Wednesday, July 27, 2011

..:: Doaku di Hari Lahir- terindah dari 'kalian'::..




Alhamdullilah..
syukur alhamdullilah..diberi kesempatan untuk bernafas lagi olehNya..
genap sudah usiaku yang ke24 bertarikh 26/7..nikmat usia yang
dipinjamkan sementara olehNya entah bila akan ditarik olehNya.
entah arini, esok, lusa..hanya 'DIA' yang maha berkuasa
menarik nikmat segalanya..

semoga nikmat usia ini, dapat ku gunakan untuk
meningkatkan ketaatan ku kepadaNya..
semoga diberi kesempatan untuk meniti hari2 yang
mendatang yang kian bererti buat diri...
syukur Ya Robb~
~Thanks a lot kalian; my osmate afifah zaki, munie, bayt allesha;nada'
wan hanisah, kak yang, iqa,fiza,lala, mai dan jg tukang masak, syahima.
sayang kalian hingga ke syurga~


pulang dari xzm 'dunia'...kepenatan,
dalam coaster, baru terasa mahu tengok hanset,
tengok2, banyak call dari kalian(afifah,ima,nada',lala), 'call' semula,
xde oarang yang angkat..'tido' kah mereka, 'fikirku'...tidak terfikir pun
dengan kejutan ini.yang ku fikirkan, mungkin mereka ingin 'kirim sesuatu',
otw ku mahu pulangdr jamiah..nada' dengan lakonannya, 'camne dengan exam'..
zazila dengan dailognya:'kene surah pa akk??' pe2 pon, kalian 'pelakon terbaik' ,
kalian terbaikkk, terindah:))sayang kalian~~
.....................................................
Dedikasi ini untuk kalian:

Ya Allah...

Ku mohon pada-Mu, bahagiakanlah sahabat2ku di kala ujian melanda mahupun nikmat yang mencurah-curah.

Berkatilah segala amalnya di dunia ini yang akan menjadi saksi di akhirat kelak. Moga-moga syurga yg diimpikan itulah tempat tinggalnya buat selama-lamanya.

Ya Allah...

Kurniakanlah buatnya seorang pembantu dalam menggerakkan agama-Mu. Moga-moga syahid yang diburu menjadi kemanisan di pengakhiran kehidupannya.

Amin Ya Robb..
~~ Terindah dari kalian~~
Terima kasih kalian dengan 'hadiah' ini,
sungguh, sangat2 terharu..diam bukan tanda tidak suka,
tapi diam kerana terkejut, tanda terharu kerana ingatan kalian
dihari lahirku...terima kasih 'kalian'..kerana DIA ukhwah ini terjalin
bukan hanya kerana diatas kertas, kerana DIA ukhwah ini terjalin.

26/7/11 akan segar dalam memori dan ingatanku,
walaupun kita tidak sentiasa bersama, tidak dari 'madrasa' yg sama,
tapi kalian dihati ku,HATI KITA TETAP BERSATU~!!! atas nama
UKHWAH FILLAH~ ameen Ya Robb..

menyambut bersama dalam suasana bahagia,
persis keluargaku , pengganti buat mereka yang jauh nun disana.
terima kasih kalian, hanya mampu diungkap dengan terima kasih 'sayang'
dan bingkisan kata2 ini buat 'kalian'......

Kejutan lagi dibuat lagi oleh ahli Usrah sy,
tapi kejutan yg tidak menjadi, kerana kebetulan majlis untuk 'merisik'
telah bertukar kejutan buat mereka, kerana masa 'majlis' itu
ingin berlangsung, ku ingin keluar rumah untuk berjumpa kawan..
maaf umi dan adik2 yg lain..:))

Terima kasih dengan hadiah ini..terbaikk dari kalian..
ukhwah kita selamanya..Terindah dari 'kalian'..
along syg semua..terima kasih angah, ateh..andak,achik.
juga buat ummi usrah sy, siti salwani..rancangan bersama
my osmate a.k.a afifah zaki..lakonan yg terbaikk:))

~Tangan yang bersatu, hati kita tetap SAMA..bersatu dalam UKHWAH~

~ Terima kasih 'kalian' dengan hadiah ini..:)~nada' , acik sarah, mai~

Terima kasih ukhti nada' yang sudi mecoretkan SANAH HELWA SAYANG untuk sy..^^

Doaku dihari 'Lahir':



Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak muridku yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak didikku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..


Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…


Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbil-Alamin.



Terima kasih kalian, atas hadiah yang terindah ini.~

sayang kalian selamanya.ukhwah hingga ke syurga.:))

27/7/11-10:39 PM.

bayt Lukluk Manthurah,Jordan.



Monday, July 25, 2011

~ Doaku buatmu S.A.H.A.B.A.T ~




Ya Allah...

Ku mohon pada-Mu, bahagiakanlah sahabat2ku di kala ujian melanda mahupun nikmat yang mencurah-curah.

Berkatilah segala amalnya di dunia ini yang akan menjadi saksi di akhirat kelak. Moga-moga syurga yg diimpikan itulah tempat tinggalnya buat selama-lamanya.

Ya Allah...

Kurniakanlah buatnya seorang pembantu dalam menggerakkan agama-Mu. Moga-moga syahid yang diburu menjadi kemanisan di pengakhiran kehidupannya.

Amin Ya Robb..


Sunday, July 24, 2011

..::Warna-warni kehidupan::..



Tanggungjawab sebagai seorang anak,
menghormati, mendoakan, membahagiakan mereka,
berjaya atau tidak??
kita yang akan mencorakkanya..

kasih sayang yang tidak mampu dibalas
dengan wang ringgit, yang tidak
mungkin kita dapat membalasnya sampai bila2..
hargailah mereka selagi mereka ada untuk kita.

maafkan diri ku ma..abah..
banyak menyusahkan kalian krn diriku ini...
takkan ku lupakan semuanya...
daoakn la diri ku sentiasa, supaya aku tidak akan lupa
akan amanah yg ku bawa sebagai anakmu..

Rutin sebagai seorang penuntut Ilmu,
menuntut kesabaran, menuntut perjuangan,
menuntut pengorbanan,
pengorbanan masa, tenaga, dan kadang2 juga
pengorbanan 'air mata',
seiring dalam perjuangan menggapai
mutiara ilmu demi redhaNya..

suka..duka...susah.senang
akan kita rasai semuanya demi perjuangan Ilmu ini,
sukar, senang, adat dalam perjuangan.

teruskan lah melangkah,
seiring dengan matlamat kita dalam perjuangan kita,
berjaya atau tidak, natijahNya dari DIA..
teruskan bermujahadah..

sebagai kakak,
sudahkah aku membimbing, membawa mereka
sama2 menuju syurgaNya..sudahkah??
mampukah aku bersama2 mereka lagi..
ku sayang kalian.

kakak yang tidak mahu adik2nya 'kecundang'
kakak yang mahu lihat adiknya seiring menuju, menggapai cintaNya.
mengertilah, ku ingin bersama2 kalian..

sebagai adik,
buat kakak2, abang2,
ku sayang kn kalian keranaNya..
maaf segala kekhilafan adikmu ini yang
kadang2 tidak mampu membuatkan kalian bahagia
dengan diriku ini, tapi
mengertilah, tiada apa yang ingin ku lakukan
hanya untuk mendapat redhaNya sahaja..

apa yang ingin cuba ku lakukan, bukan untuk kepentingan diriku,
percayalah, mengertilah,tidak terlintas semua ini untuk mengguris hati2 kalian,
kerana DIA aku ingin lakukannya..
kerana ingin mendapat redhaNya ku ingin lakukan,
kerana ku percaya dengan apa yang DIA takdirkan buat diriku.


Tapi apakah daya, kerna ku ingin bahagiakan hati2 kalian,percayalah, ku tak ingin sedikit pun mengguriskan hati kalian, cuba ingin membahagiakan kalian selamanya, selagi hayatku ada..kerana DIA, kerana kalian, ku cuba untuk kuat..terus tabah..terus terSenyummm..kerana ku yakin akan janjiNya..sedih,suka, duka ku hanya DIA yang maha mengetahui..maafkan diri ku..


ku ingin bersama2 kalian sehingga bertemuNya..sempatkah aku menjalankn tanggungjawab ku sebagai seorang anak, pelajar, kakak, adik?? semoga ku diberi kesempatan untuk membahagiakan mereka~


Nota cinta^^:

- Ya Allah..ku rindu mereka saat ini...hati menangis tak tertahan...tapi bagaimana..ku dan mereka jauhh beribu2 batu..tabahkan hati ku Ya Robb...:((

- Kalian tetap dalam hati dan doaku sntiasa..syg dan rndu sllu :((..

- mode imtihan akhirr, 26/7- syafawi Quran , 1/8 - i'jaz Quran, 3/8-Fiqh Qodo' , 4/8- Nabatat..doakn sy sahabat2 sekalian..Allahu Yusahhil~


Doaku sentiasa : " Ya Allah, jadikanlah aku punca kebahagiaan orang lain. Dan, jangan jadikan aku punca kesedihan insan yang lain. Ameen Ya Robb."

surat cinta dari
bumi Jordan.
24/7/11

Wednesday, July 20, 2011

.::Ahlan Ya Ramadhan::.




"Menghitung hari, sya'ban bakal meninggalkan kita beberapa hari ja lagi...Ramadhan kian hampir..adakah ku berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan..bersiapkah kita untuk bertemu dengannya..moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum ini..اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان "

Marhaban Ya Ramadhan!
Terasa indah pada hari ini mampuku berdiri, menghadiahkan seribu kali kesyukuran, di bulan Syaa'ban yang mulia. Ini bermakna aku semakin menghampiri Ramadhan Al Mubarak yang ku tunggu-tunggu demi cintaku pada yang Esa. Ya, masih tinggal cuma beberapa hari lagi sebelum Ramadhan tiba. Namun, tatkala teringat bahawa ajal datang umpama kilat memanah bumi, malah lebih laju dan tepat detiknya, aku menjadi sayu.
Bagaimana andainya Ramadhan kali ini tidak dapat ku temui? Mungkinkah nyawaku ditarik sebelum sempatnya Ramadhan kembali? Segala persoalan ku tahu tidak akan terjawab namun, aku kembali memohon kepada Dia, Allah S.W.T, panjangkanlah usia hambamu ini, dan berikanlah kesempatan memenuhi Ramadhan-Mu lagi. Kerana Ramadhan dahulu aku telah mengecewakan Mu, Ya Allah. Kerana Ramadhan dahulu aku telah banyak mensia-siakan Ramadhan dengan kealpaan dan kemungkaran.
Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Mengapa ia dikatakan begini? Sudah tentu semua telah maklum bahawa Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang kita diuji dengan pelbagai corak ujian untuk mengukur kesabaran demi memperoleh seribu kebaikkan daripadanya. Masya-Allah!
Jika ada antara yang bukan Islam bertanyaku, 'Tidak lapar kah kamu semua berpuasa selama 30 hari? Kalau aku di tempat engkau, sudah tentu aku tidak dapat memenuhi tuntutan puasa tersebut'.
Maka aku selalu nyatakan pada mereka bahawa, 'aku berpuasa bukanlah bermakna aku sedang kebuluran. Sedangkan di setiap pelusuk dunia masih ramai yang tidak menemui makanan dan minuman. Adakalanya berhari-hari mereka kelaparan namun mereka tetap cuba untuk hidup sehingga sisa-sisa nafas yang terakhir. Aku berpuasa demi mengingati Allah dan ciptaan Allah yang ditakdirkan kekurangan serba-serbi dalam kehidupan, di malam hari aku beribadah memuji Allah kerana aku bersyukur, ditakdirkan hidup dalam golongan manusia yang sederhana. Masih mampu meraih nasi dan lauk pauk. Masih mampu meneguk air berwarna warni lengkap berais. Tapi mereka? Ada yang sekadar meneguk air lumpur. Ada yang menangis, meneguk air longkang. Mengapa tidak kita yang serba cukup ini masih tidak bersyukur?'
Aku teringat mengenai kisah sahabat Nabi yang dikasihi mengharungi bulan Ramadhan:
Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, apabila masuk bulan Ramadhan, dan ketika malam telah melabuhkan tirainya, beliau mengadap mihrabnya (tempat ibadat) sambil memegang janggutnya lalu ia mengangis sambil berkata: Wahai dunia! Samada kamu menghadap kepada ku atau berpaling dariku, aku telah ceraikan kamu dengan talak tiga, dan tidak mungkin lagi aku kembali kepadamu. Sesungguhnya umur kamu pendek, urusun kamu (menipu daya manusia) sangat hina dan tipu daya sangat besar. Ohh! Alangkah sedikitnya bekalan (ku), sedangkan perjalanan sangat jauh dan jalan pula sukar!
Masya-Allah, Saidina Ali sahabat Baginda S.A.W yang dijamin syurga pun merasakan dirinya mempunyai bekalan amalan yang sedikit, inikan lagi kita yang nyata-nyata sering melakukan dosa besar dan kecil kepada Allah S.W.T? Sekali lagi hati ini bertukar sayu dan hiba. Aku mungkin bijak menyatakan kepada mereka tentang fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi aku sendiri masih banyak melakukan dosa yang sedar dan tidak di bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain selain Ramadhan. Sedangkan aku tahu aku tidak semulia Saidina Ali. Ampunkanlah dosaku Ya Allah!
Allah menciptakan manusia dengan tujuan, iaitu untuk menguji samada kita baik atau sebaliknya.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)." [Al-Mulk : 2]
Setiap permulaan pasti ada pengakhiran bukan? Pengakhiran ujian itulah yang dinamakan Mati/Maut.
Firman Allah ta'ala yang bermaksud:
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." [Ali-Imran:185]
Ramadhan adalah bulan penuh dengan kebaikan, keberkatan dan rahmat Allah yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya. Ia ibarat seperti pasar-pasar perniagaan yang kesemua barang-barangnya yang di jual adalah yang terbaik dan dijamin kekal selama-lamanya. Inilah perniagaan yang sangat menguntungkan.
Firman Allah ta'ala lagi mengenai kehidupan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya)." [Al-Saf : 10-11]
Oleh kerana aku merupakan manusia yang sering terlalai dan membuat dosa, maka Ramadhan ini lah sebenarnya merupakan waktu untuk aku menghapuskan dosa-dosaku agar aku dikembalikan kepada-Nya tanpa noda-noda dosa.
1)Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka di ampunkan dosa-dosa yang lepas dan akan datang." [HR Al-Bukhari]
2)Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat yang lain dan puasa Ramadan ke Ramadan yang lain,semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana ia menjauhi dosa-dosa besar." [HR Muslim]
Insya-Allah dengan kehadiran Ramadhan kali ini aku akan berusaha merebut peluang ini untuk berpuasa dengan penuh keimanan kepada-Mu, bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga malah turut menahan diri daripada godaan syaitan dan hawa nafsu.
3)Sabda rasulullah SAW tentang kebaikan Ramadhan lagi:
"Semua amalan anak Adam akan di ganda pahalanya, setiap amalan baik sama dengan sepuluh kebaikan dan diganda lagi sehingga tujuh ratus melainkan puasa. Maka firman Allah ta'ala: Maka sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri akan membalasnya, ia meninggalkan syahwatnya dan makan demi kerana-Ku." [HR Muslim]
Lantas aku teringat kisah Rasulullah S.A.W bahawa Baginda pernah bercerita kepada sahabat-sahabat Baginda, mengenai perihal syurga Rayyan, iaitu syurga yang dikhaskan untuk orang-orang yang ikhlas berpuasa,
4)Sabda Rasulullah SAW mengenai Syurga Rayyan:
"Sesungguhnya di syurga ada satu pintu di namakan Ar-Rayyan, akan masuk melalui pintu ini pada hari qiamat mereka yang berpuasa , tidak akan masuk melaluinya selain daripada mereka. Di katakan: Di manakah orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka yang berpuasa memasukinya, setelah mereka masuk pintu ini pun ditutup dan tidak akan masuk lagi seorang pun selepas itu." [HR Al-Bukhari]
Baginda S.A.W juga pernah menyatakan bahawa bukan sahaja pintu syurga Rayyan yang akan dibuka malah semua pintu-pintu syurga akan memperlihatkan isinya( terbuka) dan pintu-pintu neraka akan tertutup selama sebulan.
5)Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila masuk Ramadhan, pintu-pintu syurga akan di buka, di tutup pintu-pintu neraka dansyaitan-syaitan di gari." [HR Al-Bukhari]
Apabila membaca hadis ini, aku sering berasa lega. Alhamdulillah, tiada syaitan yang akan menganggu ibadahku ketika bulan Ramadhan, sudah pasti ibadah ku akan menjadi tip-top dan sempurna! Tetapi aku sering lupa bahawa hawa nafsu itu masih ada dalam diri. Aku berazam, Ramadhan kali ini aku akan tundukkan hawa nafsuku agar ia patuh menunaikan arahan dan perintah Allah S.W.T.
Di akhir Ramadhan, Allah kurniakan pula satu malam yang tiada tandingannya dengan malam-malam yang lain. Benar bahawa Allah itu Maha Penyayang dan Pengampun. Seboleh-bolehnya Dia menciptakan hari dan bulan untuk manusia-manusia bertaubat dan mensucikan diri daripada dosa. Jika Allah itu zalim, sudah tentu Dia tidak akan menciptakan penghulu keindahan Ramadhan ini yakni malam lailatul qadar dipengakhir Ramadhan! Pepatah inggeris mengatakan, Save The Best for The Last.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan." [Al-Qadr : 1-3]
6)Rasulullah juga turut bersabda mengenai keistimewaan Lailatul Qadar:
"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, Allah telah fardukan ke atas kamu puasa ramadhan, di buka padanya pintu-pintu langit (pintu syurga) dan di tutup pintu-pintu neraka Jahim, di ikat syaitan-syaitan yang paling jahat, bagi Allah satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang di haramkan dari kebaikannya, maka ia di haramkan dari segala kebaikan." [Hadith sohih-Riwayat al-Nasa'i]
Sesungguhnya begitu mulia Ramadhan Al-Mubarak. Begitu besar dan banyak kebaikannya. Malah tidak terhitung jumlah dosa-dosa yang terhapus kerananya! Ya Allah Ya Rabbi, jauhkanlah aku daripada kelalaian menyambut bulan-Mu Ramadhan.
Tingkatkanlah usaha ku ke arah mencapai rahmah-Mu. Amin..
Nota cinta^^:
  • Moga ada kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan..
  • moga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelum2 ini..
  • Bakal Ramadhan di perantauan..jauh dari family..^^:))
10:37 PM
20/7/11
Bumi Mu'tah , Jordan.