Tuesday, November 23, 2010

CERITA DI SEBALIK ZINA HATI


"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik ya~… -Amin, UK-"

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun. Aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah lah pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.

Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster.

Dan ketika itu. Aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu lah sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL. Aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak.

Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…

Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan mereka kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit lah pendek cerita!."

"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.

"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan saja lah. Saja saja saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini.

Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun. Aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli.

Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya.

Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.

Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.

'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free saja." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday. Aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok.thank you..." balasnya pula.

Keesokannya. Aku menanti awal dia online.

'untuk. untuk. untuk..' Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...

Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam…

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah. .. sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tapi tak mengapa, ok saja semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the birthday wish last week...

Amin: welcome… tak balik. banyak kerja sikit tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

Amin: hurm...

Amin: study macam mana?

Wani: ok saja... new sem ni berat sikit.. Jadual pack.

Amin: oic...

Amin: tak mengapa, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya lah… sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tapi, special sikit… tiada couple-couple macam org lain… declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan saja lah…

Amin: hurm…

…..

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion saja lah - antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja… yang lain-lain.. atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…

Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

Amin: sebab……

Amin: sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru…

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…

Amin: huh…

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

Amin: kononya Islamik…

Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ni dengan Islam… then, org nampak Islamik…

Amin: saya rasa tak ada beza pun kita dengan org lain yang duduk ber'couple2' ini..

Amin: hurm…..

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

Amin: sorry… sorry banyak-banyak untuk segala apa yang telah kita buat…

Amin: dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazi m. Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…

Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam.

Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulail, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya.

Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah. . Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

"Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.

"Ya bang, Wani turun…"

Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok.

Sunday, November 21, 2010

..:: SAHABAT ::..

Dalam kehidupan yang hanya sementara ni... terlalu banyak kisah suka dan duka yang harus di lalui..Antaranya saat kehilangan sahabat..rasa baru sekejap dia meninggalkn untuk pergi jauh.iaitu bertemu pencipta teragung.. banyak suka duka yang kami kongsi bersama.. dia sahabat dunia dan akhirat ana.. mengenali dan menyayanginya adalah anugerah yang tak ternilai dari yang maha pencipta...kenangan bersamanya kan terus mewangi dalam hati dan ingatan ni... namun Allah telah takdirkan dia pergi dulu bertemuNYA... buat sahabatku, Nazariah binti zakaria.. doaku akan terus ku titipkan utkmu walaupn kita berpisah disini.. namun hakikatnya kita semua kan tetap bertemu yang maha pencipta bila sudah sampai waktu perjanjiannya...pertemuan akn berakhir dengan perpisahan..smuanya kerana Allah.,khlngan sahabt merupakan ujian dlm hidup,,bkn la dinamakn hidup kalau tiada ujian,,,jdnya,, la tahzan wa la takhof... innallaha ma'ana...hadapilah ia....kerana smua yang hidup akn mati...kembali kpd pencipta yg maha agung..


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ
*Menyusuri setiap detik dgn mengingati tentang kematian..

Buatmu..♥
..SAHABATKU..
Perjuangan tak pernah putus krn diikat dgn rantai IMAN,
Mujahid tak keseorangan krn diikat dgn rantai UKHUWAH,
Istiqomah dlm perjuangan sbg bukti KEIMANAN,
kU berharap dan berdoa ikatan ukhuwah yg terjalin krnNYA ini berkekalan hgga bertemuNYA...ameen..♥♥







Saturday, November 20, 2010

..:: Bagaimana Bidadarimu?? ::..


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali

Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"

Wanita Hananah:

Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:

Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:

Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.

sumber :

Friday, November 19, 2010

.:: Malu itu separuh daripada Iman ::.



MALU ITU SEPARUH IMAN. Begitu sabda Rasulullah 1418 tahun lalu. Malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah. Malu untuk melakukan maksiat dan malu meninggalkan taat.

Jika malu itu 50% daripada IMAN, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah TAKWA. MALU DAN TAKWA adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu 'buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah'

Jika sekadar takut saja tak jadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangi pelajaran. Takut kepada Allah mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan menjauhi larangan.

Ukurlah diri kita berapa peratuskah sifat MALU dan TAKWA yang ada pada diri kita. Itulah darjah keimanan kita. Bak kata orang periksalah diri kita sebelum kita diperiksa.

Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir kebesaran Allah) adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun'. Ini jangan disalahtafsirkan sebagai tak perlu beribadat memadai dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat.

Proses musyahadah perlu dilakukan secara konstan sehingga menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita tentang kebesaran Allah dan merasakan bahawa 'tidak ada sesuatu yang Allah jadikan secara sia-sia'. Kesemuanya ada hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya.

Musyahadah menjadi satu daripada beberapa jalan untuk mendapat 'iman'. Dengan iman ini kita akan berasa lazat berzikir, mencari ilmu agama, melakukan ibadat fardu, menambah dengan ibadat sunat serta berusaha mencari keredhaan Allah. Sebaliknya kita benci melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada api neraka. Barulah ketika itu kita merasakan kelazatan iman dan terasa hubungan yang rapat dengan Allah disebabkan oleh keredhaan Allah terhadap diri kita.

Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakuakn muraqabah yakni menghampirkan diri terhadap Allah dengan melakukan segala amal fardu dan sunat. Amalan 'hablum min'Allah' (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan dengan manusia). Kita perlu menjaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia.

Dalam hubungan ini, Allah sering mengingatkan kita supaya berjalan/melawat di muka bumi Allah dengan niat melihat kebesaran Allah sambil memerhatikan balasan yang Allah timpakan kepada mereka yang menganiaya diri mereka sendiri.

Semoga dengan coretan di atas dapat menjadikan diri kita khususnya diri ana sendiri orang yang sentiasa muhasabah diri dan bermusyahadah serta bermuraqabah mudah-mudahan kita diterima menjadi orang yang soleh yang bakal menghuni syurga di akhirat kelak. Amin ya Rabbal Alamin.

'biar aku tegas , asal aku tidak tewas'.......Muslimah harus ada pendirian!!!Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman...~

.:: WaNiTa ::..



Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Wallahua'lam..Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Wallahua'lam..

..:: Eidul Adha ::..


Pertama kali pengalaman berhari raya eidul adha diperantauan,di bumi Jordan...memberi pengalaman baru dalam diri...berhari raya,tanpa family tersayang disisi...sebak diati bile takbir raya berkumandang pada mjlis takbir yang dianjurkn oleh persatuan..Takbir sebagai tanda kebesaran Allah..mmberi keinsafan pd dr.

segalanya merupakan pengalaman baru dan suasana hari menyambut hari Raya Korban di bumi Mu'tah..solat hari raya d Masjid bersama dengan pelajar Malysia ...khutbah yang dibaca pun dalam bahasa melayu..sama seperti khutbah di Malaysia...bila kita jauh dari family,kwn2 la keluarga yang paling dekat denga kita..jaga la ukhwah kita dengn sahabat2 spya kita tdk jauh dari mereka...

Alhmdulilah,dapat juga merasai pengalamn beraya di perantauan..bersama2 sahabt seperjuangan..semua org yg merantau akn ada pengalamn baru..aadi bagi perantau akn merasai ksdihan teringtkn family nun jauh dimata..tp,ble kita ingt ahdaff kita dtg ke sini..smuanye akn mnjadi smgat buat dr utk jadi kuat dan tabah...Alahmdullilah...doa ma n abh sntiasa mngitingi perjuangan dr ini..ameen2 Ya Allah....

Sambutan Korban pn ada diadakn...tahun ni..2 ekor lembu dan 4 kor kambing...blangn yg bnyk..Alhmdullilah....mjlis korban yg dilakukn mengingati kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail....

same2 la kita intabih akn sgala perjuangan dan pengorbanan yg dapat kita praktikan dlm khidupan seharian kita mulai hari ini..pengorbanan yg disertakn keyakinan kepadaNya.InsyaAllah..Salam Eidul Adha 1431..Kullu am wa entum bi kher...

: من

نورالعين عدنان
الأردن


* berjalan menuju ke masjid utk solat eidul adha



* bermaaf-maafan di pagi raya~


* bergambar bersama slps solat raya ~


* maa ex stdent UDM ~


* maa roomate ~


* maa ukhtie afifah


* maa mutazawwij,ukhtie atiqah~





* memotong daging slps majlis korban~




* otw blik dr gotong-royong.(^_^) ~




Sunday, November 14, 2010

..::: Aku Ingin Berjaya :::..


Ya Allah...Aku ingin berjaya bukan kerana aku ingin takabbur pada Mu..tetapi aku ingin membuktikan kebesaranMu bahawa Kau selalu bersama orang yang berusaha..,bersabar dan betawakal..Ya Allah jika bukan Kau yang memberikan ketabahn pada keluargaku selama ini,kami akan jauh dariMu.Dalam kemiskinan duniawi Kau telah menghidupkan keluarga kami dengan kasih sayang,ketenangan dan keharmonian.Tamaknya aku Ya Allah kerana terus bermohon padaMu supaya Kau kekal memberikan kami nikmat.Aku ingin membahagiakan ibu bapa,guru2, teman2 dan Umat Islam atas kejayaanku...Ya Allah Ya Tuhanku..perkenankanlah doaku.." Ameen cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta....
* " Allahumma najjihna fi kulli imtihan..fiddin..fiddunia wal akhirath....."

Friday, November 12, 2010

..:: Seandainya dia Jodohku ::..


Anda mungkin tidak akan mempercayainya, tapi ia merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya... =)



PERTAMA

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukan dengan penuh kerelaan..



KEDUA

kahwinilah lelaki/wanita yang hemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila semakin tua.



KETIGA

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.



KEEMPAT

Apabila mengatakan "MAAF" tenungkan anak matanya



KELIMA

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan



KEENAM

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.



KETUJUH

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. sesungguhnya anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tetapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.



KELAPAN

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.



KESEMBILAN

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.



KESEPULUH

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.



KESEBELAS

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang anda tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, "Kenapa anda ingin tahu?"



KEDUABELAS

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar



KETIGABELAS

Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.



KEEMPATBELAS

Abila anda kerugian, janganlah jadi kuarang ajar.



KELIMABELAS

Berpegang kepada 3 R:

1. Rasa hormat pada diri sendiri

2. Rasa hormat kepada orang lain

3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda



KEENAMBELAS

Usahlah benarkan pertikaian yang sebenar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar



KETUJUHBELAS

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu



KELAPANBELAS

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.



KESEMBILANBELAS

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.. =)

..:: Sesekali diuji ::..


Semangat Baru...mudah untuk melihat ....tapi sukar untuk melaluinya...wahai hati..La Tahzan..apa yang berlaku..mesti de hikmah yang tersembunyi..hanya Allah yang mengetahui hikmah disebalik kesabaran ini..

Jangan katakan “Sabar itu ada batasnya” jika Anda ingin bersama Allah. Sebab, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar (QS.2:153)..

Sesekali diuji hadapilah Ia...bukan dinamakan hidup kalau tiada ujian..sepahit mana ujian yang diterima..hadapi lah Ia dengan penuh kesabaran...Allah menguji seseorang manusia, sebagai tanda Allah sayang kepada kita..Allah takkan membiarkan manusia itu terus membuat dosa..Allah akan menguji manusia itu sampai manusia itu merasai kemanisan bila di uji...Ya Allah, bagilah kekuatan kepada hambaMu ini Ya Robb..Igfirr Zunubi Ya Allah...permudahkan segalanya...IlaAllah ashqu dho'fi Quatii...

“ jujur itu pahit….
Ikhlas itu sulit….
Sabar itu kian menghimpit…., namun aral jalan dalam hidup ini tetap saja terhias dalam kanvas kehidupan . Dan ujian inilah yang nantinya akan memuliakan kita, Karena ia adalah “ mahkota” dalam syurga-Nya bagi orang – orang yang beriman, dan berjuang, bersabar juga tawakal atas cubaan yang Tuhan berikan padanya…( insya Allah, Wallahu Alam) .

Tawarkan lukamu dengan niat yang lapang….
Maknai air matamu dengan doa yang santun pada-Nya…
Anggunkan perangaimu bersama kidung kasih yang tulus itu adalah abadi…
Ingatlah sahabatku,
Kehidupan inilah yang membuat kita “besar” dengala halang dan rintang yang berada di dalam nya….”



Wahai Diri,
Bersabarlah kita…,
Kerana kemuliaan dari kesedihan adalah ketika ia berjuang demi membahagiakan orang lain. InsyaAllah, kita akan bersama berkumpul nanti di dalam rumah yang megah dan mewah juga indah dan penuh dengan kenyamanan dalam kesempatan yang lebih baik lagi dari hari ini, Ameen...hasib nafsi wa anfusukum....i.Allah..

Wednesday, November 10, 2010


Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: “Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.”

Penulis ialah doktor perubatan persendirian dan AJK JIM Pusat

http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/10/10-sifat-isteri-solehah/

..::: Syarat buat bakal menantuku :::..

Bakal Menantuku,
Tiba saatnya nanti,
Kuserahkan puteriku sebagai amanah,
Kerana kuhormati tuntutan fitrah,
Hiasilah hidupnya dengan hasanah,
Pandulah cintanya menuju jannah.

Dia puteri kesayanganku,
Melepaskannya tak semudah itu,
Dengarkan terus bicaraku,
Ada syarat sebelum kumerestu.

Bakal Menantuku,
Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia,
Tiada hati yang terluka,
Tiada cinta lain rasa dikhianati,
Tiada anak isteri terasa sepi.

Bakal Menantuku,
Kuingin menjadi ayah sewibawa Rasulullah,
Tak rela puterinya dimadukan,
Berjanjilah padaku dengan syarat ta’liq,
BEBASKAN PUTERIKU,
Jika nanti kau ingin duakannya tanpa rela.

Bakal Menantuku,
Semua puteri Rasulullah tak rela bermadu,
Begitu jugalah fitrah puteriku,
Allah memberikan pilihan,
Jika kau enggan, gugurlah penerimaan.

Bakal Menantuku,
Kuingin dia menjadi bidadarimu di sana,
Jangan sukarkan ujian hidupnya,
Dengan cinta lain yang kau undang bersama,
Kerana fitrah cinta, tiada dua,
Bimbang rosak agamanya kerana kecewa.

Menantuku,
Kukenali puteriku berakhlak mulia,
Kukenali puteriku tekun beragama,
Perteguhkanlah dia dengan ketinggiannya,
Dengan hidup beragama selama-lamanya,
Jangan cintanya kau persia,
Sudikah syaratku kau terima?

- Abu Sara Faseeha
-








..:: Matlamat sebenar imtihan ::..


Keputusan yang cemerlang dalam imtihan bukan lah pengukur kejayaan bagi seseorang itu..Walaupun mendapat keputusan yang cemerlang tetapi penguasaan dalam ilmu belum tentu sepenuhnya lagi.Ada yang sanggup berjaga malam untuk mendapatkan hasil imtihan yang baik tetapi masih belum dapat memahami dan menguasai pembelajaran itu..Hasib anfusukum..." Markah yg ddapati hasil IMTIHAN bukanlah tujuan utama kita..yang penting kefahaman dlm pembelajaran dan hasil tatbiq dalam kehidupan seharian kita utk mncapai markah di akhirat nanti itulah matlamatnya.Jadi, janganlah runsing mengenai hal peperiksaan.Yang penting,
belajarlah dengan ikhlas kerana Allah dan sama-sama lah kita mengmabil manfaat dari ilmuNya..."Kerana semua yang kita lakukan..Lillahi Taala..smga amalan kita diterimaNya..ameen2 Ya Allah...

* muhasabah utk diri dan utk yang lain...smga dipermudahkn sgla urusan...ameen~

Pekse Oh Pekse..~


Baru ja abis imtihan bg madah manahij mufassirin dan madkhal ila fiqh islami...Ya Allah..tes pertama di Jordan.huhuu..like final exam kt Malaysia...why dibanding kn dgn mlysia kn..sprt yg kita tau..bljaa di tanah anbia' ni..kite kne tajdid niat kite baik2 fillah...smua nye krn Allah..spya ilmu yg kita inginkn beroleh keberktaan drNya...

Soalan yg sguh best( menyedap kn ati)...he3x...pe yg study sdikit ja yg masuk..dugaan ketika mnjawab..cz x target soaln cmtu kluar..pndng dan terus memandang..senyum kwn bile smua sling tersenyum tanda soaln best,soalan madkhal best sgt..hhehehhe...

Baru ku tau..blaja disini..bukan lah seperti mlysia...kt U dulu..siap bole minta tahdid dr pensyarah utk final..disini imtihan awal like fnal kt U dulu..hhaha...happy gak...after dis, kne prepare awl2 4 setiap ujian yg dtg...yang penting..." Don't Give up, but stand up.." semua akn jd baik..terbaikkk klu niat kita fillah..markah bukan matlamat utama dlm peperiksaan,tetapi adalah kefahaman kita dlm apa yang kita belajar...

Selepas abis xzm madkhal,trus kluar ke kuliah lain bg xzm manahij mufassirin pulak..Alhmdullilah...dr yang susah tadi..Allah permudahkn menjawab soalna manahij..kerana Dukturr suruh menulis apa yang kita faham bg muhadarah yang dukturr ajar...smga Allah bg kjyaan bg kami smua dgn ilmu yang kami belajar...ameen2 ya Allah...Allahumma najjihna fi kulli imihan..fiddin..fi dunia wa akhirahh....

*Fatrah imtihan : Isnin ni..imtihan asalib tadris plak..Dukturr Ali Fawwaz..dan imtihan musim syita' gk..selamat berimtihan...=)