Wednesday, November 10, 2010

♥♥.Cintai setulus hati....~


sabda Rasulullah saw :
" Seseorang itu tidak akan mencapai darjat iman yang sebenar,
sehingga Allah dan RasulNya lebih dia cintai
dari segala yang lain "




tempat cinta


bertitik tolak dengan hati yang dihiasi perasaan cinta kasih luhur yang diredhai Ilahi akan menzahirkan wajah yang manis dan menyenangkan pandangan serta mengindahkan watak pergaulan. dengan ini kalian bukan saja mewujudkan kebaikan pada diri sendiri malah berupaya menganjurkan manusia lain melakukan kebaikan.

ketulusan hati, sinar wajah yang manis dan redup serta lembut pandangan mata saling berkait rapat untuk menarik perhatian dan menawan hati. seterusnya mampu mengubah perilaku dan pendirian orang yang kalian berikan tumpuan. inilah hakikat kekuatan cinta dan kasih yang berkesan dalam kehidupan insan. justeru peranan yang sangat halus dan mendalam itu menuntut kalian untuk melandaskan ketulusan hati dan cinta kasih itu kepada Ilahi, cinta suci lagi diredhai.

cinta tulus berlandaskan kasih Ilahi semestinya dimulakan dengan hubungan hati yang teguh. ditingkatkan kepada kerelaan berkorban. semakin mendalam cinta, semakin rindu menguasai segenap fikiran dan tindakan. tingkat tertinggi dalam cinta sedemikian mendorong perhambaan mutlak yang tidak berbelah bahagi kepada Allah Rabbul 'Aalamin.


cinta sebenar

hakikatnya cinta (mahabbah) seorang hamba kepada Allah dan rasulNya beerti ketaatan dan kepatuhan melaksanakan perintah serta menjauhi laranganNya. mengikuti setiap ajaran rasulullah juga dorongan dari cinta kepada Allah. rasulullah tidak menyuruh sesuatu melainkan yang diperintahkan oleh Allah. baginda tidak melarang sesuatu melainkan yang dibenci dan dilarang oleh Allah. oleh itu sesiapa yang mencintai Allah serta rasulNya beerti dia mesti mentaati Allah serta mencontohi rasulullah.


cinta terlarang

tidak sedetik waktu pun yang berlalu melainkan diketahui Allah apa yang terdetik dalam hati kalian. hati yang cenderung kepada selain Allah, akan memberi ruang dan laluan kepada bisikan syaitan. sesiapa yang sedar Allah dekat kepadanya, maka hatinya dilindungi daripada hal yang dimurkai Allah. begitu juga orang yang menyerahkan hatinya kepada cinta Ilahi pasti dihindari daripada melakukan dosa. elakakn mencintai selain Allah serta rasulNya secara berlebihan. ini akan menimbulkan rasa gelisah, keluhan dan kerinduan yang tidak padam. oleh itu kecintaan yang tidak baik mestilah dialihkan kepada kecintaan yang baik. terlebih dahulu perteguhkan diri memerangi pengaruh hawa nafsu.


Antara punca cinta berlebihan :

- hati yang tidak diisi rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah.
- membiarkan mata memandang secara liar menurut hawa nafsu. mata sering dikaitkan dengan senjata panahan iblis.
- memperkecilkan dan cuai dalam doa dan solat-solat sunat.


perisai cinta

- ibadah-ibadah sunat (biasakan diri ruku' dan sujud memohon perlindungan Allah)
- mengawal pandangan dan menjaga kehormatan diri
- menjauhkan hati daripada panjang angan-angan kepada perkara yang mengasyikkan
- menyibukkan diri dengan amal soleh dan perkara-perkara kebaikan yang bermanfaat


cinta berbalas

ketahuilah cinta itu laksana pohon dalam hati. akarnya adalah kepatuhan kepada kekasih yang dicintai. dahannya adalah mengenali dan memahami perintah Allah. rantingnya takutkan kemurkaan Allah. daunnya malu kepasa Allah. buahnya adalah ketaatan. manakala air dan bajanya adalah sentiasa menyebut nama Allah.

begitulah sifat hamba yang beriman yang meletakkan kecintaan kepada yang maha pengasih. Allah yang maha penyayang itu pula mencurahkan limpahan cintaNya kepada hamba yang saling mencintai keranaNya. berlangsunglah suasana bahagia dan diredhai dalam kehidupan insan.

suasana ini tidak berakhir di dunia saja, tetapi diberi perhatian oleh Allah di perhimpunan akhirat. di sana nanti setiap muslim yang berkasih sayang dalam mentaati Allah akan diseru berhimpun di bawah perlindungan Allah.

bilamana direnung dengan teliti tentang hikmah mahabbah kerana Allah dan rasulNya, ternyata ianya bertujuan menyuburkan keharmonian hidup sesama insan. akan terpeliharalah ketulusan cinta dan kasih sayang di landasan syara'. ini mendorong setiap muslim mentaati Allah dan rasulNya. sekiranya wujud ikatan perkahwinan yang dituntut syara', ianya nanti semata-mata berlandaskan cinta tulus kepada Allah. bukanlah kecintaan yang dinodai bisikan syaitan apatah lagi desakan nafsu. juga agar hamba-hambaNya yang beriman tidak terjerumus kelembah maksiat....

P/s : Ya Allah..jauhkan lah aku kpd cinta palsu..kurniakan lah aku cinta yg mnuju redha Ilahi...ameen ya Allah..Allahumma yassir wala tuassir...

No response to “♥♥.Cintai setulus hati....~”

Leave a Reply