Thursday, July 14, 2011

..::Hati yang kosong - hanya untuk DIA::..

cinta yang satu- padaMu Ya Robb~


'..Terfikir..terdiam...
apa yang berlaku sebenarnya...
berdiam untuk berubah..berdiam untuk redha..
tidak perlu tertipu dengan permainan dunia yang
menipu semata-mata..
supaya terus thabit dijalanNya...
hanya untuk DIA...kekasih hati...'

Terimalah semua yang telah diberikan Allah kepadamu dan jadilah kamu orang yang termasuk dalam golongan syakirin (orang yang bersyukur)..
surah al-A’raf ayat 144.

Suasana gembira bersama2 sahabat, hanya mampu membawa seukiran senyum di wajah. Namun seringkali ada ruang dalam hati yang masih tidak terisi walau sebanyak mana senyum dan tawa dihamburkan. Tidak nampak pertalian antara senyum dan tawa itu dengan kata-kata seperti “tenang hati”, “suka hati” atau “hati gembira”. ' Terfikir.. supaya perasaan ini tidak berterusan..'kenapa dipilih untuk berduka..kenapa dipilih untuk derita kalau diberi pilihan untuk bahagia..tepuk dada, tanya pada IMAN..tanya pada diri..think +VE :))

Ketenangan, kesukaan, atau kegembiraan hati mungkin banyak bergantung kepada setakat mana ianya terisi. even kata-kata lucu atau lawak jenaka, tidak dapat mengisi beberapa ruang tertentu di dalam hati. Dr ‘Aidh al-Qarni menyimpulkan ' ketenangan itu ada dalam rasa puas. Rasa cukup dengan apa yang ada. Nikmat yang dikurniakan Allah. Orang yang hidup secukupnya lebih bahagia daripada orang hidupnya kaya-raya.'

Ruang kosong di hati menimbulkan kesunyian yang menggigit, kehampaan dan perasaan gelisah yang menghantui hidup. Maka dalam bilik yang riuh dengan suasana gembira, kita masih rasa keseorangan. Semasa bersama rakan-rakan rapat, juga terasa keseorangan. Kosong! Keriuhan suasana tidak mengisi kekosongan hati. Lantaran menjadikan seseorang itu seorang yang 'pemilu' atau juga seorang yang banyak ketawa tetapi kosong hatinya.

Ruang di hati inilah yang perlu diisi, bukan hanya dengan jenaka-jenaka atau pemikiran yang lebih menyusutkan, tetapi dengan sesuatu yang boleh menimbulkan ketenangan dan perasaan berteman even diri keseorangan.

Kerana itulah Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan dalam hadis-hadisnya agar hati hendaklah berzikrullah. dengan berzikrullah..hati akan menjadi tenang.. Mengingati Allah s.w.t. merasakan DIA ada di mana-mana. Merasakan keberadaanNya sangat dekat, sehingga mustahil untuk berlaku tidak senonoh di hadapanNya.takut untuk berbuat dosa..Ingatlah, tidak keseoranagan individu itu kerana dalam hatinya terisi dengan keyakinan kewujudan Allah yang Maha Esa, Maha Pemberi Perlindungan dan Maha Penyayang.Teringat sebuah lagu nasyid dari kumpaulan Durrani- Hakikat:

" Apabila terasa, diawasi Tuhan..
rasa berdosa, setiap masa..
rasa hina diri, dengan Tuhan..
rasa syukur dangan nikmatNya..
jiwa derita dengan dosa..
hati rasa kurang amal padaNya..
itulah hakikat sifat kehambaan bahagia..

mukmim sejati..
sentiasa waspada.. dari dosa tanpa sengaja..
apatah lagi dosa yang nyata..
umpama gunung jatuh padanya..
segala2nya untuk Tuhannya ..jiwa derita dengan dosa..
hati rasa kurang amal padaNya..
itulah hakikat sifat kehambaan bahagia..
Allah Ya Allah..

gerak laku bertambah kaku..
lantaran nafsu yang telah jemu
namun diriku bertambh malu,
padamu Ya Robbi ..yang miliki sifaan nafsu."


Hati yang mengingati Allah tidak pernah sunyi seperti hati yang lepa dari mengingatiNya. Hati yang mengingati Allah s.w.t akan dapat menundukkan anggota-anggota tubuh badan mengikut sunatullah. Membentuk insan yang bertakwa. Hanya berjalan mengikut rentak fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah dalam jiwa dan nalurinya.' semoga diri dan sahabat2 yang lain beroleh ketenangan yang lahir dari keimanan..' like the name of my friend blog, Sakinah Imaniyyah...a.k.a ukhti afifah..:)

Cuma yang perlu diingat ialah kehadiran hati itu berserta Ikhsan (ikhlas) ketika berzikir, kerana tanpanya zikir tidak mungkin mendatangkan sesuatu keajaiban. Membawa kesenangan dan ketenangan hati. Jika tertutup sudah ruang-ruang kosong dalam hati dengan berzikir, tuntutan peringkat zikir itu sudah ternyata dan dengan izinNya diri tidak merasa keseorangan atau sunyi lagi. Setiap detik di tengah-tengah kehidupan kita bersama Allah Taala.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Beribadatlah kepada Allah seperti kamu melihatNya. Kalau kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia sentiasa melihat kamu..
Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.


Nota cinta^^:

  • Ya Ilahi, ku pandangMu..permudahkanlah segalanya...berilah hati2 kami ketenagan dan kebahagian di dunia dan akhirat..

  • Terus mencari dan melangkah..akan hakikat dunia..mencari sampai ketemui cinta yang satu, hanya padaMu Ilahi...ameen~

No response to “..::Hati yang kosong - hanya untuk DIA::..”

Leave a Reply