Friday, April 22, 2011

...:: Salam Imtihan ::...


Salam Imtihan buat sahabat2 sy yang nun jauh,
di Jordan,Malazi,UNISZA,USIM,UKM,Mesir..
dan dimana jua entum berada..


Di doakan semoga entum dipermudahkan segalanya..
bes Of Luck.Do the best~!!
Semoga Berjaya...
Btaufiq wan najah..
Allahu Yusahhil~!!ameen.


Sahabat ,
dalam hidup ini ,kita tidak akan lari daripada ujian..
Allah uji kita tanda Allah sayang dan ingat kita...
Allah akan uji supaya kita kuat untuk menerima ujian itu..
begitu juga dalam belajar,
kita tidak akan lari dengan ujian atau peperiksaan..


Selamat Berjuang sahabatku..
semoga Allah berkati entum..
Teruskan perjuangan dalam menuntut IlmuNya..
Kenangan Indah bersamamu,takkan ku biar ia berlalu..
berjuanglah..hingga ke akhirnya..
( ubahan lagu nasyeed selamat berjuang by Brothers~!!)


berjuanglah dengan tenang. hakikat ketenangan adalah bila hati kita sentiasa
terikat denganNya, menyakini bantuanNya, berusaha keranNya.
hakikat kejayaan bukan pada natijah di kertas,
tetapi pada usaha keranNya dan yakin pada rahmatNya.
Allah tidak pernah zalim kepada hambanNya dalam perjuangan ini.


Sahabat..
Bila hati berjuang kerana Allah..dugaan itu tempat bersinggah,keperitan ditelan sebagai juadah..
kejayaan dianggap mimpi Indah..semoga Allah beri kekuatan dalam perjuangan ini.


Kata semangat ukhti atien buat sy~

kita terus bersengkang..demi melastik bintang..mengapai sebuah impian..
berbumbungkan cakerawala,berlantaikan alam kebesaran-NYA
selami ilmu2 tanpa sempadan.


Mereka yang berjuang sering menangis lemah disisi Allah..
tetapi Allah kuatkan mereka disisi manusia..Berjuang demi Allah,
berbahagialah hati meskipun payah..
kerana itulah perjuangan kekasih Allah dan jalan menuju JannahNYA..


kegagalan adalah sesuatu yang memeritkan, namun disebaliknya adalah
kehidupan bagi sesiapa yang ingin mengambil iktibar.oleh itu berjuanglah
menempuh kemelut dan cabaran hidup serta bersabarlah dengan kegagalan agar kita memperolehi dua kebaikan dari kedua-dua sudut dari kehidupan ini dan
kejayaan sebenar pada hari pertemuan dengan Allah swt..


Antara doa yang boleh di amalkan dalam menuntut Ilmu :

Doa sebelum belajar :



Doa mohon Ilmu bermanfaat :


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.


Doa selepas mengulangkaji pelajaran :

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.


doa sebelum masuk dalam dewan peperiksaan :

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.


Doa mohon kejayaan yang cemerlang :

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.


Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :


سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.


Selamat berjuang sahabat.

selamat menempuh imtihan Nihae...
Do the best..
buat shbt2 di Unisza,
ex-romate(zue),fza,anis,as,ja,wanie,nisa,afaf,imani,amni,
shidah,kak bi..n 2 all my frenz ex dip usul.
Usim,
kak syah,ain,lin dll.
miss n luv u all so much..~!!
ukhwah fillah^^


Strive for mardhotillah.Allah,make it easy!!..
Doa + Effort +Tawakkal.. believe urself, u cn do it!!! :)


untuk sy juga,
2 pper imtihan thani menanti,
Aqidah3~ 26/4/11
Hadis Ahkam~ 2/5/11

Then ...

Final xzm will start 16/5/11
semoga kejayaan milik kita semua~!!^^
Allahu Akbar!!

No response to “...:: Salam Imtihan ::...”

Leave a Reply