Friday, June 3, 2011

Kelebihan Bulan Rejab.



Alhamdullilah, hari ini telah masuk 1 Rejab..selepas itu Sya'ban..dan seterusnya ke bulan Ramdhan..Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan2 Haram di dalam Islam..

Allah berfirman:
" Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketepan Allah di waktu DIA mencipta langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram.Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu meganiayai diri kamu dalam bulan yang empat itu,dan perangi kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.."(At-Taubah: 36 ).


Bulan Haram yang di hormati adalah bulan : Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan2 ini kecuali jika mereka diugut.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

Umat Islam
dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan
(yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan
tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.


"..Sesungguhnya seorang muslim itu apabila dia berjalan di jalan dakwah ia tidak akan berjalan dengan hatinya sahaja. Bahkan dibawa bersama hati hati saudaranya. Justeru setiap pahala yg didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias buat saudara seperjuangan. Moga hati hati kita terpilih untuk memasuki SEKOLAH RAMADHAN."ALLAHUMMA BARIK LANA FI RAJABA WA SYA'ABAN WA BALLIGHNA RAMADHAN" Ya Allah.. Berkatilah kami dlm bulan Rejab, Sya'aban, dan berilah peluang pada kami atau sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.amin.


Doa bila masuknya bulan Rejab:

" اللهم باوك لنا في رجب وشعبان وبلغنا في رمضان "

" Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."





Nota cinta ^^ :

- Rejab dah menjelma, after Sya'ban..then Ramadhan, bersedia untuk masuk ke madrasah Ramadhan..


- Semoga thabit untuk mncari redha dijalanNya..meningkatkan keimanan kpd Nya...Allah, make it easy~!!













No response to “Kelebihan Bulan Rejab.”

Leave a Reply