Monday, December 26, 2011

..:: Fatrah Imtihan Nihaee ::..



Selamat menempuhi imtihan nihaee kpd semua sahabat2,seperjuangan, kakak2, adik2, abg2..semoga kejayaan milik kita bersama untuk Islam.ma'at taufiq wannajah..

" Man jadda wajada.."

Maaf salah silap pd sesiapa yg mengenali diri ini..mohon didoakan semoga dipermudahkn dalam menempuh perjuangan ini..moga Allah permudahkan urusan kita semua.


Usaha

+

Doa

+

Tawakkal

=

KEJAYAAN

Teruskan bermujahadah, natijah dari DIA.^^


nota dengan hilighting yg berwrna2..^^ bg cerah skit mata :)


21 hb 12 ,2011 = syafawi tilawah wa hifz

29 hb 12, 2011 = wasoya mawaris

31 hb 12, 2011 = sohehain

4 hb 1, 2012 = dakwah khitobah

5 hb 1, 2012 = asasiat Idarah

7 hb 1, 2012 = tafsir Tahlili

8 hb 1, 2012 = ????

14 hb 1, 2012 = ???semoga dipermudahka segala urusan.Najah utk IslAM SEMUA ^^

Mu'tah, jordan
27/12/2011-selasa.
12:05 am


Friday, December 16, 2011

..:: Untuk bakal Teman Hidupku ::..



Untuk bakal teman hidupku, bacalah...

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.

- Artikel iluvislam.com

- Untuk si dia..sama2 kita melengkapi diri menjadi soleh & solehah untuk mendapat keluarga sakinah sntiasa dalam redhaNya..

- 27 days coming soon.moga Allah permudahkan..:)

..:: Mencari erti sebuah perkahwinan ::..



Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan.

Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa.

Ketika nabi Adam tinggal di Syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan.

Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."

Berkahwin Kerana Ibadah

Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama.

Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahwat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah.

Kerana itulah, setiap Muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.

Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah.

Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh.

Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah S.A.W. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku."

Dengan pendekatan ini, perkahwinan mithali dapat membendung masyarakat daripada penyakit-penyakit yang menular disebabkan hubungan seks yang liar dan bebas.

Perhubungan seks yang haram ini menimbulkan pelbagai kompilasi dalam masyarakat seperti lahirnya anak luar nikah, hubungan sejenis, penyakit-penyakit kelamin seperti VD dan AIDS serta menghapuskan keturunan.

Perkahwinan mithali juga perlu berpaksikan al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga.

Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.

Cinta Dan Kasih Sayang

Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.

Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.

Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap Baitul Muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.

Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerana fitrah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah ar-Rum:30 :

"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan Tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."

Tarbiyah Dan Pendidikan

Pendidikan adalah tema penting dalam sesebuah perkahwinan mithali.

Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibubapa.

Haluan yang dipilih perlulah ditapis daripada elemen-elemen yang tidak sihat yang menjadi punca keruntuhan sebuah keluarga.

Perlu diingatkan bahawa anak-anak adalah aset yang mewarisi kepimpinan negara pada suatu hari nanti.

Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya menjunjung al-Quran sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya.

Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan Iman dan akhlak anak-anak mereka.

Begitu juga, pendidikan anak-anak bukan hanya terpikul di atas bahu ibu atau bapa sahaja, malah kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab membentuk keluarganya ke arah keluarga mithali yang hebat dan cemerlang.

Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa ayat 34 bermaksud:

"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)."

Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar. Isteri pula perlu mengembelingkan segala potensi kelembutan, ketabahan dan kepekaannya untuk mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik.

Pendidikan anak akan menentukan keindahan dan kejayaan perkahwinan mithali untuk jangka masa yang panjang.

Kita melihat fenomena hari ini di mana anak-anak berselerak dan terbiar disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak mithali.

Ibu bapa melepaskan tangan dalam perjuangan mendidik anak-anak.

Amat malang sekali sekiranya kita berbuih mulut bercakap tentang perjuangan Islam sedangkan anak-anak seperti itik yang terlepas dari kandang, terbiar dan membawa diri dalam dunia sendiri.

Sebelum berkahwin sepatutnya pasangan lelaki dan perempuan mendalami dan memfaqihkan diri tentang ilmu-ilmu selok belok rumahtangga. Paling penting kedua-dua pasangan perlu sembahyang dan taat kepada perintah Allah.

Ibu Bapa Mithali

Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali.

Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan.

Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan al-Quran yang betul.

Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia Rasulullah S.A.W.

Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.

Keindahan perkahwinan baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain.

Kehadiran putera dan puteri serta cucu baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah.

Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.

Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri.

Namun bukan semua rumahtangga mampu melakar dan mengekalkan kebahgiaan.

Terdapat rumah tangga yang tergadah dengan kekusutan yang tiada jalan penyelesaian malah penceraian menjadi kemuncak pemilihan kerana kemurkaan terhadap hambanya.

Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan.

Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan Iman.

Artikel iluvislam.com

Nota Cinta :

- Lalui dan dekatlah aku kepada cinta yg membawa aku mendapat cinta DIA..

- Ingin terus menjaga ' 3 Hak ' untuk mendapat gelaran idaman semua wanita.InsyaAllah biiznillah.


Thursday, December 15, 2011

..:: Menghitung..+ Debaran..+ Berdoa ::..

Perlu mencari semangat dan kekuatan...exam..menanti hari itu..Moga Allah takdirkan yg terbaik..dan dipermudahkan segalanya..

Bukan mudah..bukan senang sperti yg disangka..Apa yang Allah takdirkan untuk diri..Moga ditakdirkan yang baik2..Ameen..sekali keputusan sudah dibuat..takkan berpatah balik..bertawakal..berdoa..moga dapat menyusuri kehidupan ini dengan baik..berbekalkan redha DIA dan family..sebab DIA maha mengetahui apa yg terbaikk buat hambaNya..

Bahagia..duka..suka...sedih...telah ku rasai semunya..ku harap semuanya menjadi kekuatan untuk aku menyusuri kehidupan baru yang bakal ku tempuhi ..^^ ameen3.. Semua orang juga akan merasainya nanti..bezanya cepat dan lambat...14/1/12..hurmm..Moga dipermudahkan segalanya..syukran kathir kepada family disana..Atas segala bakti dan pengorbanan yang kalian telah lakukan..akan ku manfaatkan seglanya atas kepercayaan kalian kepadaku...akan ku buktikan, yg diriku mampu untuk melaksanakannya berbekal doa dari kalian..kerana ku ada DIA ..dulu..kini dan selamanya..dalam apa keadaan sekalipun..DIA tidak pernah sedikit pun meninggalkan kita..Allah Taala..

Fatrah Imtihan kian menghampiri..cuba yg terbaikk utk mendapat hasil yg terbaikk..ayuhhh kawan2..teman2..adik2..kakak2..yg bakal menempuh dengan final exam...Bitaufiq wannajah sy ucapkan..mohon maaf salah silap..Moga Allah berikan kejayaan pada kita..didunia & akhirat..teruskan bermujahadah..natijah dari DIA..

:

:

:

:

:

Beberapa hari..beberapa minggu bakal menghadapi 'fasa' baru dalam kehidupanku..
moga niatku takkan berubah..hanya kerana Allahu Taala..beroleh redha Allah sentiasa.
kehidupan yang bakal berbeza dan tanggungjawab yg bakal bertambah.
Allahu Taala a'lam..


Lu'lu' manthurah..
mu'tah, jordan..15/12/11

Thursday, December 8, 2011

..:: Kudrat apa yang mampu ku lakukan untuk waktu ini?? ::..



Ya Allah..hanya padamu ku titipkan doa,mohon pertolongan moga dipermudahkan segalanya...
Engkau yang menginginkan , maka Engkau takdirkan lah yang terbaik dalam sisa hidup kami yang berbaki ini..

Ma..abah..atas keizinan dan restu kalian..kini aku cuba untuk 'belajar' untuk menempuh 'alam' itu..ku cuba sebaik mungkin moga aku mampu menjadi apa yang kalian inginkan..begitu juga keinginan buat mana2 wanita..'Wanita Solehah'..Perkongsian dan nasihat dari seorang kakak :
' Wanita solehah yang sebenarnya adalah orang yang berjaya membahagikan masanya kepada :

* Allah..
* suami..
* keluarga..

Sama2 kita berusaha utk memperoleh gelaran ini wahai akhwat..make it easy,Ya Robb...Aku cuba melengkapi diri untuk mendapat gelaran itu..dan ku berharap begitu juga si dia...moga2 kita sama2 menjadi soleh & solehah untuk mengemudi 'bahtera' itu..Allahu Yusahhil..

kalian disana..^^ ankmu ini..adikmu ini..kakakmu ini..xmmpu mmbntu apa2..kudrat yang ku mampukan saat ini..berdoa..moga Allah permudhkn urusan disana.dalam waktu ini, ku mampu 'calling2 ja' ^^

Allah...moga apa yang bakal ku lalui ini..Engkau berkatilah..redhailah setiap perjalanan kehidupan yang bakal kami lalui..jadikanlah kami orang2 yang sabar dalam melaluinya..jadikanlah kami hambaMu yg sentiasa didalam naungan rahmat dan kasih sayangMu..ameen..

Apa yang ku hajatkan..segalanya 'simple' ..Redha Allah dan ma abah itu lebih penting...


~!!! Counting days 4 final exam + .........(*_________________*)doakn kawan2...Moga redha DIA sntiasa ada untuk kita..


mu'tah Jordan.
8/12/11-Khamis.
9:26 PM





Tuesday, December 6, 2011

..::Rumah Tangga??::..


Tips Rumahtangga Bahagia

Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t renungkanlah tips berikut : -

1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.

Surah Al-Furqan ayat 74 :-

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud :-

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas,begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."

Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji akan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

sumber :

iluvislam

Thursday, December 1, 2011

..:: Keajaiban dari sebuah TAWAKKAL::..

Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..sedar atau tidak..segala perjalanan hidup kita telah dicatat diluh mahfuz lg.rezeki..jodoh..mati.semuanya telah ditetapkan.cuma kita tak tau bila lagi semua itu akn berlaku...Kita sebagai hamba hanya mampu menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya..


walau pelbagai ujian yang kita hadapi..jangan kita pernah kenal erti putus asa..kerana , kalau sudah Allah takdirkan semua itu untuk kita..InsyaAllah pasti ada jalan dan Allah permudahkan..Contohnya dalam soal Jodoh.selama mana kita kenal pun, kalau bukan jodh kita..maka tidak akan berlakulah..yg penting, teruskan bermujahadah,yakni berDOA.moga pilihan kita itu nanti baik buat DIRI kita,AGAMA kita, dan AKIBATnya pada masa akan datang...begitu juga dengan soal rezeki.perlu berUSAHA..rezeki xkan datang kalau tanpa USAHA.Betulkan sahabat2.berUSAHA lah...KERANA natijah dari DIA..jangan pernah kata ujian yg berlaku, merupakan penghalang utk beroleh kejayaan dan kebahagian..kerana dengan UJIAN menjadikan kita kuat disisiNya..


Pasti yg pernah merasai ujian, lebih mengetahui kemanisannya bila diuji..manisnya senyuman bila ujian sudah hampir smpai ke garisan kejayaan dengan izinNya..inginku kongsikan..kalau niat kita kerana Allah Taala, InsyaAllah Allah akan permudahkan..yang penting..Doa..Usaha..Ikhtiar..Tawakkal..ANDA semua nantikanlah keajaiban dari sebuah Tawakkal...Pasti ada kemanisannya dari hikmah apa yg berlaku...

kawan2..teman2...kakak2..adik2...Percayalah..JANJI Allah itu pasti..kalau Allah katakan 'Qun'....maka 'Jadilah'....yang penting..berusaha..doakn sy ye teman2..moga Allah redha dalam sisa hidup yg berbaki ini..Teruskan terSenyum :)

1/12/11
khamis~~
1:39 PM,bayt LU'LU' MANTHURAH^^