Friday, April 22, 2011

..:: Jom Jaga Hati~!! ::..



الذين ءامنوا وتطمئن قلوبهم ألا بذكر الله تطمئن القلوب

orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.
( Surah Ar-Ra'd : 28 )

Kenapa hati disebut قلب ?
  • Asal perkatan ' قلب ' yang bererti berbolak balik.
  • kalimah ' قلب ' khusus untuk manusia seperti kita sedangkan hati haiwan di sebut ' كبدة '
sebab itu kita selalu berdoa :

يا مقلب القلوب، ثبت قلوبنا على دينك وعلى طَاعَتِكَ

“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu dan untuk taat kepadamu.”


Pentingnya Hati :
  • HATI adalah organ dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah dalam tubuh manusia.
  • HATI tempat jatuhnya pandangan Allah.
  • HATI tunjang niat seseorang.

HATI Negatif VS HATI Positif
  • Busuk HATI Baik Hati
  • Sakit Hati Suka Hati
  • Iri Hati Murah Hati
  • Buta Hati Lembut Hati
  • Makan Hati Hati-hati


Kenapa Hati Mati ??
  • Hati mati kerana tidak mengikut perintah Allah.
  • Hati mati tidak diberikan makanan dan santapan rohani.

Bila hati kita da mati, apa yang kita perlu lakukan..cari ,galilah dan perbaiki lah hati2 kita ini supaya dapat mengikut perintahnya bagi mendapat kecintaan dan redhaNya.

Carilah Hati kita di 3 tempat ini, iaitu :
  • Hati kita ketika mendirikan solat.
  • Hati kita ketika membaca Al-Quran.
  • Hati kita ketika mengingati mati.
Tetapi, jika kita tidak temui hati kita di 3 tempat ini, maka berdoalah kepada Allah, agar diberikan sekeping hati , supaya dapat kita menjalankan 3 amalan dengan tulus dan ikhlas.

Oleh itu , hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata,telinga,mulut,kaki,tangan dan sebagainya dari berbuat dosa dan maksiat..

Antara doa supaya ditetapkan hati dan pendirian :


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(Ali-Imran : 8)


"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."
(Ali-Imran : 147).

~ Sama2 ye kita amalkan doa ini.peringatan buat diri yang banyak kekurangan agar dapat mempertingkatkan keimanan untuk mendapat cintaNya.semoga kita sama2 dapat menjaga hati ya~!!ketenangan yang kita inginkan adalah ketenangan yang lahir dari keimanan( blog ukhti afifah~ sakinahimaniyyah )^^ Renung2kan dan selamat beramal~!!~

No response to “..:: Jom Jaga Hati~!! ::..”

Leave a Reply