Monday, July 18, 2011

..:: Perginya seorang srikandi Islam dalam perjuangan::..



Pemergiannya mesti menjadi api yang membakar semangat untuk kita semua meneruskan perjuangan.Berehatlah 'bonda' YB Dr. Lo'lo bt Ghazali dari keletihan dunia..Tiada lilin yang pernah engkau nyalakan, melainkan akan kami oborkan ia hingga sirna gelap jahiliah dan terbit fajar kemenangan, tidak lama lagi..semoga ahli keluarganya tabah dan teguh di jalan penuh ranjau dan liku ini..Inna lillaahi wa inna ilaihi raaji'uun..
Al-Fatehaa..







cinta untuk almarhumah Dr Lo'lo Ghazali~


Presiden PAS ,Tuan guru Abdul Hadi Awang juga turut mengalirkan airmata, merasai kehilangan srikandi Islam..


Dr Hatta Ramli tidak dapat menahan tangisnya. Antara Dr Hatta dan Dr Lo' Lo' tidak ada ikatan kekeluargaan seperti yang kita faham. Bukan waris, bukan spupu, bukan sedara. adik beradik kandung jauh sekali. Tetapi apabila akidah perjuangan itu diikat atas nama Islam kehilangan muslimah hebat ini menitiskan air mata Dr Hatta.

Ya Allah, rahmatilah beliau..semoga beliau dikalangan hamba2 yang soleh.. semoga semangat dan ketabahan beliau dalam perjuangannya menjadi api semangat untuk kita dalam berjuang dijalanNya..semoga Roh almarhumah bersemadi dengan aman bertemu penciptaNya.ameen~


Nota cinta^^:

  • Semoga almarhumah ditempatkan disyurga firdausi yang menjadi sebahagian taman2 syurga..

  • Ingin persis beliau, srikandi dalam memperjuangakan Islam...semoga kita thabit dijalanNya...

  • semoga semua ini, kehilangan beliau menjadi semangat untuk kita memperjuangkan Islam...

Thursday, July 14, 2011

..::Hati yang kosong - hanya untuk DIA::..

cinta yang satu- padaMu Ya Robb~


'..Terfikir..terdiam...
apa yang berlaku sebenarnya...
berdiam untuk berubah..berdiam untuk redha..
tidak perlu tertipu dengan permainan dunia yang
menipu semata-mata..
supaya terus thabit dijalanNya...
hanya untuk DIA...kekasih hati...'

Terimalah semua yang telah diberikan Allah kepadamu dan jadilah kamu orang yang termasuk dalam golongan syakirin (orang yang bersyukur)..
surah al-A’raf ayat 144.

Suasana gembira bersama2 sahabat, hanya mampu membawa seukiran senyum di wajah. Namun seringkali ada ruang dalam hati yang masih tidak terisi walau sebanyak mana senyum dan tawa dihamburkan. Tidak nampak pertalian antara senyum dan tawa itu dengan kata-kata seperti “tenang hati”, “suka hati” atau “hati gembira”. ' Terfikir.. supaya perasaan ini tidak berterusan..'kenapa dipilih untuk berduka..kenapa dipilih untuk derita kalau diberi pilihan untuk bahagia..tepuk dada, tanya pada IMAN..tanya pada diri..think +VE :))

Ketenangan, kesukaan, atau kegembiraan hati mungkin banyak bergantung kepada setakat mana ianya terisi. even kata-kata lucu atau lawak jenaka, tidak dapat mengisi beberapa ruang tertentu di dalam hati. Dr ‘Aidh al-Qarni menyimpulkan ' ketenangan itu ada dalam rasa puas. Rasa cukup dengan apa yang ada. Nikmat yang dikurniakan Allah. Orang yang hidup secukupnya lebih bahagia daripada orang hidupnya kaya-raya.'

Ruang kosong di hati menimbulkan kesunyian yang menggigit, kehampaan dan perasaan gelisah yang menghantui hidup. Maka dalam bilik yang riuh dengan suasana gembira, kita masih rasa keseorangan. Semasa bersama rakan-rakan rapat, juga terasa keseorangan. Kosong! Keriuhan suasana tidak mengisi kekosongan hati. Lantaran menjadikan seseorang itu seorang yang 'pemilu' atau juga seorang yang banyak ketawa tetapi kosong hatinya.

Ruang di hati inilah yang perlu diisi, bukan hanya dengan jenaka-jenaka atau pemikiran yang lebih menyusutkan, tetapi dengan sesuatu yang boleh menimbulkan ketenangan dan perasaan berteman even diri keseorangan.

Kerana itulah Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan dalam hadis-hadisnya agar hati hendaklah berzikrullah. dengan berzikrullah..hati akan menjadi tenang.. Mengingati Allah s.w.t. merasakan DIA ada di mana-mana. Merasakan keberadaanNya sangat dekat, sehingga mustahil untuk berlaku tidak senonoh di hadapanNya.takut untuk berbuat dosa..Ingatlah, tidak keseoranagan individu itu kerana dalam hatinya terisi dengan keyakinan kewujudan Allah yang Maha Esa, Maha Pemberi Perlindungan dan Maha Penyayang.Teringat sebuah lagu nasyid dari kumpaulan Durrani- Hakikat:

" Apabila terasa, diawasi Tuhan..
rasa berdosa, setiap masa..
rasa hina diri, dengan Tuhan..
rasa syukur dangan nikmatNya..
jiwa derita dengan dosa..
hati rasa kurang amal padaNya..
itulah hakikat sifat kehambaan bahagia..

mukmim sejati..
sentiasa waspada.. dari dosa tanpa sengaja..
apatah lagi dosa yang nyata..
umpama gunung jatuh padanya..
segala2nya untuk Tuhannya ..jiwa derita dengan dosa..
hati rasa kurang amal padaNya..
itulah hakikat sifat kehambaan bahagia..
Allah Ya Allah..

gerak laku bertambah kaku..
lantaran nafsu yang telah jemu
namun diriku bertambh malu,
padamu Ya Robbi ..yang miliki sifaan nafsu."


Hati yang mengingati Allah tidak pernah sunyi seperti hati yang lepa dari mengingatiNya. Hati yang mengingati Allah s.w.t akan dapat menundukkan anggota-anggota tubuh badan mengikut sunatullah. Membentuk insan yang bertakwa. Hanya berjalan mengikut rentak fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah dalam jiwa dan nalurinya.' semoga diri dan sahabat2 yang lain beroleh ketenangan yang lahir dari keimanan..' like the name of my friend blog, Sakinah Imaniyyah...a.k.a ukhti afifah..:)

Cuma yang perlu diingat ialah kehadiran hati itu berserta Ikhsan (ikhlas) ketika berzikir, kerana tanpanya zikir tidak mungkin mendatangkan sesuatu keajaiban. Membawa kesenangan dan ketenangan hati. Jika tertutup sudah ruang-ruang kosong dalam hati dengan berzikir, tuntutan peringkat zikir itu sudah ternyata dan dengan izinNya diri tidak merasa keseorangan atau sunyi lagi. Setiap detik di tengah-tengah kehidupan kita bersama Allah Taala.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Beribadatlah kepada Allah seperti kamu melihatNya. Kalau kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia sentiasa melihat kamu..
Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.


Nota cinta^^:

  • Ya Ilahi, ku pandangMu..permudahkanlah segalanya...berilah hati2 kami ketenagan dan kebahagian di dunia dan akhirat..

  • Terus mencari dan melangkah..akan hakikat dunia..mencari sampai ketemui cinta yang satu, hanya padaMu Ilahi...ameen~

Saturday, July 9, 2011

~ Dari hati seorang wanita - erti pada yang memahami ~


sesekali kita perlu DERITA
untuk mengenal erti BAHAGIA.
sesekali kita perlu KECEWA
untuk kita kenal erti KEJAYAAN.
sesekali kita perlu MENANGIS
untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi.
sesekali kita perlu TERHIRIS
untuk kita kenal DIRI SENDIRI.


Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam

didalamnya..andai muatan kita adalah IMAN,dan layarnya TAKWA,nescaya kita akan selamat dari

tersesat di lautan hidup ini..




Hati..

katakan tidak pada 'kesunyian' 'kesedihan' ,

mengapa dipilih untuk berduka..

kalau bahagia diberi pilihan...


erti pada yang memahami..

terima kasih kerana ada untuk diri ini,

terus menuju ke jalan cintaMu..

terima kasih kerana sudi meminjamkan telinga,

untuk mendengar 'celoteh' ku , meminjamkan bahu,

untuk sama2 menanggung...


Mengapa perlu ada perasaan ini..

mengapa ingin dibiarkan terus rasa ini..

ku tidak mahu seperti ini...

seglanya menjadi tak kena...

mengapa...' ku tidak tahu akan jawapannya.'





mengertilah pada yang memahami,

ku cuba untuk yang terbaik...

supaya tidak terus berperasaan seperti ini...


ku ingin 'terbang jauh ' dalam mencari makna disebalik itu..




terus cuba...terus menerima...terus mengerti,

moga semua yang berlaku, atas petunjukNya..

mengertilah, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya

yang tersirat..susah untuk difahami...susah untuk dimngerti...

blaja lah untuk menerima..redha akan ujian dan dugaan ini..

Allah bersama2 kamu...~~~ La Tahzan..bersabar untuk sedikit waktu lg!!

12:28
10/7/11


..::Ingin persis Sumayyah::..

~~ Biar Tegas, asal tidak tewas..~~



Sumayyah..
dalam diri selembut sutera,
kau miliki Iman yang teguh..

kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera,
dibelenggu jahililah, kau tempuhi dengan berani,
walaupun jasadmu milik tuan,
tetapi hatimu milik Tuhan,

padang pasir menjadi saksi,
ketabahan keluarga itu,
tika suami dan anak dibaring menghadap mentari,
disuruh memilih Iman, atau kekufuran,
samar jahiliah atau sinaran aqidah,

sabarlah keluarga Yasir,
bagimu syurga disana, dan kau pun tega memilih syurga,
walau terpaksa mengorban nyawa,
lalu tombak yang tajam menikam jasadmu yang
tiada bernyawa..namun Iman didadamu
sedikit tidak berubah.

darahmu menjadi sumbu pelita Iman,
sumayyah kaulah lambang wanita solehah,
tangan yang disangka lembut menghayun buaian,
menggoncang dunia mencipta sejarah..

sumayyah,
kau dibunuh didunia sementara,
untuk hidup di syurga yg selama2nya,
kaulah wanita terbaik sebaik manusia,
namamu tetap menjadi sejaarah..

( sumayyah - Hijjaz )

wanita,
peliharalah akhlak mu,
kerana ia sumber kecantikanmu,

peliharalah Agamamu,
kerana Ia adalah peganganmu,

peliharalah amalmu,
kerana Ia adalah pakaian ukhrawimu,

dan peliharalah lisanmu,
kerana Ia adalah hatimu,

yang menentukan baik dan buruk dirimu...

sama2 kita beristighfar..sama2 kita muhasabah, bagaimana
tahap keimanan dan kecintaan kita padaNya??adakah kecintaan kita
padaNya, melebihi kecintaan kita kepada manusia..atau kecintaan kita
pada manusia lebih lagi dari kecintaan kita padaNya..sapa yang akan
memberi jawapan itu untuk kita??.. 'tepuk dada, tanya iman..'



sedarlah..
jika kita mencintai bunga,
sedarkah kita bunga akan layu?
jika kau cintakan manusia,
sedarlah, suatu hari dia akan pergi,
jika kau mencintai harta..


sedarlah,
harta itu akan kau tinggalkan..
hanya DIA cinta abadi..
yang kekal abadi..
cintailah ILAHI...

" Pepatah arab membawa maksud:
Agama menjadi sendi hidup,pengaruh menjadi penjaganya,
kalau tidak bersendi, maka runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga,
binasalah hayat..orang yang terhormat itu, kehormatannya sendiri melarang dia berbuat jahat..."


ku mahu..ku inginkan. ku berdoa..

Ya Allah,
Engkaulah cinta teragungku,
cintaku kepadaMu harap dibalas,
janganlah cintaku ini tidak berbalas,

jangan biarkan aku tanpa pimpinan,
pimpinlah aku kejalan yang benar,
hanya kepada Engkau lah harapanku,
janganlah hampakan perasaanku..

Ya Tuhanku,
aku mencintaimu..peliharalah hati2 hamba2Mu ini.



Nota cinta^^:

* Biar tegas, asal tidak tewas, muslimah harus ada pendirian...

* Ya Allah, jadikan lah aku wanita2 yang kuat dijalanMu..peliharalah ku dan juga semua hamba2Mu ini. moga ujian yang KAU berikan kepada kami menjadikan kami kuat, bagaikan srikandi disisiMu..

* sekuat...setabah..walau apa pun dugaan, persis srikandi SUMAYYAH~~

* Man ashaqqa faiffa, famata syaheed~~

* sentuhan dari drama ' Bagaikan Sumayyah'~~alhamdullilah terkesan~^^




Thursday, July 7, 2011

..:: Syaaban ::..

Muslims love syaaban! ♥ ^_^

manfaatkan bulan syaaban sebaiknya.

Diriwayatkan dari Umamah Al-Bahili r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila masuk bulan Syaaban,(cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

"Tahukah kamu sekalian mengapa dinamakan dengan bulan syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah s.a.w, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yg banyak sekali." (Petikan daripada kitab Raudatul Ulama).

Sunday, July 3, 2011

♥✿.¸¸.•´✿◕ TENTANG DIA~♥✿.¸¸.•´✿◕

~~ buat bakal imamku~~


Maafkan jika selama ini ada yang salah,

maafkan jika Kehadiranku menganggu hari-harimu,

maafkan jika kerana diriku hatimu diselubungi awan mendung..



Tapi rasa ini tak mungkin ku dustai

tak mungkin ku hilangkan

walau diri merasa tak layak jiwa ini bertemu

dengan cintamu



aku tahu engkau tak bisa

karena ada tirai pemisah

antara engkau dan aku


tapi kecintaanmu pada

Rabb Kita

membuatku makin kagum padamu

dan aku tak bisa lagi berdusta

bahwa aku mencintaimu.....



aku hanya berharap saat ini

izinkan aku menjadi chenta halalmu,

di jalan Rabb kita,

dgn chenta dan RedhaNya..



dan biarkan lah dirimu...

menjadi bintang

yang berkemilau

di LANGIT HATIKU..

selamanya..

InsyaAllah,ameen Ya Rabb..-✿◠‿◠˙·٠•●♥ℒℴѵℯ♥УỚυ ♥ ♪ ✿

♫♥♫♥


~~ sharing dari seorang sahabat~~jzkllhu kher ukhti~~

Sunday, June 26, 2011

..::Kuatkan ku Ya Robb::..

~~ Terus tersenyumm.mencari makna disebalik senyuman~~

Ya Allah,
kuatkan lah hati hambamu ini...
terasa hati ini terasa mahu terus menangis..
menangis kerana cuba faham..cuba mengerti..

tapi..
siapakan saya...mengerti,memahami.
yang dilakukan bukan mengikut kehendak hati.
cuba untuk memikirkan, memahami,
tapi saya hanya insan biasa yang tak mampu untuk
memuasakan hati semua.

bertindak, melakukan, berani,
kerana cuba memahami, mengerti, melakukan,
tidak pernah menolak sebagai takdir kehidupan,
diberi peluang untuk memilih,
supaya tiada hati yang terluka..

ku cuba..dan terus mencuba.
mengerti dan terus mengerti...
memahami dan cuba memahami..
fahamilah, diriku bukannya yang terbaik kalau
telah melukai, mengasari..memungkiri..

akan ku tersenyum pada 'nya'
supaya akan hilang segalanya dari kotak fikiran ku..
percaya pada janjiNya..
janji itu PASTI sehingga lah bertemu denganNya..

Teruskan terSENYUM.~^^

nota cinta ^^ :

* Teruskan tabah..don't give up, but stand up~!!

* mengerti dan akan terus mngerti sebaik mungkin untuk cuba tidak menyakiti hati2 yg lain..

* sungguh, saat begini telalu merindui ma..abah...rndu kn nsht dan pujukan kasih syg...