Sedikit perkongsian,moga bermanfaat untuk saya dan kalian,InsyaAllah..
Nasihat Hidup Bahagia :
Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah nerakabaginya.
Nasihat Agama~ Jihad :
Jadilah anda seorang yang berani dengan memiliki ciri kepahlawanan,
sesungguhnya Nabi s.a.w. memohon perlindungan daripada
Allah dari sifat pengecut/penakut.
Nasihat Agama Yang bermanfaat :
بسم الله الرحمن الرحيماحفظ الله يحفظك “
Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.
” إذا لم تستح فاصنع ما شئت “
Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.
” أطب مطعمك تكن مجاباالدعوة “
Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.
” اتق الله حيثما كنت “
Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.
” اتْبع السيئة الحسنة تمحها “
Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.
” خالقِ الناس بخلق حسن “
Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.
” اتق المحارم تكن أعبد الناس “
Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.
” ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس “
Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.
” أحبّ للناس ما تحبّ لنفسك “
Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.
” لا تُكثر الضّحك فإنّكثرة الضحك تميت القلب “
Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.
” الظّلم ظلمات يوم القيامة “
Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.
” اتقوا الله واعدلوا في أولادكم “
Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.
” اتق النار ولو بشقّ تمرة “
Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.
” اتقوا دعوة المظلوم “
Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.
” أثقل شيء في الميزان الخلق الحسن “
Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.
” التأني من الله والعجلة من الشيطان “
Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.
” قلة المال أقلّ للحساب “
Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.
” لا تغضب ولك الجنة “
Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.
” أحبّ الأعمال إلىالله أدومها وإن قلّ “
Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.
” أحب البلاد إلى الله مساجدها “
Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.
” أبغض البلاد إلىالله أسواقها “
Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.
” أحبّ الطعام إلى الله ما كثرت عليه الأيدي “
Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.
” أحب الكلام إلى الله أن يقول العبد سبحان الله وبحمده “
Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah :
سبحان الله وبحمده
سبحان الله وبحمده
” أحب الناس إلى الله أنفعهم “
Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam agama.
“أحبّ الأعمال إلى الله سرور تُدخله على مسلم “
Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.
” من كفّ غضبه ستر الله عورته “
Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.
” سوء الخلق يُفسد العمل كما يُفسد الخلّ العسل “
Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.
” أحبّ عباد الله إلى الله أحسنهم خلقا “
Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.
” إحذروا الدنيا فإنها خضرة حلوة “
Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.
” إحفظ لسانك “
Jagalah lidah kamu.
” أدّ الأمانة إلى من ائتمنك “
Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.
” لا تخن من خانك “
Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.
” أدعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة “
Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.
” بشروا ولا تنفروا “
Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.
” يسّروا ولا تُعسّروا “
Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.
” كل بيمينك وكل مما يليك “
Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.
” إذا آتاك الله مالا فليُر أثر نعمة الله عليك “
Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.
” إذا أتاكم كريم قوم فأكرموه “
Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.
” إذا أتاكم من ترضون دينه وخُلُقه فزوّجوه “
Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.
” إذا أراد الله بأهل بيت خيرا أدخل عليهم الرّفق “
Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.
” إذا أسأت فأحسن “
Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.
” إذا حاك في نفسك شيء فدَعْه ”
Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.
( perkongsian by : peribadirasulullah..)
' Agama itu adalah nasihat..'
semoga perkongsian ini, memberi ibrah dan manfaat kepada dunia dan akhirat saya dan juga kalian..diri ini juga memerlukan
nasihat-nasihat yang baik daripada sesiapa yang sudi menasihati..Tazkiyatul nafs.. ILMU itu milik ALLAH, pengalaman itu hadiah dari ALLAH, maka, janganlah segan-segan untuk berkongsi .sharing is caring..caring is luving~!!^^
Wallahua'lam..
NURULAIN ADDENAN
23/4/11
9.07 p.m.:)
Mu'tah, Jordan ~
No response to “..:: Nasihat ::..”
Leave a Reply