknya,agamaNya..
dan akibatnya pada masa akan datang..Ameen Ya Allah,perkenankanlah..


( Intan Nurul Ain- teruskan tersenyum yaa^^)

Nota cinta^^:

* Teruskan tabah ye dik..itu ujian buat adik..berkat kesabaran ..ketabahan, ada ganjaran baik disisiNya dik.


* Teruskan tersenyum walau dalam apa jua keadaan pun dik..moga ujian yang dik hadapi ni, menjadikan adik srikandi yang kuat disisiNya..doa akak sentiasa untuk adik..


* jumpa nanti, ada hadiah untuk kamu..Biiznillah...semoga terus kuat ye adikku Intan Nurul ain..syg kamu fillah..^^


Surat cinta dari bumi Jordan.
11:02 PM
03/06/11