Friday, October 28, 2011

..:: Berdiri Tegas dalam kelembutan::..




Terkadang rasa perjalanan hidup semakin singkat untuk dilalui..semakin menghampiri kepada seruan Ilahi..semua orang akan merasai saat itu..yang kita tak tau,bila dan tempatnya nyawa kita akan diambil oleh pencipta teragung.'setiap yang bernyawa,pasti akan mati.' Sama2 Muhasabah..

'setiap yang bernyawa,pasti akan mati.'

Terfikir sejenak, adakah perjalanan hidup yang dilalui sebelum ini telah membawa diri hampir kepadaNya atau kepada dosa?? diri xselamanya ingin kepada dosa..ingin berubah yang lebih mendekatkan diri kepda DIA..Biar airmata yang mengalir membasahi pipi menjadi sebab kepada diri hampir selalu kepada DIA..jasad ini akan menjadi saksi diakhirat kelak..Jauhkanlah aku kepada kejahatan dengan rahmat dan kasihMu Ya Allah, peliharalah hati hamba2Mu ini..

Terasa ujian mematangkan diriku..supaya aku menjadi tabah dan kuat untuk melalui liku2 kehidupan yang penuh mencabar..Bisakah aku dapat melaluinya atau hanya mampu berhenti dipertengahan jalan?? segalanya datang pada diri.teruskan kuat..teruskan tabah..teruskan pada keyakinan diri..Biar ujian dapat dilalui dengan tabah dan sabar..yakin akan janji Allah..moga Allah pelihara 'mereka' disana. Biarkan orang nampak kita tabah ..tersenyum untuk melaluinya..Biar rasa hati yang mencengkam ini DIA yang mengetahui..tetap mendoakan buat kalian disana..

Terkadang rasa perjalanan ini, payah untuk kita lalui dan nikmati..percayalah, sesusah dan mencabar mana perjalanan hidup ini..tetap kita tempuhi, kita akan dapat merasai kemanisannya bila kita terokainya dengan rasa nikmat dan syukur pada DIA..sabar dan tabah kunci kekuatan untuk terus melangkah..wahai hati, kuatlah xselamanya orang yang kuat itu akan terus kuat, yang lemah itu akan terus lemah..disebalik kepayahan itu, akan ada keyakinan pada diri.

~Inginku berdiri tegas dalam kelembutan,tegas,asal tidak tewas~

Langit x selalunya cerah..begitu juga dengan manusia, bukan semuanya perjalanan hidup yang dilalui Indah2 sahaja..Andainya perjalanan hidup ini dapat dicatat, akan ku catat yang indah dan baik2 aja...Tapi, semuanya adalah dari DIA..usaha kita untuk mencorakkan dan menghiasinya. Ketahui lah..aku ingin yang terbaikk untuk diri..aku ingin yang terbaikk apabila berada disamping 'mereka'..aku ingin 'mereka' juga bersama2 ke pintu jannahNya..mungkin ambil berat aku disalah ertikan sebagai 'bussy body' mumkin..La ba'sa..Allahu Taala a'lam alal kullihal..segalanya bermula dari niat..biar DIA lebih mengetahui dari dia yang mengetahui..Biar dia ..mereka..dengan pelbagai tafsiran dia..mungkin aku perlu berhijrah, memikirkan diri terlebih dahulu dari yang 'lain'...biarlah rindu dan airmata kepada suasana ukhwah yang dulu, hanya untuk DIA..tidak melebihi kepada yang lain..Bimbing lah aku Ya Robb..Terasa mahu berhenti dipertengahan,tak terdaya rasanya.. Alhamdullilah, masih ada insan yang sudi menguatkan aku dikala hati ini 'sukar' untuk terus melaluinya..Ya Allah..ku mengharap kasihmu, jangan tinggalkan aku walau kadang2 aku alpha kepadaMu Ya Allah..Jangan KAU jauhkan aku dari beroleh maghfirah dariMu..aku insan yang masih mengharapkan belas dan kasihMu....



Perjalanan hidup penuh warna-warni, ingin ku coretkan, ingin ku lukiskan indah2 belaka..tapi...bisakah??aku yang mencorakkan..DIA yang maha tau.


.............................................to be continue~
mu'tah, Jordan.
29/10/11
7 a.m
hari ke2 bertukarnya waktu..diawalkan 1 jam^^

Monday, October 24, 2011

Teruskan terSenyum :)

' Perjuangan menuju redhaNya, memerlukan pengorbanan..'


Allah datangkan ujian untuk hambaNya,
supaya kita lebih dekat padaNya.
Allah nak kita selalu mengingatiNya..
seperti DIA mengingati kita ketika kita susah & senang..

Kadang2 kita rasa nak mengalirkan airmata saja bila ujian hadir,
kadang2 biarkan sahaja airmata itu mengalir,kalau airmata itu
dapat 'membawa' pulang hati kita kepadaNya..daripada kegembiraan
yang 'melarikan' kita jauh dariNya..

Mungkin kesedihan itu yang akan menjadi 'magnet', yang mendekatkan
kita pada Allah.dan mungkin kesedihan itulah yang menjadi 'parut'
yang mengingatkan bahawa Allah sentiasa ada untuk kita pada saat
susah & senang..

Rasailah kemanisan Iman dengan bergantung harap padaNya selalu..InsyaAllah.

Nota cinta^^:
~ Segala yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi..

~ Allah berhak menguji hamba2Nya..maka kuatlah..sila kuat ya wahai diri..

~ Jangan rebah dengan godaan dunia,jangan lelah dengan ujianNya, berusaha mnjadi wanita terbaik..

~ Teruskan berdoa.moga seglanya baik2 utk kehidupan ku..

~ Terima kasih Ya Allah, kerana kurniakan 'mereka' untukku..ma..abah syg sllu..maa...dari jauh sentiasa
mendoakan ma..abah selalu..moga ma cepat sembuh ye.. :'(

~ Allahu Taala a'lam ala kullihal~

~ mode exam: 26/10/11, imtihan sohehain..permudahkan Ya Robb..persediaan msih '0' lg.. dun give up, but stand up~!!

24/10/11
11:47 pm-waktu Jordan
Tulisan itu luahan hati
~ cik Nurul~

Wednesday, October 19, 2011

~~ Segalanya dari DIA..untuk DIA~~

hulurkan tangan, ringankan beban..

Alhamdullilah...diberi kesempatan lagi untuk terus bernafas lagi..syukur pada Ya Robb sentiasa dengan nikmat Iman..semoga kalian dalam jagaan dan rahmat Allah sentiasa..InsyaAllah..

Sekarang akan bermula imtihan awal bagi sem 1 tahun ke 2 di Ardhu Syam..Moga Allah permudahkan segalanya.+ dengan taklifat yg diberi dr MSSJ..Moga segalanya dipermudahkan ..even dalam bilangan yg sedikit..untuk DIA..moga segalanya bernilai Ibadah disisiNya...

sy+ukhti fuzah+yati+hazirah+sarah yasmin+faizura,jgn lupa jumaat ni yaa..^^

jumlah yg sedikit kan ank mlka di mu'tah^^

ayuhh,berganding bahu melaksanakan tugas~!!blaja3..cmne nk barani kalau xmencuba kan.kn3:)
LakukanNya jz 4 Islam^^


"Rancanganku adalah untuk masa depanku,bukan orang lain,dan rancanganku adlah brdasarkan kmampuanku,bukan orang lain,wlupun rncangan hanyalh sbuah rncangan,ttapi rncangan datang brsama dengan niat,dmana jika ia baik,maka ianya akn dganjari."

Saturday, October 15, 2011

~ U.J.I.A.N ~



Apa pun yang terjadi...

Berjalanlah tanpa henti...

Air mata yg tertahan...

Waktu utk dijatuhkan...

Tabahkan hatimu..tegarkan imanmu...

Bergantunglah pada-Nya selalu...setiap detik..tanpa henti...

Kamu akan berbahagia...


Setiap yang terjadi punya hikmahnya...

Tersurat atau tersirat...

Itulah Kebesaran-Nya...



Buat diri yang lemah...

Teruskan hidupmu...

Banyak perkara lagi yang menantimu di hadapan...

Bila mata tiba-tiba rasa panas dan air yang tidak diundang mula bertakung..baruku sedar..hati ini serapuh
kaca.....


Kadang-kadang aku keletihan di perjalanan ini....

Bertatih..jatuh..bangun kembali...

Melangkah hari demi hari..

Menongkah cabaran yang menguji iman...

Namun kadang-kadang aku begitu bersemangat meniti harapan masa depan...

Mungkin kerana adanya sahabat...

Sebagai pinjaman yang sangat istimewa dari Allah buatku...

Terima kasih..buat sahabat yang sentiasa setia berada di sisiku...

أحبكم في طول حياتي


Luahanhati:

~ Perlu kuat+tabah...Teruskan tersenyum..sglanya dari DIA...

Bumi Mu'tah
15/10/11
9.19 pm

Friday, October 7, 2011

..:: Rindu kalian disana::..

with my luvly mum^^

with my family.* xcukup lg tue^^*

Saat kaki melangkah ke KLIA, terasa berat hati untuk meninggalkan mereka.
Bertabah lah 'cik nurul', segalanya ujian buat dirimu..
teruskan berdoa moga ma kembali sihat..pesan ma: 'doakn ma sihat'..
pesan paklong 'doakn mak kau sihat',
kata abah: 'doakan ma n abah sihat'...

senyum dibibir ku ukirkan buat kalian..dalam hati menahan airmata dari mengalir,
bersabarlah duhai hati..airmata..hamburkan segalanya bila jauh dr
pandangan mereka..tak sanggup mengalirkan airmata dihadapn mereka..

Saat kaki ingin melangkah , berpusing kembali untuk memeluk ma..
trasa ingin memeluk maa untuk bawa bersama2 ku disini.
memeluk abah..cium pipi ma n abah..adalah perkara yg biasa ku lakukan
disaat ku ingin kemana2..merekalah permata hatiku..

'Ma...ain doakan ma kembali sihat.."
akan ku kembali bersama kalian kembali..
akan ku sabar menanti saat itu..akan ku perjuangkan segalanya dalam
mengutip mutiara ilmu di medan ini...
doa buat kalian sentiasa dr anakmu disini..

******

2 hari sebelum ku bakal berangkat ke bumi Jordan, ma memberitahu ku yang dia xdapat menghantarku.
kata ku: 'xpela..ma kan xsihat..sabarkan hati, supaya x ku serlahkan perasaan sdikit kcwaku dihadapannya.
kerana, ku ingin dia selalu..Allah..sebaliknya yang berlaku....

4hb 10 2011

'ma ikut' sedikit terkejut..tapi itulah yang berlaku..semua adik bradiku(kecuali adiku di UNITI^^) menghantar ku ke KLIA..termasuk ma n abah..^^TERHARU + SEBAK..

pengorbanan seorang ibu yg ingin menghantar anaknya, walupun keadaan kesihtannya tdk mengizinkan..Ya Allah..hanya ENGKAU maha penyembuh..



Luahan hati:

~Terima kasih buat abang..kakak2..adik2, dengan keperihatinan kalian..memahamiku
disaat ku ingin menunda tiket.dr 27 hb 9 kepada 4 hb 10.Alhamdullilah.
walupun puas dimarah kalian..ku anggap semua itu kerana kalian syg terhadap ku...

~Terus untuk berjuang..moga Allah permudahkan..

~ Terima kasih juga duktur di Jamiah, kerana menerima surat dan alasanku tak hadir ke kelas.
semoga Allah merahmati kalian~!!


R.I.N.D.U buat kalian disana..kalian sentiasa dalam doa dan ingatan ku disini..