Thursday, April 28, 2011

..:: Aku menantimu..Bakal Imamku ::...


Aku sedang menanti dia..

Seorang lelaki yang akan bergelar suami..

Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH..

Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah..


Dia seorang lelaki yang tegas dan berani..

Dia tidak pernah takut untuk berkata benar..

Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri..

Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah..


Dia selalu menghiburkan aku..

Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran..

Dengan zikir-zikir munajat..

Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya..


Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi..

Dia menasihati ku supaya mengingati mati..

Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia..

Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa..


Dia memang sentiasa kelihatan penat..

Matanya penat kerana membaca..

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir..

Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..


Dia sentiasa mengingati mati..

Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata..

Kita hambaNYA adalah pelakon..

Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti..


Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat..

Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam..

Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa..

Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga..


Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan..

Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula..

Sejadah imannya yang terkoyak..

Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..


Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya..

Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga..

Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA..

Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya..


Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah Shollallohu `Alayhi Wasallam...

Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya..

Kekasih sejatinya dan kekal abadi..

Iaitu ALLAHURABBI.


Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga..

Dia ingin mengajak aku ke sana sekali..

Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta..

Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..


Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta..

Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia..

Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA..

Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia..


Siapakah dia..???

Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku..

Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu..

Doaku, semoga dia tercipta untuk ku..

Semoga aku bertemu jodoh dengan dia..

Kerana..

Dia pilihan ku..

Wednesday, April 27, 2011

..:: Memori Itu~!! ::..

* ukhtii ummu dengan anak,Umar Al-Faroq..*

'' Tiap bertemu dan berpisah..awal ada akhirnya..itulah lumrah dunia,
ketetapan dari yg maha Esa..kenangan mgajar kita,
erti hubungan dgn manusia,tidak dapat dipisahkan dari rahmat pencipta..
sebuah memori,tersingkap kembali ,kisah pertemuan kali pertama.
didalam taman yg mengajar kita erti kehidupan..
penuh pancaroba..disini kita berjnji setia..

Tutur kata bagaikan azimat..sering mendidik jiwa yg lemah ini..
ungkapan hikmah yg tggi nilainya.dan menjadi bekalan..
kami dihari murka.."
by Zulfan( kedamaian..)

Tiada kata lain yang mampu ku ucapkan, melainkan ..setiap apa yang berlaku..kita hanya merancang..kita mampu mengharap..yang menentukan adalah DIA...sebaik2 perancang..

Hajat untuk menemui saudara terdekat di bumi anbiya' ( ukhti ummu sekeluarga) sebelum pulang ke Malaysia, Allah tidak mengizinkan..keadaan juga tidak mengizinkan..kerana hanya DIA mengetahui sebab nya..

Ujian sebelum bertolak menjadi sebab kepada natijah selepas itu..kenapa ya sy bercakap begitu.??

pertama ,sebab Allah izinkan gerak hati sy untuk menemui mereka..tp seorang sahabat sy,sbgai teman kesana,tidak dapat 'message' dari sy..menjadikan dia merasa sy tidak jadi untuk ke 'mator'..kenderaan pon tidak di'booking' lagi..kami sama2 terus menanti..sampailah gerak hati utk 'call ' kwn..kami sme2 usha mncr knderaan..Alhmdullilah slpas itu...kami dpt van utk ke 'mator'..

kedua , Allah izinkan kenderaan yg kami naik utk kesana , rosak ditengah jalan..stgah jam lg masa untuk mnemui ukhti ummu sebelum masuk ke balai perlepasan..mula berdialog dalam hati '..ada rezeki kah..sempatkah untuk bertemu mereka...sedihnya''..

semua itu, atas keizinan Allah..Allah mahu memberi atau tidak...ingin juga meneruskan perjalanan ke mator..kenderaan lain yg membawa kami kesana..smpai disana ,terus pergi kekawasan ,dimana penumpang menunggu masa utk 'check in' - balai perlepasan..hati mengharap utk bertemu..Allah tidak mengizinkan diri ini utk bertemu...mereka sekeluarga telah masuk ke balai perlepasan...hanya mampu meng'SMS' ,mmberitahu yg kami telah smpai ke mator...

Ukhti ummu call , meluahkan perasaan,sedih kerana tidak dapat berjumpa..sayu hati..segalanya,kita mampu merancang..Allah yang menentukan...hanya mampu melihat..pandang sayu 'Queen ALIA International Airport'..~!!.mampu ku melihat sepi..sedih..kerana DIA..kita pasti bertemu lagi..I'll miss n luv u so much( sis ummu,suami, mr. Jamil~!!alfu mabruk berjaya dlm menghabiakan master-universiti di Irbid..serta anak,umar al-Faroq)..kenangan itu..Allah..Allah.. :(

*~!! Kenangan bersamamu ukhtii ummu^^*

Teringat dengan kata2 Imam Al-Ghazali yg mulia:

" Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,
tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.."

kuharapkan mekar dihati
agar ukhwah ini kan terus mantap menjadi syafaat
terukir indah dipintu Jannah~!!
ameen..^^

Sunday, April 24, 2011

..:: Tiada yang mustahil~!! ::..


Di saat diri hampir hilang semangat..Allah datangkan insan di sisi untuk memberi semangat..syukur ya Allah...terima kasih kalian..semoga ukhwah kita hingga bertemuNya..dinilai disisiNya..terima dengan redha...dapat natijah rendah, bukan bermakna gagal..berkongsi untuk muahasabah buat diri dan juga panduan bg sahabat2,supaya jgn berputus asa disaat diri gagal..terus bangkit..'don't give up, but stand up~!!

kata seorang sahabat, ukhti sufisyaheedah kat sy:'gagal tak semstinya tidak berjaya.mungkin gagal utk lebih berjaya..ain kuat,kene kuat lg untuk final..'

Terima kasih ukhti, moga kata semangat ini menjadikn diri lebih bersemangat utk terus mengorak langkah di medan ilmu ini..ameen.

وعسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وأنتم لا تعلمون

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah. Al Baqarah : 216)

Teringat akan kata2 seorang sahabat 'alam maya' di UIAM,nisrin Insyirah~

"..stiap ketentuan Allah itu mmpnyai seribu satu hikmah d'sbaliknya.Sekiranya Allah mntakdirkan trlebih dhulu derita,DIA ingin kita lbh brsykur& mghrgai saat bhgia.Dn sekiranya Allah mntakdirkan derita stlh kita bhagia, supaya kita tdk terleka&alpa dgn kesenangan duniawi..'

Yang penting, kita sebagai Tholibun Ilmi, tidak perlu ada sifat putus asa..yg pnting..berterusan dalam menuntut Ilmu Allah..teruskan bermujahadah...kata ukhti senikiasan~atin jieha plak: kita terus bersengkang~demi melastik bintang..mengapai sebuah impian..berbumbungkan cakerawala,berlantaikan alam kebesaran-NYA~selami ilmu2 tanpa sempadan...~!!syukran ukhti..moga kata ini menjadikn kiat lebih bersemnagat dimedan perjuangan ini..InsyaAllah~~



Nasihat KJ Usuluddin,Ust Saiful( selaku bapa kpd student usul^^) :

Ust : " Kene banyak mujahadah untuk merasai kemanisan iman dan ta'bir ,masa akan datang serah kepada Allah.. Buat ibadat kerana Allah saja.''

ana : syukran ust..ana perlukan kata semangat dr ust, anak perantau seperti sy..dugaan anak perantau..fasal yg mencabar...

Ust : " Sabar... Ingat ada ramai orang sayang awak.. Rezeki ditangan allah.. Tidak boleh putus asa dan malas.. Tak leh jadi kalu duk saje.. Sibukkan diri sesuatu yang baik.. Memasak pun kira hobi baik.. Buat satu yang lain.. Pilihan allah paling baik.. Bila dpt nikmat kena bersyukur.. Berikhtiar dulu..kemudian baru serah kpd Allah.."

ana : syukran ust..berilah semnagat pd diri ini..mmg perlukan semangat..

ust : 'Carilah kemanisan iman degan berzikir kpd Allah.. Bnyak berselawat kpd rasul.. Dan bersahabat degan org yang solehah..Carilah nikmat dalam beribadat..itulah nikmat yg sebenarnya..'

ana : syukran ust..syukur Ya Allah..kembali bersemngat..:)
(3:45 pm waktu Jordan~!!)

moralnya : jangan berputus asa disaat kegagaln..teruskan bersemangat..kerana Allah inginkan kita lebih hampir padaNya selalu.. 'nothing impossible '..Allah akan bagi, yang penting kita usaha..tiada yang mustahil..yakin pada DIA...

Life evolved every time..

Don’t just sit, enjoy your life without some effort to be more successful than what you are now..
Try to come out of your Beautiful life..
Think out of the box..

( Sharing by ZAMANISLAM )..

Nasihat khirijat,ukhti aishah Harun :

'
' Xpe..yg penting usaha,doa,tawakal..mse nih la..diuji tahap kesbrn..dan tawakkal,akk yakin... enti dah usaha,sungguh2..tpi..allah mnguji pule dr sudut rezeki..jangan putus asa..dengan ujian yg sedikit ini...berbnding nikmat yg byk tlh Allah bg...xde yg mustahil..apepun...ain..kene kuat doa, n tawakkal..setelah dah usaha'

syukran ukhti...pada akhir perbualan ukhti aishah menasihatkan,pulun habis2 mse final,sbb ukhti aishah pon berpglman sprt sy, markah imtihan awl n thani agk sdikit rendah, tapi tiada yang mustahil,keajaiban dr sifat tawakkal, marakah nihae, ukhti dapat 4*..syukur..percaya pada DIA...tiada yang mustahil..keajaiban pasti berlaku..

petua semangat atau kejayaan lain yg sempat ukhti aishah kongsi..bangun tahjud malam..semoga terus thabit..Allah..Allah...

" kegagalan adalah sesuatu yang memeritkan, namun disebaliknya adalah
kehidupan bagi sesiapa yang ingin mengambil iktibar.oleh itu berjuanglah
menempuh kemelut dan cabaran hidup serta bersabarlah dengan kegagalan agar kita memperolehi dua kebaikan dari kedua-dua sudut dari kehidupan ini dan
kejayaan sebenar pada hari pertemuan dengan Allah swt.."
( Sharing by sakinahimaniyyah)~

Mohon doa dari sahabat2..smga sy dipermudahkan urusan dan Allah bagi yang terbaik buat ana dan kwn2 yang lain...ameen..
~!! mode imtihan thani, aqidah 3~26/4/11 dan hadis ahkam 2/5/11..Hajat doa dari kawan2.semoga perkongsian yg sedikit ini membei ibrah buat diri dan shbt2 yg lain..terima kasih dengan nasihat2 kalian..diri ini memerlukan nasihat.sy perlukan
nasihat yang baik daripada sesiapa yang sudi menasihati..Tazkiyatul nafs.. ILMU itu milik ALLAH, pengalaman itu hadiah dari ALLAH, maka, janganlah segan-segan untuk berkongsi .
semoga kita dalam jagaanNya sntiasa..ameen~!!teruskan bermujahadah..natijah dari DIA~

" Don't feeling Down..~!! "

Saturday, April 23, 2011

..:: Nasihat ::..



Sedikit perkongsian,moga bermanfaat untuk saya dan kalian,InsyaAllah..

Nasihat Hidup Bahagia :

Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.

Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.

Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.

Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.

Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah nerakabaginya.


Nasihat Agama~ Jihad :


Jadilah anda seorang yang berani dengan memiliki ciri kepahlawanan,

sesungguhnya Nabi s.a.w. memohon perlindungan daripada

Allah dari sifat pengecut/penakut.


Nasihat Agama Yang bermanfaat :

بسم الله الرحمن الرحيماحفظ الله يحفظك “

Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.


” إذا لم تستح فاصنع ما شئت “

Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.


” أطب مطعمك تكن مجاباالدعوة “

Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.


” اتق الله حيثما كنت “

Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.


” اتْبع السيئة الحسنة تمحها “

Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.


” خالقِ الناس بخلق حسن “

Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.


” اتق المحارم تكن أعبد الناس “

Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.


” ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس “

Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.

” أحبّ للناس ما تحبّ لنفسك “

Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.


” لا تُكثر الضّحك فإنّكثرة الضحك تميت القلب “

Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.


” الظّلم ظلمات يوم القيامة “

Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.


” اتقوا الله واعدلوا في أولادكم “

Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.


” اتق النار ولو بشقّ تمرة “

Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.


” اتقوا دعوة المظلوم “

Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.


” أثقل شيء في الميزان الخلق الحسن “

Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.


” التأني من الله والعجلة من الشيطان “

Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.


” قلة المال أقلّ للحساب “

Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.


” لا تغضب ولك الجنة “

Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.


” أحبّ الأعمال إلىالله أدومها وإن قلّ “

Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.


” أحب البلاد إلى الله مساجدها “

Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.


” أبغض البلاد إلىالله أسواقها “

Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.


” أحبّ الطعام إلى الله ما كثرت عليه الأيدي “

Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.


” أحب الكلام إلى الله أن يقول العبد سبحان الله وبحمده “

Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah :

سبحان الله وبحمده


” أحب الناس إلى الله أنفعهم “

Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam agama.


“أحبّ الأعمال إلى الله سرور تُدخله على مسلم “

Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.


” من كفّ غضبه ستر الله عورته “

Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.


” سوء الخلق يُفسد العمل كما يُفسد الخلّ العسل “

Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.


” أحبّ عباد الله إلى الله أحسنهم خلقا “

Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.


” إحذروا الدنيا فإنها خضرة حلوة “

Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.


” إحفظ لسانك “

Jagalah lidah kamu.


” أدّ الأمانة إلى من ائتمنك “

Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.


” لا تخن من خانك “

Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.


” أدعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة “

Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.


” بشروا ولا تنفروا “

Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.


” يسّروا ولا تُعسّروا “

Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.


” كل بيمينك وكل مما يليك “

Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.


” إذا آتاك الله مالا فليُر أثر نعمة الله عليك “

Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.


” إذا أتاكم كريم قوم فأكرموه “

Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.


” إذا أتاكم من ترضون دينه وخُلُقه فزوّجوه “

Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.


” إذا أراد الله بأهل بيت خيرا أدخل عليهم الرّفق “

Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.


” إذا أسأت فأحسن “

Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.


” إذا حاك في نفسك شيء فدَعْه

Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.


( perkongsian by : peribadirasulullah..)


' Agama itu adalah nasihat..'


semoga perkongsian ini, memberi ibrah dan manfaat kepada dunia dan akhirat saya dan juga kalian..diri ini juga memerlukan
nasihat-nasihat yang baik daripada sesiapa yang sudi menasihati..Tazkiyatul nafs.. ILMU itu milik ALLAH, pengalaman itu hadiah dari ALLAH, maka, janganlah segan-segan untuk berkongsi .sharing is caring..caring is luving~!!^^

Wallahua'lam..

NURULAIN ADDENAN
23/4/11
9.07 p.m.:)
Mu'tah, Jordan ~