Saturday, May 14, 2011

..::Jasamu tetap ku kenang::..


SELAMAT HARI GURU..! buat semua murabbi/ah, muallim/ah, guru2, cikgu2… Ya, dalam kita mengejar cita dan impian, jangan sekali dilupa jasa dan pengorbanan insan-insan di sebalik kejayaan kita…(^^,)

Khas buat semua cikgu2 dan pensyarah di sekolah yang pernah ku belajar, iaitu sekolah rendah kebangsaan pernu, Maahad As-saiyyidah Khadijah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Darul Iman Malaysia..

..:: Jasamu Dikenang ::..

Segala bakti yang engkau curahkan

mengajar mendidik anak bangsa

segala jasa yang engkau taburkan

menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau lah pelita di malam gelita

memancarkan sinar sepenuh rela

jiwamu tabah hatimu cekal

kasihmu tulus semangatmu berkobar

yang tak pernah mengenal erti putus asa

yang tak pernah meminta puji dan puja.



Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami

sepanjang hayat mekar di sudut had

tiap sepatah katamu mengisi erti

tiap madahmu mengandungi hikmat

pembentuk peribadi penegak kebenaran

pengatur hidup petunjuk kebahagiaan..



Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan

terkumpul dari seribu hati menjadi satu

menadah tangan dengan doa restu

kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan

kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia

pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.



Jujur dan ikhlas engkau berbakti

di kota dan desa atau di hujung negeri

cekal dan tabah menempuh dugaan

hidupmu bagaikan pelita di tengah malam

membakar diri menerangi yang kelam

jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.



* JazakaAllahu kher khatir wahai guru2 ku..jasamau tetap ku kenang...Semoga kalian dalam

jagaanNya sentiasa..BarakaAllahu fekum..*


Nota cinta ^^ :

* teringat zaman menjadi guru (ada pengalmana juga dpt hadiah dn ucpan hari guru dari ank2 didikku)..baru terasa camna sebenarnya pengorbanan yang pernah guru2 lain lakukan..


* Perlu ada kesabaran yang tinggi, ketabahan,penyanyang, tangunggjawab dalam mendidik...


* Tidak lupa juag buat abg, Hasanudin Addenan, kakak, siti marjana Addenan, siti fatimah addenan, selamat Hari Guru buat kalian...


* Buat warga Guru, Sekolah Rendah Arab Merlimau Pasir, Sekolah Rendah Agama Ahmadiah ( tempat mengajar b4 dtg sini)..selamat Hari Guru, terima kasih segalannya..

~!! Jasamu Tetap dikenang sepanjang zaman..

Nurul Ain bt Addenan
Bumi Jordan..
15/5/2011
6:21 a.m(waktu Jordan).

No response to “..::Jasamu tetap ku kenang::..”

Leave a Reply