Sunday, May 15, 2011

..::Kembalikan lah::..


Ya Allah, berikan kekuatan..ketenagan..Ketabahan,,,
Allah..Allah..Allah...( perkataan yang disebut, dikala diri memerlukan kekuatan)..
kuatlah diri..kuatkan lah hati...'pujuk diri jangan bersedih...pujuk diri,
kembalilah untuk kuat..'jangan pernah kalah..bangkitlah...memang susah..
tapi bila kejayaan hadir, disitulah hikmahnya manisnya kesusahan..
Allah hadirkan kesusahan supaya kita manusia sentiasa bersabar dan
bersyukur dengan ujian diberi...

Nasihat ma; ' kena kuat dirantau orang..jangan sedih2, hiburkan hati..ma sentiasa doakan kamu..jangan sedih2 nk exam kn...study betul2, jawab betul2..ingat Allah selalu..
Maa,' semangat anakmu kian luntur ketika ini..tapi anakmu tidak akan berputus asa..kerana cita2 ku untuk menuntut ilmuNya..kerana anakmu ingin membahagiakanmu..ku ingin
kuat dalam berjuang agamaNya.'

'maa...ku mampu untuk melakukan..ku mampu untuk kembali kuat..kemabalikan lah semangatku Ya Allah...kemabalikan lah..(kamu mampu lakukan ain..kamu mampu)..

' Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya..'

'jangan pernah biarkan diri bersedih..putus asa..bangkitlah..maju lah...kenapa perlu lesu? kenapa perlu bersedih?kenapa biarkan dirimu berduka?kenapa...kenapa??

Kata sahabat( ukhti Afifah) :

لا تقنطوا من رحمة الله
Janganla kita brputus asa dgn rahmat Allah..

Kita sama2 boleh

We can do it...

Tiada yang mustahil..

kuat3 ain~!!(pesan pada diri)..

Pesan akhi Hasanuddin :

selamat berimtihan, study sungguh..banyakkan berdoa...solat hajat
dan solat Taubat...
'tima kasih akhi, tugas ku sebagai hamba padaNya tidak akn ku
lupakan.dan akan ku istiqamah pada jalanNya...

'Jangan bersedih..jangan bersedih..jangan biarkan persaan
duka dalam diri...bangkitlah..tiada yang mustahil..
terus dekat padaNya..kerana DIA sebaik2
tempat memohon..kembalilah tersenyum,tersenyum lah pada masalah,
kerana masalah itu akan hilang..tersenyum lah..benda yang P.A.Y.A.H.
akan terasa mudah. carilah jalan penyelesaian menggunakan akal..
bukan dengan emosi...'

Nota cinta buat diri^^ :

* Pesan pada diri tabah...tabah..terus kuat...tiada yang mustahil...
berjuanglah selagi ada masa..Perjuangan memerlukan pengorbanan.!!

* Ingat pesan ma..abah..bahagiakan mereka dengan kejayaan dan
akhlakmu..

* sy boleh..sy boleh..sy yakin boleh melakukan..tiada yang mustahil..
Allahu Taala a'lam..

* 1 hari lagi, bagi paper final xzm sy yg pertama..hajat doa dr shabat2...
maju ain~!!maju..terus bangkit..muslimah harus ada pendirian..
jangan pernah tewas!!!Doa+effort+tawakkal.
Tiada yang mustahil...

Saturday, May 14, 2011

..::Jasamu tetap ku kenang::..


SELAMAT HARI GURU..! buat semua murabbi/ah, muallim/ah, guru2, cikgu2… Ya, dalam kita mengejar cita dan impian, jangan sekali dilupa jasa dan pengorbanan insan-insan di sebalik kejayaan kita…(^^,)

Khas buat semua cikgu2 dan pensyarah di sekolah yang pernah ku belajar, iaitu sekolah rendah kebangsaan pernu, Maahad As-saiyyidah Khadijah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Darul Iman Malaysia..

..:: Jasamu Dikenang ::..

Segala bakti yang engkau curahkan

mengajar mendidik anak bangsa

segala jasa yang engkau taburkan

menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau lah pelita di malam gelita

memancarkan sinar sepenuh rela

jiwamu tabah hatimu cekal

kasihmu tulus semangatmu berkobar

yang tak pernah mengenal erti putus asa

yang tak pernah meminta puji dan puja.



Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami

sepanjang hayat mekar di sudut had

tiap sepatah katamu mengisi erti

tiap madahmu mengandungi hikmat

pembentuk peribadi penegak kebenaran

pengatur hidup petunjuk kebahagiaan..



Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan

terkumpul dari seribu hati menjadi satu

menadah tangan dengan doa restu

kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan

kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia

pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.



Jujur dan ikhlas engkau berbakti

di kota dan desa atau di hujung negeri

cekal dan tabah menempuh dugaan

hidupmu bagaikan pelita di tengah malam

membakar diri menerangi yang kelam

jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.



* JazakaAllahu kher khatir wahai guru2 ku..jasamau tetap ku kenang...Semoga kalian dalam

jagaanNya sentiasa..BarakaAllahu fekum..*


Nota cinta ^^ :

* teringat zaman menjadi guru (ada pengalmana juga dpt hadiah dn ucpan hari guru dari ank2 didikku)..baru terasa camna sebenarnya pengorbanan yang pernah guru2 lain lakukan..


* Perlu ada kesabaran yang tinggi, ketabahan,penyanyang, tangunggjawab dalam mendidik...


* Tidak lupa juag buat abg, Hasanudin Addenan, kakak, siti marjana Addenan, siti fatimah addenan, selamat Hari Guru buat kalian...


* Buat warga Guru, Sekolah Rendah Arab Merlimau Pasir, Sekolah Rendah Agama Ahmadiah ( tempat mengajar b4 dtg sini)..selamat Hari Guru, terima kasih segalannya..

~!! Jasamu Tetap dikenang sepanjang zaman..

Nurul Ain bt Addenan
Bumi Jordan..
15/5/2011
6:21 a.m(waktu Jordan).

Tuesday, May 10, 2011

~!! Rasa hati..DIA maha mendengar..~


Allah..Allah...
ucapan yang mampu di ucapkan dikala hati rasa sedih yg teramat..Allah..maafkan ku. insan yg berdosa..berikanlah ku peluang untuk bertaubat kepadaMu ya Allah..ku xingin smua ini berlaku ya Allah.ku insan yang lemah..ku ingin yg terbaik untuk agama ku.kuat Ya Allah.tabah dan yakin dengan segalanya.'kuat dan yakin itu datang dr diri sendiri jangan bersedih..cari punca..insyaAllah ada jalan penyelesaiannya..'( nasihat buat diri dlm hati).



Ya Allah..berikan lah rasa takut dan sedih ini,menjauhkan ku dari kemaksiatan, yang membawa kami ke JannahNya dan menjauhkan kami dari nerakaNya..jauhkan aku dari murkaMu Ya Allah, jadikan lah ku insan2 yang terpelihara hatinya dari sebarang kemaksiatan , kejahatan..peliharalah hati2 ku untuk sentiasa mengingatiNya dan kalam2Nya..Allah..Allah..alangkah indahnya hati2 orang yg terpelihara hatinya dari sebarang kemaksiatan...( subhanaAllah).


Ya Allah, moga penghijrahan yang ku lakukan untuk kebaikan dalam agamaMu diterima disisiMu.hilangkan sifat2 hasad dengki, marah,supaya ku lebih dekat denganMu..hadirkan dalam hati ku,sifat2 mahmudah, persaan 'husnuzhon' dalam semua amal yang ku lakukan, juga dalam ukhwah yg ku jalinkan dengan sahabat2 ku..kuatkanlah ikatan persahabatan ku ini menuju jannahMu..

Ya Allah..ku mohon segala yang ku lakukan adalah hanya untuk mencari Mardhotillah...biar hati2 ku ini tiada gelisah, tiada resah..supaya hidup aku menjadi indah dan bersyukur pdnya akan nikmat yang diberi.menjadikan DIA sebagai tempat pergantungan..Ya Allah, peliharalah ku,semoga dalam jagaanMu sentiasa.

Ya Allah, aku mohon padaMu,moga segala yang ku rasa ini..sakit,sedih,susah, senang ini , adalah yang terbaik untuk ku dan agama ku..' menagis akan membuatkan kita kuat, kerana hidup ini adalah untuk bersyukur. Bersyukur pada orang yang menyakiti kerana dialah orang yang menabahkan hati kita. Pada orang yang tidak mengendahkan dirimu kerana dialah yang memupuk berdikari. Pada yang menjatuhkan kamu kerana dia yang memperhebatkan potensimu. Pada yang menyeksa kamu kerana dia yang menguji kesabaranmu. Bersyukur dengan segala ujian Nya kerana itulah tarbiyyah dari yang Esa...'FirmanNya :
( Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.)(Surah. Al Baqarah : 216).


"janganlah kamu bersedih dan berdukacita,sesungguhnya kamu adalah kaum paling mulia jika kamu beriman".

Ya Allah, terima lah amal ku, doa ku, hati ku, ampuni dosa2 ku, berikanlah kebaikan kepada ku di dunia & akhirat..KAU jauhkan lah ku dr siksa nerakaMu Ya Allah..permudahkan lah jalan kebaikan ku untuk mendapat redhaMu Ya Allah..ku ingin jadi hamba2 yang dalam jagaanMu sentiasa..

Ya Allah, ku mohon, permudahkan lah ku dalam membuat kebaikan kepadaMu, yang sedang berjihad untuk mendapat redhaMu..permudahkan lah ku.permudahkan lah ku Ya Allah...kerana ku ingin sentiasa mengingatiMu sepertimana KAU sentiasa mengingati ku dan sahabat2 seislam yg lain.. hamba2Mu ini..seperti dalam Riwayat thabrani :
(..''tidak ada sesuatu yang paling disesali para penghuni syurga melainkan satu saat mereka pernah lalui didunia tidak digunakan untuk mengingati Allah..")

Kuat dan teguhkan lah hati2 kami dalam menuju redha dan cintaMu Ya Allah..ku insan yang sentiasa menharapkn redhaMu..pimpinlah ku, jangan pernah KAU tinggalkan ku dari memperoleh, rahmat dan redhaMu Ya Ilahi...moga ujian duka..sedih, kecewa ini mematangkan ku..memberi pengajaran buat diri supaya menjadi insan yang hampir dan bersyukur dengan rahmatNya..

' terfikir..'

'aku diuji lagi..sekecil ujian hati ini..Allah..Allah..'
' bahagiannya kekasih Allah, dihadiahi ujian yg amat hebat sebagai tanda kasihNya,,begitulah rupanya berkasih dengan Allah, tidak akan dibirkan terlena dalam kenikmatan yg melimpah, tetapi dilindungi dengan dugaan dan cubaan yg xkan berkesudahan..".

nota cinta buat diri^^ :

* Bersyukurlah dengan ujian, sebagai tanda sayang Allah kepada hambaNya..Allah maha mengetahui apa yang terbaik..

* yakin ..percaya..tabah..kuat, ada pada diri..carilah sebagai kekuatan buat diri..Allah~!!

* bersangka baiklah pdNya..

ونحن أقرب إليه من حبل الوريد
" Dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya "( QS ,Qaaf : 16)."

Sunday, May 8, 2011

♥♥Kaulah ratu hatiku♥♥~!!


Hari ini adalah Hari Ibu..tp bagiku ...selapas ku dilahirkan..smpai la hari ini.dulu,kini dan selamanya.tiap hari merupakan Hari Ibu..jasa ibu yg tidak dapt dibalas dengan wang ringgit..kata2..besar sungguh jasamu ibu..buat ibuku yang jauh dimata Khadijah bt Majid..ain syg ma..

pengorbanan.

Maa..kau lah ratu hatiku..kau lah inspirasi ku...kau lah jua yg ku sayang.ain syg ma..ku ingin jd sprt mu.terima kasih ya Allah..kerana kasih syg ini..kerana mengurniakan insan sprt dia kepada ku..

ma, ku berterima kasih untuk segla2nya yg telah ma lakukan untuk ku..dari kecil, sampailah ku menjadi nurul ain yg sekarang..senang untuk berkongsi cerita..masalah..dia lah yang banyak memberiku semangat...teguran...yg memahami diri ku..kerana ku lebih rapat dengan maa...bila ku bersedih, dia sentiasa dengan rasa tidak jemu memberi nasihat..teguran..engkaulah ratu hati ku maa...bila da berjauhan ni, rasa kehilangan kasih syg buat semntra waktu..tapi ku tau...kasih syg itu untuk slma2nya buat anakmu ibu...

Teringat masih kcil2, ank perempuanmu yg 6 org ni, ada saja masalah dan kerenah yang kami timbulkan..tp kau da caramu yg mmbuatkn ank permpuan mu ni terlalu bangga dengan caramu mnyelesaikan masalah...nasihat dan teguran..kadang3 kami akan terasa satu kehilangan bila 1 ari tanpa nasihatmu..

masa blaja dulu,time nk study.. dia selalu menemaniku..kadang2 sampai tertdo jadinya menunggu ku habis study..o0hh ibu, terlalu besar pengorbananmu ibu..ku berdoa sentiasa semoga ibu berada dalam keadaan sihat sentiasa..kini kita jauh terpisah.ibu di mlysia, ankmu ini diperantauan..kita terpisah jauh beribu2 batu..tp kerinduan ku kepadamu takkn terhenti sampailah ku bertemu dengan maha pencipta...

Bila ku berhajat ke Jordan, ibu lah orang yg berat untuk izinkan ku kesini..katanya; 'tidak mahu berjauhan..nk lihat anak2 depan mata..'..0o0hh ibu, kerana cita2,kerana kasihmu ibu, akhirnya kau lepaskan ku jua merantau demi mencari mutiara ilmu dinegara orang..terima kasih ibu kerana melepaskan ku jua.dengan airmata mu ibu mengiringi pemergianku..dengan airmata itulah menjadi semangat untuk aku kuat..tabah di medan ilmu ini.tima kasih dengan kata2 nasihatmu..tima kasih ma kerana pinjamkan semangatmu untukku.kini, aku tidak bole menerima, memberi atau membalas ciuman,pelukan buatmu ibu.kerana kita terpisah jauh buat semntara waktu..sungguh,ku rindukan mu ma..jauh dimata, dekat dihati.kini ku perlu cari baju kalis rindu tebal3 untuk kerinduan itu..^^.

Renungkanlah wahai teman :

" Dalam hati ibu berkata:
pergilah anakku..belajarlah bersungguh2..
jangan kau lemas dlm kebebasan yg ibu berikan...
Ibu tidak hantar kamu ke sana melainkan Ibu percaya
kepada kamu..kerana kamu anak Ibu..

Dalam jiwa ayah pula berbisik :
anakku..ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa..
moga kamu tidak pernah lupa nama yang kamu bawa
dihujung namamu..
hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa
piala kemenangan..
Anakku..
Selamat Berjuang!!!
kenangilah mereka dalam setiap apa yang kita lakukan..

Nota cinta :

~!!Ma, engkaulah ratu hatiku....bila ku berduka engkau hiburkan selalu...selamat hari ibu buat

ma sy, Khadijah bt Abd Majid...juga buat ibu2 sedunia..^^

" Ya Allah, ampunilah dosa2 ku dan dosa2 kedua ibubapa ku..kasihanilah mereka seperti

mana mereka mengasihi ku sejak aku masih kecil lagi.."

means 4 COUPLE..~!!

couple tu ertinya berpasangan.. berpasangan tu ertinya berdua pergi mana-mana bersama dan buat apa-apa pun berdua.. so jelas di sini bahawa hukum couple sebelum nikah adalah HARAM.. namun jika sudah nikah tidak menjadi kesalahan couple ini kerana sudah halal..

cinta itu anugerah Allah yang diberi pada hati-hati manusia agar saling berkasih sayang.. namun cinta itu kena ada batasnya.. cinta itu tak salah, mempunyai perasaan cinta itu tak salah, namun bercinta antara lelaki dan perempuan itu ada had-had batasannya.. lelaki menyatakan bahawa dia menyintai seorang wanita dan wanita turut berkata perkara yang sama kepada lelaki, ia tak salah kerana cinta itu Allah bagi.. namun bila mereka keluar berdua, berborak dengan perasaan manja dan ghairah (tambah2 lagi wanita melembutkan suara dan menggedik) ia adalah dilarang dalam agama.. jika benar cinta, pergi meminang dan nikah.. selesai..

Jika ingin keluar bersama, pastikan wanita membawa mahramnya bersama-sama supaya tidak terjadinya fitnah dan tidaklah syaitan boleh menghasut (jika mereka berdua) supaya mereka berbuat maksiat.. walau dah bertunang pun ia masih sa
ma, masih tak boleh couple atau seumpama dengannya yang telah disebutkan.. jadi nikah adalah satu-satunya jalan untuk anda dating dan mendapat status couple..

( share by syahirul.com ).



Nota :

* Ya Allah..peliharalah hati ku ya Allah..dan juga shbt2 ku yg lain..kuatkanlah mereka dlm mgharungi ujianMu...

*peringatan buat diri..shbt2 yg lain juga...~ajar lah diri tentang apa itu ISLAM..supaya yg lain tau tentang Islam dan menjalankan kehidupan dengan syariat Islam..bukan hanya faham ISLAM sahaja..Allahu yusahhil sgla niat yg baik....

Wednesday, May 4, 2011

..:: Imtihan Nihae ::...


Berita gembira buat warga mu'tah, jadual imtihan nihae sudah keluar..sama2 tengok ye jadual bg madah fasal ni..semoga jadual yg terbaikkk buat kalian..kalau rasa kurang tu..sama2 kita redha yee..moga itu yg terbaikk buat kita semua..ameen3..^^

Imtihan thani baru ja mnutup tirainya 2 ari yang lepas, jadual imtihan Nihae sudah pun keluar..Jadual yang best..Allah..Allah..perlu melakukan pecutan untuk madah yg sehari de 2 madah..Allahu Yusahhil..ameen3 Ya Robb~!! berdebar + gerun bila melihat jadual final xzm...natijah dari DIA...teruskan usaha~!!Tiada yg mustahil...Doa + effort + tawakkal..^^ selamat study dan berimtihan nihae ye ukhti Nurul ain...:)

Jadual Imtihan Nihae fasal Thani :

22 hb 5 : Hadis Ahkam 11-1.00 t/hari
22 hb 5 : Ulum Quran 4-6 ptg
23 hb 5 : Aqidah 3 8.30-10.30 pg

29 hb 5 : Tarbiyah Riyadhi 8.30-10.30 pg

30 hb 5 : Fiqh Muamalat 11-1.00 t/hari

01 hb 6 : Tarbiyah Riyadhi


Allahu Yusahhil~!! peringatan buat diri..lakukan pecutan dan usha mulai skang cik Nurul ain , jika anda inginkan yg terbaik..lakukan usha pun yg terbaik..


Nota buat diri dan kwn2 :

Ya Allah..
Kadang-kadang sahabatku ini lemah,
maka KAU kuatkanlah..
kadang2 dia resah, maka tenangkanlah..
kadang2 dia gentar,maka campakanlah keberanian
ke dalam hatinya...
dia meminta, maka kabulkanlah...dia berjuang
maka permudahkanlah....dia menuntut ilmuMu
maka faqihkanlah..dia sgt sayang padaMu
yang utama maka sayangilah dia...
dia yakin padaMu..maka KAU
maha tahu apa yang terbaik untuknya..
baik untuk agamaNya,untuk kehidupanNya dan
akibatNya masa akan datang..
kalau sebaliknya...JAUHKAN LAH...
AMEEN YA Allah..
perkenankanlah~!!


Nota cinta^^ :

buat kawan2 , teruskan perjuangan yee~!!^^..jgn pernah putus asa..tiada yg mustahil dariNya...teruskan bermujahdah..natijah dari DIA...nantikan keajaiban dr sebuah tawakkal..almuhimm, usha dulu yee..jgn xusha..xkan nk tggu keajaiban tanpa usaha kan...pesan buat diri yang utama..BarakaAllahu fekum~!!

Khas untuk team ex-UDM, afifah zaki, syahima, maisarah, hafizah, atiqah, masyitah, afifah Husman dll, juga seluruh warga mu'tah..tidak lupa juga buat ousmate sy, miss akiey~Do the best 4 the last sem...^^bitaufiq wannajah...tiada yang mustahil..natijah dari DIA..^^

buat diri; pecutan bagi madah fiqh muamalat..alhmdullilah dpt semngat dr kak2 senior..cuba yg terbaikk..Allahu yusahhil~!!!to kwn2..jgn pernah putus asa..berusha hingga ke garisan penamat..kullu kher i.Allah~^^

" فاذا عزمت فتوكل على الله "

Renung2 kan dan selamat beramal..~

Tuesday, May 3, 2011

..:: Kembara Islah ::..


Ketika itu,

Aku lupa,

Aku leka dengan duniaku,

Berfoya-foya,

Bermain-main dengan waktu,

Bergelak ketawa dengan gembiranya,

Tanpa menghiraukan masa yang berlalu.



Ketika itu,

Sekali lagi aku lupa
,
Aku lalai dengan dunia,

Sehingga kawan-kawanku juga terleka,

Bermain-main dengan masa,

Bersama bergelak ketawa,

Tanpa mengingatiNya.



Ketika itu,

Aku tidar sedar,

Betapa aku telah menempah tiket ke neraka,

Untukku dan kawanku,

Untuk ibubapaku dan ibubapa mereka,

Untuk ummat Rasulullah umumnya.



Dalam keadaan terleka itu,

Aku menghadapkan wajahku padaNya,

Dalam solat itu,

Dia hadir penuh kasih sayang,

Dia hadir penuh kecintaan,

Dia hadir penuh kerinduan,



Aku jadi malu,

Malu denganNya,

Apa yang sudah aku lakukan?

Bekalan apa yang telah aku sediakan?

Tapi Dia tetap sama,

Melihatku dengan penuh kasih sayang,

Mendamaikanku dengan penuh kecintaan,

Menjelaskan lagi maksud kerinduan,

AntaraNya dengan aku,

hambaNya,

Hamba yang sentiasa diselaputi dengan dosa-dosa,

Hamba yang sentiasa lupa kepadaNya,

Hamba yang hina lagi dina.



Dalam solat itu,

Perasaanku bergetar lagi,

Mengingatkan akan balasanNya,

Akan setimpal dengan apa yang telah aku lakukan,

Di kala itu,

Air mata itu menjadi saksi,

Betapa aku butuhkan keampunanNya,

Betapa aku inginkan keredhaanNya,

Betapa aku mahukan cintaNya.



Dalam solat itu,

Dia mendamaikanku dengan janji-janjiNya,

Dia menyakinkanku masih ada waktu,

Dia mengingatkanku Dia Maha Pengampun,

Aku tersentak,

Aku tersedar,

Betapa baiknya Dia,

Betapa hebatnya Dia,

Betapa tinggi cintaNya,

Kepada hamba-hamba yang datang kepadaNya,

Kepada hamba yang mencari kecintaanNya.

Saksi cinta itu terus mengalir deras,



Allah,

Aku malu padaMu,

Malu untuk mengucap cinta,

Malu untuk mangaku hambaMu,

Malu bila teringat kejahatan itu,

Tetapi Engkau Ya Allah,

Masih lagi dengan pemberian nikmatMu,

Masih lagi pemurah dengan hamba sepertiku,



Allah,

Dalam solat itu,

Aku datang mencari keampunan,

Untukku terus mencari cintaMu,

Tapi layakkah aku,

Layakkah aku,

Bermimpikan syurgaMu?

Layakkah aku,

BertemuMu dan RasulMu?

Layakkah aku,

Mengatakan cinta kepadaMu?



Dalam solat itu,

jawapanMu tetap sama,

jawapanMu mendamaikanku,

selagi aku hambaMu datang kepadaMu,

Kau tetap dengan cintaMu yang setia,

Kau tetap dengan kasih sayangMu yang hebat,

Kau tetap dengan rinduMu kepadaku,



Allah,

Izinkan aku mencintaiMu,

Izinkan aku mengucapkan kata rindu,

Walau ku tahu ku tak layak untuk itu,

Tapi Kau lebih berhak untuk memutuskan untukku,



Yang pasti,

JawapanMu tetap sama,

JawapanMu menyenangkanku,

JawapanMu cintaMu,

Terima kasih ya Allah,

Tiada bandingan dengan nikmatMu,

Tiada kata yang sesuai untuk diucapkan,

Betapa nikmat cintaMu,

Dalam solatku itu...

Allah cintaku.



~keranaMu cintaku, ku hadiahkan puisi ini untuk mereka yang mencari cintaMu, untuk sama-sama merasa betapa hebat cintaMu.

( - emel dari seorang sahabat fb Cheah Cintailah Ilahi )
~ Sang Helang Putih ~
p/s :

~Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga..muhasabah bersama..semoga perkongsian yg sedikit ini memberi mnfaat buat ana dn kalian..ameen2..BarakaAllahu fekum..