Thursday, March 28, 2013

INDAHNYA PERKAHWINAN BILA KERANA ALLAH



ku coretkan sebuah bingkisan hati seorang isteri kepada seorang suami…semoga bingkisan ini menjadi inspirasi buatku dan buatmu untuk meneruskan perjuangan…


suamiku…terima kasih ku ucapkan buatmu kerana dikau telah menerimaku dalam hidupmu ketikamana mula-mula kita disatukan atas ikatan pernikahan…KERANA ALLAH…


suamiku…terima kasih ku ucapkan buatmu kerana dikau menerimaku walau diriku tidak sempurna seadanya sepertimana yang diidamkan oleh semua suami…kerana dikau menerimaku KERANA ALLAH…


suamiku…terima kasih ku ucapkan buatmu kerana dikau telah menjadi KERANA ALLAH…

suami yang baik buatku dan melaksanakan tugasanmu dengan sebaiknya sebagai seorang suami kerana dikau melaksanakan tugasanmu




suamiku…terima kasih ku ucapkan buatmu kerana dikau melembutkan tuturmu ketika berbicara dengan ku selayaknya dirimu menghormati isterimu…kerana dikau melembutkan tuturmu KERANA ALLAH…


suamiku…terima kasih ku ucapkan buatmu kerana walaupun dikau telah bergelar seorang ayah…dikau tetap tidak melupakan perananmu sebagai suami…yang sentiasa melaksanakan tugas seorang suami…kerana ku yakin dikau laksanakannya KERANA ALLAH…


suamiku…yakinlah…bila kita saling MEMAHAMI…saling MENGHORMATI…saling MEMPERCAYAI..saling MEMAAFI..saling MENYAYANGI semuanyaKERANA ALLAH…pasti setiap mehnah yang dilalui dalam bahtera kehidupan kita bersama…hanyalah untuk menuju mencari REDHA dari-Nya…dan kita akan terus bersatu sehingga DI SANA nanti….

~22.08 p.m~
hari ke4.     
interaksi di IPG  KAMPUS ISLAM,BANGI
MODE: RINDUUUU FAMILY: