Tuesday, May 31, 2011

..::Hakikat Kehidupan -mengharap cinta Rabbi::..


( Letih...sungguh letih,kini mengharap cinta dari Rabbi kekal selamanya..)



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah,

Sebelum menemui insan yang betul,

Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,

Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur

dengan nikmat pemberian & hikmah di sebalik pemberian tersebut.



Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,

Yang lain akan terbuka

Tapi, lazimnya kita akan memandang,

Pintu yang telah tertutup itu terlalu lama,

Hinggakan kita tidak nampak,

Pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai,

Sehinggalah kita kehilangannyam,

Dan juga benar bahawa kita tidak tahu,

Apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.



Memberi seseorang seluruh cinta kita,

Bukanlah satu kepastian yang mereka,

Akan menyintai anda kembali!

Jangan harapkan cinta sebagai balasan,

Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka,

Tapi, sekiranya ia tidak,

Pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,

Satu jam untuk menyukai seseorang,

Satu hari untuk menyintai seseorang,

Tetapi,

Ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang..(T_T)




( La Tahzan about CINTA...cintailah Ilahi)



Mencintai, tidak semestinya memiliki..betul kan??

kita milikNya..bukan milik sesiapa...

janganlah kita melaungkan atau mengungkapkan die kepunyaan kita..

atau kau kepunyaan dia...

kerana pada hakikatnya....


kita tidak pernah memiliki sesiapa, walau sekeping hati seorang insan,

tidakkah kita ketahui hukum alam yang menyatakan....

mencintai tidak semestinya memiliki...

manusia pndai hidup dalam kepuraan, bertopengkan menutup rahsia..


Tetapi...hati tidak lagi menolak atau menafikan dengan meluahkan perasaan yg terpendam..

hati tidak pernah menolak atau menafikan hukum alam...

ingin terus mendapat cinta sang Rabbi..kerana hadirnya si dia kerana

adanya DIA buat kita semua..tidak akan wujud si dia,kalau DIA

tidak menginginkan untuk kita...Allah..Allah...


Kadang2 kita tidak perasan atau buat2 tidak perasan,

si dia hanya meluahkan perasaan hati, hanya kerana persaan suka..

bukan kerana keluar dari hati..kerana bukan itu niat sebenarnya??

berselindung disebalik sejuta perasaan dan kau, begitu jujur dan setia

menyayangi si dia..Oohh Cinta....


sehingga melupakan hukum alam yang menyatakan,

cinta tidak semestinya memiliki..

mengertilah,

kita sebenarnya milik abadi yang Maha Esa..



Cinta...tidak berertinya memiliki...
tidak mengira hukum alam..kita bukannya milik sesiapa..
kita milik yang maha Esa..selamanya..
Cinta pada yang maha Esa, cinta hakiki...
cintakan manusia tidak akan kekal,kerana manusia akan mati..


Cintakan bunga,bungakan layu,
cintakan manusia,manusia kan mati.
cintakan dunia,dunia kan pergi...cintakan Allah
adalah cinta hakiki, kekal abadi..


Janganlah kita angkuh melaungkan si dia milik kita,
atau kau milik si dia,kerana hakikatnya ..
kita tidak pernah memiliki sesiapa walau sekeping
hati seorang insan..tidak kau sedar hukum alam menyatakan..
mencintai tidak semestinya memiliki..


( Cinta yang HALAL adalah selepas perkahwinan..)



( Semoga ada sinar bahagia dengan izinNya dari sebuah hubungan)

Teringat kata seorang sahabat,
" Berilah hatimu untuk Allah, pasti Allah temukan pemilik
terbaik..hamparkan masamu seluasnya untuk Allah,
pasti Allah aturkan seluruh hidupmu sebaiknya....."


Allah akan mengizinkan hubungan yang diizinkanNya...
Jalinlah hubungan diatasan landasan syariat..
Moga aturan dan pengakhir yang baik selamanya...
dari sebuah Ikatan yang sah, lahirlah keturunan,zuriat2 yang soleh
dan solehah...kerana yang diimpikan bukan seorang raja,kerana diri
bukan puteri...yang diimpikan adalah 'bakal Imam' yang bakal
memimpin diri untuk menggapai selamanya cinta sang Rabbi,
memimpin hingga ke pintu Jannah..Terus menggapai cinta Sang Rabbi yang abadi..



Luahan hati, cerita hati seorang seorang wanita,
Tulisan itu, luahan hati..
Dari hati kecil ku..
4:05 PM
Mu'tah Jordan..

No response to “..::Hakikat Kehidupan -mengharap cinta Rabbi::..”

Leave a Reply