Wednesday, September 28, 2011

..::Ujian adalah Tarbiyah::..



Ujian adalah tarbiyah..
Allah izinkan buat diri untuk melalui ujian..
kawan2 sibuk pulang ke tempat pengajian, mu'tah Jordan..
diriku terpaksa menndakan tiket, utk menemani ibuku yg sakit..

sehari sebelum sy ingin berlepas ke bumi Jordan balik..ibu ku sakit kembali..
ibu menghidap darah tinggi..sekarang ibu kerap, pitam..muntah2..
ibu akan terbaring lesu..
Ya Allah....Engkau berikanlah kesihatan yang baik buat ibu ku...
tak sanggup utk kembali ke bumi sana dalam keadaan ibu ku sakit..
Allah..Allah...(T_T)

Biarlahwaktu yang seketika ini dapat ku menjaga ibu....
puas menangis, kerana sy perlu membuat keputusan..ku berdoa..
moga Alalh takdirkan yg baik2
dengan doaku..sekali ke melangkah.bertekad..takkan ku berpatah balik..

dengan setekadnya..sy menundakan tiket..tarikh asal sy kembali ke jordan,
27 hb 2011, hari selasa pukl 3 pagi waktu malaysia..
dan bertukar pada 4 hb 10..ari selasa juga..pukul 3 pagi..
Ya Allah...ku perlu kuat..tabah..walau hatiku berduka lara..

biarlah sy dapat jaga ibu buat seketika ini..dalam keadaannya sakit..
sy memberitahu ibu yang sy ingin menundakan tiket, xmahu balik lagi...
Ibu: 'baliklah...xpayah tunda2...tapi dalam hati ibu, menangis...
ku xsanggup...Allah..Allah...

Biarlah waktu yg sedikit ini ku dpt menemani ma...dapat menjaga ma...
biarlah tangan ini yg menadah muntah ma..biar tangan ini yg memapah
ma untuk ke tandas..biar tangan ini juga yg mnyediakan makan..
biar tangan ini juga memberi ibu makan ubat..biar segala2nya
mampu sy sediakan buat ibu....MA....ain syg kamu
ma...syg sangat2...Allah..Allah..lindungilah ibuku...
peliharalah ibu ku dan kembalikan kesihatannya seperti sediakala..
ameen Ya Robb..

Along: 'balikkk laah..mana tau, mse tunda tiket nnt..mak sakit lagi..
cmne?xkan nk tunda tiket lg..balik laaa..doakan mak..solat hajat buat mak.'.
hanya Allah yg maha mgtahui isi hatiku..dialah permata hatiku...
sy sayang ibu..'kasih ibu membawa ke syurga...'

adik beradik yg lain membantah sy menukar tiket...tapi xpela..
ibu hanya seorang..kasih ibu yg ingin ku miliki selamanya hanya ibuku
sorang..belajar bole sambung lagi..Allah..Allah..hanya pada
ENGKAU tempat k mohon pertolongan..sembuhkanlah ibuku seprti sediakala..
sekali ku melangkah..sekali ku bertekad..xkan ku berpatah balik..natijah dari DIA...

sy perlu kuat..redha..tabah..kerana sy pasti..akan kembali ke sana juga
seorang diri..untuk meneruskan perjuangan lg..permudahkan lah Ya Robb...


KataHati:

~ Kasih ibu selamanyaa...membawa ke syurga...

~ Hajat doa dari kawan2...doakan ibu sy..doakn sy utk jd lebih kuat dan tabah..

~ moga Allah takdirkan yg baik2 buat ibuku dan keluargaku...

~ Bakal kembali ke sana juga..(T_T)

Sunday, September 18, 2011

..::Alhamdullilah- permudahkanlah Ya Robb::..




Bismillahirrahmanirrahim..Assalammualaikum..sudah lama xmengupdate blog ni..xde masa untuk mengupdate...sbb xtau nk share cite apa...^^

Alhamdullilah..dengan izinNya, sy telah selamat menjadi tunangan orang pada raya ke3 bersamaan 1 september( khamis), setelah setahun disunting oleh keluarga bakal tunang, iaitu raya ke3 tahun lepas sebelum sy berlepas ke bumi syam, Jordan untuk menyambung pengajian.(jadi pada waktu itu, sy sudah jadi tunangan orang even majlis pertunangan belum diadakan.ttp cincin dijari sudah disarungkan- moga ini pilihanku yg terbaik Ya Robb)..syukran kepada yang sudi menghadiri majlis..terutama pada fmly sy yg tercinta...^^

bole bayangkan x..petang raya baru tau, majlis pertunangan akan diadakan pada raya ke3..xde persiapan apa2..(ingat apa, br bgtau* marah kat bakal tunang*) sy xtau pe2 perancangan dr fmly, sbb mse perbncngan sy di JOrdan...^^ family sy jz tau mjlis akn diadakan pada ari raya..tp xtau raya ke berapa...hhehe...nk xnk, kene juga uruskan- sbb pihak lelaki telah bersedia..tp sy???

Raya ke..sy, 2 org kakak, dan juga abang ipar yg bersedia menaburkan bakti dan perkhidamtannya mencari barang hantaran..sampai lah ke malam..seterusnya membuat gubahan...terbaikkkkkk laa..^^

siappppp gubahannya...

:


:

:

:

:
hantaran dari pihak sy..^^

hantaran dari pihak lelaki..^^

Alhamdullilah, tepat kul 4 petang..sy selamat menjadi tunagan orang apabila cincin selamat disarungkan dijari..Ya Allah, rahmatilah hubungan kami ini..permudahkan lah kami Ya Rob..


saat cincin disarungkan oleh ibu kepada tunagan..^^( xnampak gmbr ibu tunang^^)


ibu tunangan, a.k.a bakal ma mertua..biiznillah..^^


maa my luvly ma...^^

syukran kepada ma..abah..adik bradik yg lain..yg telah memberikan doa dan restu kepada kami.syukran kathir..moga hubungan ini kekal sehingga ke ikatan penikahan..ameen.

pada si dia, semoga terikatnya tali pertunangan ini mampu membawaku mencambahkan lagi keimanan dan kecintaanku kepada Yang Esa. Semoga dia mampu membimbingku menuju redha Allah dan sama2 mengejar cinta Allah mendahului cinta sesama manusia. Agar dia juga menjadi sumber inspirasi dan semangatku untuk teruskan perjuangan Islam. Sepanjang tempoh pertunangan ini, didoakan agar Allah melindungi dari perkara2 yang mungkar kerana masing2 sibuk persiapkan diri menjadi soleh dan solehah. Amin Ya Rabb...

“Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilang jualah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi)

Semoga Allah permudahkan semuanya untuk kita menuju ke peringkat seterusnya....mencipta dan membina sebuah mahligai bahagia bersama mujahid dan mujahidah yang berjuang di jalan Allah...Amin Ya Allah..^^


disudut hatiku..Ya Robb..rahmatilah hbungan kami ini..permudahkan lah..

bersama ank buah..syirah & nisreen
Maa,ku cuba memenuhi hajatmu jika itu yg kau mahu...abah, aku cuba menjadi anak yg solehah jika itu yg kau harapkan...along,mak ngah.pak lang,mak jang.adik2..aku cuba jadi adik dan kakak yg mendengar akan nasihat2 kalian..jika kalian rasa itu yg terbaik buat diriku..jika aku dinikahkan..nikahkan aku dengan kerelaan kalian.itu yg kuharapkan..jika itu harapan kalian buat diriku,aku cuba untuk menunaikannya..aku ingin membahagiakn kalian smua..dan jika aku disandingkan.izinkan aku memilih pakaiannya isteri2 Rasulullah SAW tercinta.. ameen...doaku sentiasa :

" Ya Allah, jadikanlah aku punca kebahagiaan orang lain. Dan, jangan jadikan aku punca kesedihan insan yang lain. Ameen Ya Robb." Allah, make it easy~!!!

Terima kasih tidak terhingga buat pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul, atas segala-galanya. Atas sudinya menerima diri ini seadanya, atas setia menghulur tangan walau tanpa diminta, atas sabar dalam menghadapi apapun ujian bersama.. ❤ with Shahril Sabri.

12:06 a.m.
waktu malaysia^^
19sepetember 2011
~ 19 ari sebagai tunangan orang..permudahkan lah Ya Robb~~




Wednesday, September 14, 2011

..::Eidul Mubarak- Malaysia buat seketika..::..




Alahamdullilah, Allah izinkan setelah saya bermusafir dalam menuntut Ilmu di bumi syams, mu'tah Jordan..Allah izinkan buat dr ku berada bersama..beraya bersama keluarga tercinta buat seketika..Alhamdllilah..

kepulangan ku dr 'daerah' sana, menguji ku erti kerinduan..kekutan...diuji dengan ujian yg sikit drNya..3 ari selepas sampai ke tanah air..diuji dengan sakit..anak buahku, Nisreen Haziqah..moga sihat seperti sediakala...ameen..

buat ma sy, khadijah abd majid, semoga dberi kesihatan yg baik..semoga dberi kkutan utk meninggalkan 'mereka' buat seketika...Allah..Allah..ku syg mereka...ku akan merindui mereka..

Didoakan, moga diberi kesihatan yg baik buatku sekeluarga..

Tuesday, August 23, 2011

..::Malam yang dinanti semua - Lailatul Qadar::..


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr


Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."


Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar.


Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar


Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut:

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar:

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Notakaki:

* Bersama mereka buat seketika...sminggu sudah di Tanah air...moga percutian ini bernilai Ibadah..

* 5 ari lagi, sedihnya Ramadhan bakal ,meninggalkan kita..Allah..Allah..

* sharing by : Lailatul Qadar


Saturday, August 13, 2011

..::Saat itu-14/8/11::..


Allah, permudahkan lah Ya Allah,
berkatilah permusafiranku bersama teman2..
moga permusafiran ini bermanfaat dan bernilai disisiMu.

moga dipermudahkan segala urusanku utk pulang ke tanah air,
pulangku moga membawa erti dan semangat baru...
ameen.

mu'tah

:

amman

:

:

:
kuwait
:


:

:
malaysia
pray 4 me kawan2..

nota cinta^^:

* Buat my osmate,afifah, siti murni , doakn perjalanan kakakmu ini..

* ukhti afifah, jgn sdih2 yee..doakn akk..maaf krn tggalkan kamu disini..:((

* semoga prmusafiranku bernilai ibadah disisiNya..

* ma..abah..rindu kalian...

Friday, August 12, 2011

..::Saat itu- counting days::..



3 bulan, 2bulan, sebulan, berminggu,
Sedetik, sesaat, sejam, sehari, dua hari...

akan tiba juga saat itu..
counting
:

:

:

:

:

:

:


:

:

:

:

:

isbir ya ukhti..
aka tiba saat 14/8/11
(ahad)
:

:

:

:

:

:

permudahkanlah Ya Allah..rindu ma..abah..adik2 dan semua...:(
moga niat yg 1 itu utkMu Ya Ilahi.

Tuesday, August 9, 2011

Remember: Why I want to get married??


I reblog this from wardahalisya,
Why I want to get married?

because I want my eyes to see someone special, someone halal, knowing that he is my gift from Allah.

because I want someone who loves Allah and loves me because he loves Allah.

because I want somebody to share my happiness and praise Allah with me, someone to cry my tears with me and make du’a with me and someone to love and love Allah with me.

because I want to have children of my own to love and care and share with a gift from Allah.

because I want to share Allah’s beautiful creations and praise His name with someone who Allah has fated to be with me since I was born.

because verily, with a halal partner, my life and everything I do with my wife will be halal in the eyes of Allah.

because I am a gift from Allah to someone, and I want to let his feel Allah’s love through me.

-Muhammad Khairy Farhan

nota cinta^^:

  • cinta kerana Allah..pasangan yg bernikah ats dasar aqidah akn mampu berdepan dengan apa jua cabaran, sama ada dalam bentuk kekurangan harta benda, pergeseran jiwa, perbezaan fikiran atau pertembungan emosi..


  • Wahai Wanita Solehah.Yang dicari bukanlah putera raja,tetapi seorang putera agama...Yang dinilai,bukan sempurna sifat jasmani,asalkan sihat rohani, sempurna hati.Yang diharap,bukan jihad pada semangat,asal perjuangannya ada matlamat.Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,cukuplah akad dan janji setia.Dan yang akan terjadi,andai tak sama kehendak hati,ttp akan ku redha dengan ketetapan Ilahi..

  • wahai lelaki soleh,dambakanlah cinta..cinta sejati yang kekal selamanya..biarpun pahit perjalannya demi meraih redha Allah..harungilah jua ,berjuanglah,demi memperjuangkan redhaNya untuk membina sebuah Ikatan Cinta disisiNya..
  • Ya Robb, permudahkan laa urusan2 hamba2 mu ini, jika ini yang Engkau takdirkan..Engkau lebih mengetahui rahsia hati hamba2Mu ini..dan Engkau maha mengetahui apa natijah yang Engkau sediakan bagi segala yg Engkau takdirkan dalam diri hambaMu..permudahkan lah Ya Robb..segalanya untukMu..

  • Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita mghinakan diri, tetapi mghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semngat, tetapi mbangkitkan smgat~Hamka.

  • Perjuangkan cinta kerana Islam..biar apa pun orang kata..asal sunahNya dilaksanakan..Tangisan tanda syukur , moga dipermudahkan..