Tuesday, May 31, 2011

..::Hakikat Kehidupan -mengharap cinta Rabbi::..


( Letih...sungguh letih,kini mengharap cinta dari Rabbi kekal selamanya..)



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah,

Sebelum menemui insan yang betul,

Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,

Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur

dengan nikmat pemberian & hikmah di sebalik pemberian tersebut.



Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,

Yang lain akan terbuka

Tapi, lazimnya kita akan memandang,

Pintu yang telah tertutup itu terlalu lama,

Hinggakan kita tidak nampak,

Pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai,

Sehinggalah kita kehilangannyam,

Dan juga benar bahawa kita tidak tahu,

Apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.



Memberi seseorang seluruh cinta kita,

Bukanlah satu kepastian yang mereka,

Akan menyintai anda kembali!

Jangan harapkan cinta sebagai balasan,

Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka,

Tapi, sekiranya ia tidak,

Pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,

Satu jam untuk menyukai seseorang,

Satu hari untuk menyintai seseorang,

Tetapi,

Ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang..(T_T)




( La Tahzan about CINTA...cintailah Ilahi)



Mencintai, tidak semestinya memiliki..betul kan??

kita milikNya..bukan milik sesiapa...

janganlah kita melaungkan atau mengungkapkan die kepunyaan kita..

atau kau kepunyaan dia...

kerana pada hakikatnya....


kita tidak pernah memiliki sesiapa, walau sekeping hati seorang insan,

tidakkah kita ketahui hukum alam yang menyatakan....

mencintai tidak semestinya memiliki...

manusia pndai hidup dalam kepuraan, bertopengkan menutup rahsia..


Tetapi...hati tidak lagi menolak atau menafikan dengan meluahkan perasaan yg terpendam..

hati tidak pernah menolak atau menafikan hukum alam...

ingin terus mendapat cinta sang Rabbi..kerana hadirnya si dia kerana

adanya DIA buat kita semua..tidak akan wujud si dia,kalau DIA

tidak menginginkan untuk kita...Allah..Allah...


Kadang2 kita tidak perasan atau buat2 tidak perasan,

si dia hanya meluahkan perasaan hati, hanya kerana persaan suka..

bukan kerana keluar dari hati..kerana bukan itu niat sebenarnya??

berselindung disebalik sejuta perasaan dan kau, begitu jujur dan setia

menyayangi si dia..Oohh Cinta....


sehingga melupakan hukum alam yang menyatakan,

cinta tidak semestinya memiliki..

mengertilah,

kita sebenarnya milik abadi yang Maha Esa..



Cinta...tidak berertinya memiliki...
tidak mengira hukum alam..kita bukannya milik sesiapa..
kita milik yang maha Esa..selamanya..
Cinta pada yang maha Esa, cinta hakiki...
cintakan manusia tidak akan kekal,kerana manusia akan mati..


Cintakan bunga,bungakan layu,
cintakan manusia,manusia kan mati.
cintakan dunia,dunia kan pergi...cintakan Allah
adalah cinta hakiki, kekal abadi..


Janganlah kita angkuh melaungkan si dia milik kita,
atau kau milik si dia,kerana hakikatnya ..
kita tidak pernah memiliki sesiapa walau sekeping
hati seorang insan..tidak kau sedar hukum alam menyatakan..
mencintai tidak semestinya memiliki..


( Cinta yang HALAL adalah selepas perkahwinan..)



( Semoga ada sinar bahagia dengan izinNya dari sebuah hubungan)

Teringat kata seorang sahabat,
" Berilah hatimu untuk Allah, pasti Allah temukan pemilik
terbaik..hamparkan masamu seluasnya untuk Allah,
pasti Allah aturkan seluruh hidupmu sebaiknya....."


Allah akan mengizinkan hubungan yang diizinkanNya...
Jalinlah hubungan diatasan landasan syariat..
Moga aturan dan pengakhir yang baik selamanya...
dari sebuah Ikatan yang sah, lahirlah keturunan,zuriat2 yang soleh
dan solehah...kerana yang diimpikan bukan seorang raja,kerana diri
bukan puteri...yang diimpikan adalah 'bakal Imam' yang bakal
memimpin diri untuk menggapai selamanya cinta sang Rabbi,
memimpin hingga ke pintu Jannah..Terus menggapai cinta Sang Rabbi yang abadi..



Luahan hati, cerita hati seorang seorang wanita,
Tulisan itu, luahan hati..
Dari hati kecil ku..
4:05 PM
Mu'tah Jordan..

Monday, May 30, 2011

..::♥♥ Rindu terubat ♥♥ ::..


~!! Ingin terus menulis untuk perkongsian bersama..^^ menulis sebagai satu medan dakwah..
tulisan itu , luhan hati..cerita hati seorang wanita~


Salam alaik' untuk sahabat..alhamdullilah ala kullihal akhirnya berakhir imtihan nihae untuk fasal thani.JazakumuAllahu kher buat Dr Ali Fawwaz, Dr Amin Butush, Dr Mustafa Abu Ziyad, Dr Syukri tajie, Dr Imran Mulham dan juga Dr Ahmad Azam.BarakaAllahu fekum...segala yg ku lakukan kini, mampu berdoa semoga keajaiban akan berlaku dari sebuah tawakal..

~ bersama ust di Hotel Queen Alia,amman..^^

28/5/11, alhamdullilah , Allah izinkan sy dan sahabat2 ex-UDM bertemu dengan pensyarah, Ustaz Wan Ismail..bersama jemaah2 dari Malaysia yang ingin menunaikan ibadah umrah..Ya Allah..terubat segala kerinduan bila diri melihat makcik2..pakcik2...teringat ma n abah di Malaysia..InsyaAllah, kita akan bersua kembali ma,abah..

~ sekeluarga, seorang cikgu di wilayah, menunaikan umrah..

~ makcik2 yang ingin menunaikan ibadah umrah~

~ pakcik2( senyuman di bibir seorang pakcik berpangkat ayah..^^

Allah izinkan sy untuk kembali terus bersmgat lagi agar lebih kuat di medan perjuangan ini, bila ustaz banyak memberi mutiara nasihat yg boleh di amik sebagai panduan dalam hidup...Jazakllahu kher ustaz...makcik2..pakcik2...mndagar suara mereka..melihat wajah2 mereka..ya Allah...kembali hati ceria dan bersyukur dapat bertemu dengan mereka..walaupun dalam waktu singkat..Alhamdullilah, terhibur dengan mereka semua walupun pada awalnya agak malu2..(hehhee)

Ustaz Wan, di awal pertemuan, bercakap bahasa arab dengan kami,kami semua mampu tersenyum.. 1 cabaran untuk kami semua lebih fasih dalam berbahasa arab untuk lebih senang bermuamalat dengan orang arab...kata ustaz, 'kamu kena bergaul dengan orang arab, untuk dapat bahsa dengan senang..' dalam hati..'Ya Allah, betul juga,sebelum ini,memang ku tahu akan semua ini, tapi cuba untuk lagi beramah lagi dengan orang arab..InsyaAllah tashji' dari ustaz akan ku manfaatkan kembali dalam meneruskan perjuangan ini..^^.kami dapat hadiah yang 'istimewa' dari ustaz..hadiah dari Malaysia..

~ min ustaz untuk kami..Alhamdullilah..^^

Dapat berjalan bersama kwn2,dengan ammu van 'Abu Safuan' yg peramah dan baik..Ya Allah,sedikit 'happy' sedikit sebelum berjuang dalam paper terakhir, Fiqh Muamalat'...dapat kami coretkan surat cinta madhinah buat ustaz, untuk doakn kami di depan kaabah..semoga Allah permudahkan urusan kami disini..

~! ustaz wan bersama Abu Safuan..

After, berjumpa ustaz dan jemaah2 lain, kami minta izin untuk pulang,semoga ada pertemuan lagi buat kita semua..biiznillah..~ukhti atiqah radzi bertemu dengan 'saudara' yang berada di Amman..Ya Allah, sukanya dengan pertemuan ini..bersama ank2 dan suami , myambung study diperingkat kedoktoran..Alhamdullilah, ..Allah izinkan pertemuan bahgia itu..suka kenapa yee..?? bahagia sebab dapat berbahsa arab dengan fasih...dapat menyambung peringkat master di tanah arab..anak2 pandai berbahasa arab dan 'speking'..Allah..taajjub dengan keadaan itu..mudahkan bagi kanak2...bagaimana dengan kita pulak...1 cabaran dan dorngan buat diri..manfaatkan smua itu bila berada di tanah arab..'Akan ku buktikan, ku mampu untuk melakukan...hendak seribu daya, taknak beribu2 alasan..'


Nota cinta^^ :

  • dapat keropok lekor losong..besss~!!da xrindu da..(hhehe^^).ust bawa dari malysia..

  • ~!!semoga Allah permudahkan segala urusan ku dan sahabat2..

  • Tashji' dari ustaz akan ku jadikan sebagai semangat..kekuatan..untuk lebih kuat lg...

  • buat sahabat2 ex-UDM..kalian amanah dariNya...kalian amanah ibu dan ayah..kalian amanah buat 'ma..ayah' kita di UDM...kalian membawa amanah yang besar..semoga kita lebih kuat dan bersamngat dalam meneruskan perjuangan, selamat berjuang sahabat..jangan kenal erti putus asa, kenal la erti bermujahadah...Allah, make it easy~!!!^^























Saturday, May 28, 2011

..:: HALAQAH ::..


Salam alaik' buat semua..sudah lama tidak di update blog ini disebabkan dalam fatrah imtihan nihae..terasa ingin terus berkongsi bersama kalian untuk manfaat bersama..

Dalam fatrah imtihan ini, terasa diri kembali sunyi dari mmperoleh tazkirah semngat dalam usrah disebabkan masing2 sibuk mngulangkaji pelajaran..Kata ibu Usrah, salwani..after exam kita akan kembali berhalaqah semula..Semoga dengan adanya pertemuan atau halaqah sebegini, diri tidak lagi sunyi dengan pengisian rohani..InsyaAllah..

Bukan bendera-benda kecil berkibar yang akan memperkenalkan manusia pada dakwah..bukan pada slogan-slogan kosong di mimbar-mimbar..namun gerak langkah dan setiap desiran jiwa yang dipenuhi dzikrulloh nan bercahaya.Qudwah,uswah yang mempesonakan setiap mata dan perlahan akan menarik mereka ke dalam dakwah ..dengan keizinan ALLAH..

~!! Keep JIHAD and DAKWAH In Heart~!!

Nota cinta^^:
  • Merindui suasana berhalaqah.

  • Ingin kembali aktif berusrah bersama 'ibu' bila pulang ke Malaysia nanti..

  • Semoga diri thabit di jalan dakwah dalam mencari untuk pngisian Rohani..Biiznillah~

  • Paper muamalat 30/5/11...Allahu yusahhil~!!hajat doa dari kalian..utk syhima, afifah zaki dan smua yg amik muamalat..bitaufiq wannajah..^^tiada yg mustahil..teruskan usha..~









Thursday, May 19, 2011

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."

(Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

- Artikel iluvislam.com


Nota cinta TERAKHIR (T_T) :

  • Bila engkau letih dan hilang semangat,ALLAH tahu kau telah mencuba sedaya upaya..Bila tangismu berpanjangan dan hatimu berduka,ALLAH tahu setiap titisan air matamu,Bila kau rasa ketinggalan atau masa meninggalkanmu,ALLAH tetap bersamamu..Bila kau bingung, akalmu buntu..Maka ALLAH adalah petunjuk jalan bagimu..Bila kau telah bertekad dalam kebenaran dan kebaikan..Maka bertawakallah kepada ALLAH..

  • Hanya padaMu..ku da berusaha untuk mncari redhaMu..selebihnya ku berserah kpdMu...ku tahu KAU maha mgthui akan segalanya...jgn bersedih ain..Allah kan ada..(T_T)..terus berharap padaNya..DIA sebaik2 tempat mengadu..Kurniakan aku kesabaran..kekuatan..ketabahan ya Allah dlm mghadapi Mehna ini Ya Robb~



Tuesday, May 17, 2011

(¯`♥´¯) .♥.•*¨`*♫.• ✿ ܓ ´*.¸.•´♥ PULIHKAN SEMANGATKU..


Salam sahabat2..teman2..terasa ingin terus berkongsi di laman blog.biarlah ruang waktu yg sedikit ini ku manfaatkan disini..semoga perkongsian yg sedikit ini bermanfaat utk sy dan kalian..BarakaAllahu fekum.


Ya Allah,
aku lemah tanpaMu..
disaat aku tidak terdaya lg menanggung ujian dariMu.
dan
disaat air mata ini mengalir tanpa henti..
Engkau sentiasa ada bersamaku..
kadangkala ujian itu terlalu berat
dan datang tanpa diduga.
walaupun ku tahu,
ENGKAU tidak akn menimpkan ujian yg tidak mampu hambaMu hadapi.

Ya Allah.
berikan lah aku kekuatan untuk menempuh ujianMu..
betapa diri ini tidak kuat untuk menerima ujianMu..
titisan air mata ini tidak mampu untuk merungkai segalanya..
walaupun luaran nampak bersahaja..
hanya ENGKAU yang maha mengetahui isi hatiku..
Allah..Allah..Allah..

Ya Allah,
aku bersyukur kepadaMu..
kerana aku tahu,segala yang berlaku pasti ada hikmahnya..
biar pahit mana ujian yang ku tanggung..
aku tahu itu yang terbaik untukku..

Kini aku sedar Ya Allah,
semakin aku mendekatiMu,
semakin ENGKAU membantuku..
semakin aku mengadu kepadaMu..
semakin ENGKAU permudahkan jalanku..
ENGKAU lah pendengar terbaik..
Yang Maha Mendengar lagi maha Mengasihi.

Ya Allah,tiada yang mustahil bagimu,
sesungguhnya ENGKAU jualah
yang membolak-balikkan hati hamba2Mu..

Ya Allah..
aku menadah tangan syukur kepadaMu..
kerana dugaan itu mengajar aku erti hidup sebenar..
hidup yang penuh dengan liku2 kehidupan..
sesungguhnya ENGKAU lebih mengetahui.
apa yang terbaik untuk hambaMu..
di dunia dan akhirat.


Ameen Ya Rabbal Alamin.


♥Thank You Allah..♥


~ sharing dari teman di 'fb '

Nota cinta buat ain^^ :

  • Sabarlah duhai hati...ujian buat diri..sbb kamu mampu untuk menghadapinya.

  • baru selesai 1 pper td, sok 1 pper lagi.(tarbiyah wathoniah)..ain kuat..kuat~!!terus bersemangat.(T_T).Allah bersama2 kamu..

  • Terus bersemangat..Allah..Allah..shbt2..teman2..doakn sy yee untuk kuat dimedan perjuangan..Biarpun PAYAH..SUSAH..pasti ada kemanisan bila da peroleh kejayaan kan..Allahu Yusahhil...

  • Sungguh, aku rndukan family di mlysia..ma..abah..doakn sy..doakan sy disini..doakn sy kuat..doakn sy dipermudhkan segalanya...~Allah..Allah..Allah...





Monday, May 16, 2011

~!! Teruskan F.O.K.U.S.. tiada yang MUSTAHIL::..


Salam semua buat sahabat2, esok bermula paper pertamaku bagi imtihan dunia.Allahu Yusahhil..Doakan ku teman2..semoga segalanya dipermudahkan..

sahabat2, doakan ku kuat..tabah...dipermudahkan...terus kuat bermujahadah, tetap dalam menempuh setiap mehna..Allah..Allah...semoga ku tetap dijalan dakwah..doakan teman2..

Jadual Imtihan Nihaee:

17 hb 5- Tarbiyah Riyadhi

18 hb 5- Tarbiyah Wathoniah

22 hb 5- Ahadis Ahkam dan Ulum Quran

23 hb 5- Aqidah 3

30 hb 5- Fiqh Muamalat


~!! Ya Allah, kuatkan lah hambamu ini..bagi madah sehari 2 pper..mudahkanlah..fenin2..tp, teruskan kuat ye ain..tiada yang mustahil..teruskan bermujahadah..natijah dari DIA...

Nota cinta ^^ :

  • Teruskan fokus ain~!!!fokus pada matlamat apa yang kamu mahu..keranaNya~!!
  • Ingat pesan ma..abah..along..akk2..beljar sungguh..jangan lupa dekat padaNya sllu.
  • ma..abah..abg2..akk2..adik2..doakan sy..doakn sy kuat..tabah...dipermudahkan segalanya..
  • Teman2..sahabat2..doakan sy..doakn sy..dalam fatrah Imtihan akhir..hajat doa dari kalian..Allahu Yusahhil..maafkan salah dan silap sy...
  • jangan sedih dan risau lagi ye ain..Allahu Taala a'lam..kullu kher InsyaAllah..
  • Doa+effort+tawakkal..~Tiada yg mustahil kan..natijah dari DIA^^

* Berhenti ber'blog' buat sementara..bagi ruang untuk berimtihan^^ FOKUS..FOKUS~!!!*