Monday, March 28, 2011

..:: Dari Hati Kecil Kami ::..


Kami tak nak bercinta, Tak nak 'couple' , Tak nak buat maksiat ,
Kami cuma nak kahwin..!!

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج

Ertinya ; Wahai golongan pemuda,sesiapa diantra kamu mempunyai kemampuan, hendaklah ia berkahwin kerana kahwin itu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan( kesucian dan kehormatan diri)..
(Al-Bukhari Muslim).

Dari hati kecil kami : Malu tapi mahu.~

Di Malysia satu ketika dahulu, umur dalam belasan tahun sudah berkhwin.Umur mencecah dua puluh tahun dah beranak-pinak.Umur masuk lima puluh ,sudah mmpunyai cucu-cicit.Semua itu,cerita dulu2,barang yg lepas jgn dikenang..:)

Zaman Millinium.Tradisi yg baik itu mula berubah.Pandangan masyarakat terhdp kahwin pd usia muda mnjd beranjak jauh.

" Mana boleh kahwin lg, kena habis blaja dulu !!"
" Engkau nk bg anak aku mkn pasir ke??
" Gatalnya, blum apa2 lg da nk kahwin."
" Kahwin ini byk tnggungjawab,kena jaga ini,kne jaga itu.."
" Malulah seorang ustazah tidak sabar,malu pada akak2 yg tidak blaja agama.."

Kadang2 ust sndiri tidak faham,berkmpen lg, 'jangan kahwin lg!!" Ust kata kne blaja dulu br khwin. " Masa2 beginilah kita nk blaja betl2... " Kalau dah khwin, ssh nk blaja.." Mgkin ust ingt keadaan skng sama mcm dulu atau ust nk murid2nya rasa apa yg dia pernh alami..

Muda-mudi bertanyakan ttg cinta.Jawab ust haram.Kemudian, diam.Muda-mudi mnyoal ttg khwin.Jawab ust, tggu dulu.Tunggu sampai bila ust? smpai dosa kmi bertimbun2 dulu?!!

Ada calon pn belum tntu dpt khwin..Ramai juga yg sudah mmpunyai calon, malah mmpunyai kekasih atau bahkan tunang tp ttp tak dapat khwin.sbbnya mrka mnta supaya urusan ini ditngguhkan..jgn tergesa2..

Alasan yg byk sgt.Ada yg mmg tdk dapat dielakkn sprt kkasih di tanah air, sdngkan diri blaja di luar ngrapermntaan dr ibu bapa.

Tidak kurg juga yg malu lg segan utk mmberi tahu kluarga mrka ttg keinginn hati mrka..pd awalnya mmg mustahil la utk mmberthu kluarga ttg keinginan hati..tp krn agamaNya,akhirnya berjya juga mnyebut.." ibu..abh..nk khwin!!

....................................................................................................................................................................
melalui surah an-nur ayt 32,fhm lh kita bhwa Allah mggalakkn perkhwinn dlm klngan remaja,dewasa dan org tua secara umum.Disini,dbawakn nas khusus yg mggalkn perkhwinn dlm klgan remaja pulas,sabda Rasulullah SAW:

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج

Ertinya ; Wahai golongan pemuda,sesiapa diantra kamu mempunyai kemampuan, hendaklah ia berkahwin kerana kahwin itu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan( kesucian dan kehormatan diri)..
(Al-Bukhari Muslim).

Hadis ini myuruh para pemuda utk berkhwin,Disbbkn bukan smua remaja yg mmpunyai kmmpuan utk berkhwin,Rasulullah SAW mnnjukkn gesaan itu utk mrka yg mmpu shja,mnkala golongan yg tdk mmpu,sabda baginda :

ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

dan barangsiapa (antara kalian) tdk mmpu berkhwin,hndaklah ia berpuasa krna puasa itu mnhan dirinya(dari melakukan zina).



...........................................................................................................................................................................
Ini bukan suka2 kami,ini Agama!!~

tiada alasan lg bg remaja utk berkhwin, bg ibu bapa utk mmbnarkan ank2 mrka mndirikn rumhtngga, dan bg masyarakat utk mmndang berkhwin adalah yg terbaik bg remaja.Alasan yg dberi trlalu byk.Lagipun, ini bukan semata2 krn suka2 remaja, ini suruhan agama!!

Agama mnyeru para remaja supaya segera berkhwin lbih2 dgn fitnah dunia skang ini.

............................................................................................................................................................................

Ancaman kebinasaan bagi sesiapa yg mmperlekeh Ajaran Agama~

Masyarakat perlu tnduk kpd ajaran Islam bukannya Islam tnduk kpd masyarakat dan adat setempat.Islam mngajk umat agr berkhwin spya terhndar drpd melakukan zina,maka setiap mnusia perlu patuh.Mengapa masih mahu berdalih?

sedangkan org yg beriman lg bertkwa mncr jln utk mnghndarkn kmungkaran shingga terpksa yg mgadu kepada Allah, " aku tak mmpu tahan ya Allah!kurniakan daku seorg isteri supaya jiwaku tennag dan tenteram dengannya.

Namun, msyarakat ibu-bapa biasanya enggan mghwinkan mrka pd usia muda,ank2 teruna mminang ank2 dara mrka,namun mrka enggan mmbnarkn ank dara mrka berkhwin.Mereka ada byk alasan ttp kbnykn alasannya dibuat2..mereka tdk mngendahkan kata2 yg disndarkn kpd Rasulullah SAW..yang bermksud :

" Apabila org yg kamu redhai agama dan akhlaknya dtg mminang ( ank) kalian,hndaklah kamu mghwinknnya.Jika tidak, akn berlaku fitnah diatas muka bumi dan kerosakn yg bsr.

......................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Kahwinlah kerana Allah..~

Rasulullah SAW diriwayatkn bersabda :

" Tiga golongan yg berhak mndapat pertolongan daripada Allah iaitu : hamba yg ingin mmerdekakan diri,org yg berkhwin utk memelihara diri daripada perkara2 haram, dan org yg berjuang pada Jalan Allah...

Kahwinlah dgn krn Allah, krn ingin mlksanakan suruhanNya dan mnjauhi larangan2Nya..kahwinlah spya jiwa mnjd tenang dan tenteram dlm pengabdian diri kpdNya.Kahwinlah dengan tujuan mncapai matlamat2 yg diredhai syarak sprt mndapat zuriat yg akn berdoa stlh kita mati dan mmbina sebuah institusi kluarga Muslim yg akn berkrja utk Islam,pasti akn beroleh rahmat dan inayat yg tlh dijnjikan drpd Allah...Janganlah kita berkhwin dgn mtlamat2 kdunian sprt mndptkn harta,kedudukan dan keseronokkn.Jangan kita bazirkan masa dan tenaga begitu shja tnpa dicatit dlm kitab sbgai amal kebajikan..Ingatlah,stiap perbuatan itu tdk dikira sbgai ibadat atau kebajikan mlainkan jika dilakukan krn Allah!!


Setelah hati bulat utk berkhwin, maka lakukanlah dan kemudian bertawakallah kpd Allah.Jangan bimbang ditimpa kemiskinan,krn jnji Allah sudah termaktub dlm Al-Quran.Jangan sesekali takut dikata org, krn Redha Allah lbih utama dr redha manusia.Jangan risau ttg masa depan rumah tngga,krn kita berkhwin adalah krn mnyahut perintah Allah,maka kpdNyalah kita berserah diri.

Ramai yg berkata khwin pd usia muda bnyk mslhnya.pelajaran akn tergnggu.nafkah terbeban diatas bahu suami.Ramai yg berkhwin muda bercerai.Suami dan isteri byk kerenah,belum matang,belum cukup umur,dan masih berhingus!!

katakanlah pada org2 yg berkata : kami khwin adalah krna mematuhi suruhan Allah maka apa yg berlaku akibat perkhwinan ini adalah urusan Allah.DIA mnyuruh kami berkhwin,DIA lh juga yg bertnggungjwb ke atas apa yg berlaku kpd kami nnt sbgaimana DIA memerintahkn kami supaya ttp solat walaupun dlm keadaan skit dan menahan kami dr mkn dan minum ktika berpuasa shgga kami berasa ssh dan sulit.semua itu adalah urusanNya.kami hnya mlksanakan perintah Tuhan yg maha mgthui lg maha bijaksana.Tidak ada daya dan upaya mlainkn dgn kudrat dan kuasa Allah Taala..

ketahuilah,sgalanya telah tersurat dlm tkdirNya.Jika DIA mghndaki atau mnhan ssuatu, tdk ada ssuatu pun yg mmpu mghalang.Kami sudah berusaha dan berikhtiar smampu kami utk mncapai kjyaan dlm hidup dgn mnurut perintahNya.Jika demikian takdirNya..kami redha.DIA adalah tuhan kami.

Namun, tawakal perlu diiringi dgn usaha.sebelum bertawakal,ssorg yg hndak berkhwin itu hndaklah berusha shabis tenaga untuk mghadapi masalah dan cabaran rumahtngga perlu disediakn apabila tlh sempurna,bertawakallah!!

semoga niat kita untuk mndirikan msjid n sunnahNya ,dipermudhkn sbgai Ibdah dlm agama,bukan krn NAFSU atau suka2.....Allahu yusahhil umurana...~

..::92 Soalan Yang mungkin anda boleh jawab atau pasti Tidak Boleh Jawab ::...



Soalan 1 :Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?

Soalan 2 : Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu "Beautiful Liar"?

Soalan 3 : Siapakah RAJA LAWAK ?

Soalan 4 : Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?

Soalan 5 : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?

Soalan 6 : Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia ?

Soalan 7: Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?

Soalan 8 : Siapakah nama isteri Beckham?

Soalan 9 : Siapakah nama laki Siti Nurhaliza?

Soalan 10 : Siapakah penyanyi kakak Siti Nurhaliza yang bertanding dalam AF6?


Bagaimana pula dengan soalan di bawah ini....


Berapa banyak pula, saya dan kawan-kawan boleh jawab?
Semakin jauh kita dari landasan yang sepatutnya.. .........
Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.

Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.

Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)

Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.

Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).

Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.

Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?
Jawab: Salman al-Farisi.

Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.

Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.

Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.

Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.

Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-'Adiyat.

Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.

Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.

Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.

Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?
Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.

Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.

Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.

Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.

Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawab: Surah al-Maidah.

Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawab: Surah al-Ikhlash

Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawab: Surah ar-Rum.

Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?
Jawab: Surah an-Nur ayat 31.

Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)

Soal 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.

Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.

Soal 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?
Jawab: Dalam 305 ayat.

Soal 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.

Soal 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?
Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).

Soal 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?
Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.

Soal 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.

Soal 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?
Jawab: Surah Saba '.

Soal 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?
Jawab: Surah al-'Alaq.

Soal 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?
Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.

Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?
Jawab: Surah al-Muthaffifin.

Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.

Soal 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?
Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.

Soal 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?
Jawab: 4 surah..

Soal 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.

Soal 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nabi Musa as.

Soal 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?
Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.

Soal 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Isra'

Soal 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.

Soal 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 53: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 54: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 55: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?
Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.

Soal 56: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?
Jawab: Burung Ababil.

Soal 57: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?
Jawab: Nyamuk.

Soal 58: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?
Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).

Soal 59: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?
Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.

Soal 60: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?
Jawab: Sa'id bin Jubair.

Soal 61: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?
Jawab: Imam Ali as.

Soal 62: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?
Jawab: Air susu.

Soal 63: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nyamuk.

Soal 64: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?
Jawab: Malam Lailatul Qadr.

Soal 65: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?
Jawab: Tartil.

Soal 66: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?
Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.

Soal 67: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?
Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.

Soal 68: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?
Jawab: Imam as-Sajjad as.

Soal 69: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 70: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?
Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.

Soal 71: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

Soal 72: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.

Soal 73: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.

Soal 74: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?
Jawab: Nahjul Balaghah

Soal 75: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.

Soal 76: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf alif.

Soal 77: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf zha'.

Soal 78: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?
Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.

Soal 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?
Jawab: 25.500 huruf.

Soal 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?
Jawab: 42 huruf.

Soal 81: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?
Jawab: Di Makkah.

Soal 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?
Jawab: Surah as-Sajdah.

Soal 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?
Jawab: Surah al-Ikhlash..

Soal 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?
Jawab: Surah Hud ayat 86.

Soal 85: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?
Jawab: Surah Fathir.

Soal 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?
Jawab: 13 tahun.

Soal 88: Apakah hiasan Al-Qur'an?
Jawab: Suara yang indah.

Soal 89: Apakah musim semi Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

Soal 90: Apakah zikir terbaik?
Jawab: Membaca Al-Qur'an.

Soal 91: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?
Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.

Soal 92: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56

" Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu.namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu..kami lah hamba yang mengharap belas darimu..Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia…"

p/s: sharing is caring..smga perkongsian ini kita dpt mnfaat bersama..ameen..~

Friday, March 25, 2011

...:: Pencinta Allah..::...


”Sesungguhnya, para pencinta Allah swt adalah orang-orang mewarisi kehidupan yang baik, merasakan kenikmatan ketika dapat bermunajat dengan kekasih mereka, dan mendapatkan kemanisan dalam hati mereka. Lebih-lebih lagi jika sudah terdetik dalam hati mereka, nescaya mereka akan mengingati kebesaranNya. Tersingkaplah tirai yang menutupi (pandangan)nya di tempat yang aman dan menggembirakan. Diperlihatkan kepada mereka keagunganNya dan diperdengarkan kepada mereka kelazatan perkataanNya serta disampaikan kepada mereka jawapan atas apa yang mereka munajatkan setiap hari dalam kehidupan mereka".
-Hassan al-Basri-

* Semoga cinta kita kepada Allah dan RasulNya lebih dari cinta kita kepada yang lain..Ameen Ya Robb....~

Wednesday, March 23, 2011

...:: Tiada Duka yang Abadi..::...


Andai bisa ku mengulang,
Waktu hilang dan terbuang,
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi,
Tapi waktu tak berhenti,
Tapi detik tak kembali,
Harap ampunkan hamba-Mu ini.

Tiada duka yang abadi di dunia,
Tiada sepi merantaimu selamanya,
Malam kan berakhir, hari kan berganti,
Takdir hidup kan dijalani.

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi,
Hati yang rindu cinta di jalan-Mu,
Namun ku percaya hati meyakini,
Semua akan indah pada akhirnya.

Andai bisa ku mengulang,
Waktu hilang dan terbuang,
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi,
Tapi waktu tak berhenti,
Tapi detik tak kembali,
Harap ampunkan hamba-Mu ini.

Waktu berputar rembulan dan matahari,
Bunga yang mekar akan layu akan mati,
Malam kan berakhir, hari kan berganti,
Takdir hidup kan dijalani.

Andai bisa ku mengulang,
Waktu hilang dan terbuang,
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi,
Tapi waktu tak berhenti,
Tapi detik tak kembali,
Harap ampunkan hamba-Mu ini.

Andai bisa ku mengulang,
Waktu hilang dan terbuang,
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi,
Tapi waktu tak berhenti,
Tapi detik tak kembali.

Harap ampunkan hamba-Mu ini..ighfirr zunubii Ya Robb~

Tuesday, March 22, 2011

..:: La Tahzan ::..

jangan anda bersedih
sesungguhnya Allah bersma kita

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:

· Menangis kerana terlalu sedih.·

Menangis kerana terasa hina dan lemah

· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang

· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

· Menangis orang munafik - pura-pura menangis

· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati

· Menangis kerana rasa takut

· Menangis kerana cinta

· Menangis kerana gembira

· Menangis kerana menghadapi penderitaan.


"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)


Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.


Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.


Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."


Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tiada di tuntut:


· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.

· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.


Dari itu...?

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.


Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam mncari keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dari sahabat-sahabat Islam yang dikasihi..muhasabah bersama,i.Allah...

...:: Al-Fatihah mengikut konteks bahasa arab dgn Al-Quran ::...




Surah Al-Fatihah sememangnya adalah surah yg akan dibaca 17 kali sehari dalam hidup mereka sbg umat Islam ketika di dalam solat.Tetapi pernahkah kita mengkaji atau menganalisis apakah yg terkandung atau tersirat disebalik surah Al-Fatihah yg kita baca ini?Sejauh mana kita benar-benar memahami dan tadabbur segala yg tersirat di sebalik tersurat surah Al-Fatihah ini.Jadi Insya Allah di sini saya cuba kongsikan seberapa banyak yg boleh untuk pengetahuan kita bersama.

Surah Al-Fatihah ini dikategorikan sbg Surah Makkiyyah iaitu yg di turunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat.Surah ini Nabi s.a.w. menamakan sbg ( فاتحة الكتاب ) kerana ia adalah merupakan surah yg mula-mula sekali dibaca dan dimulai di dalam Al-Quran.Selain itu juga,surah ini juga dinamakan ( أم القرأن )kerana ia merupakan induk bagi semua isi yg terkandung di dalam Al-Quran dan menjadi intisari kepada isi Al-Quran.Nama lain bagi surah ini adalah ( السبع المثاني ).Dinamakan sedemikian kerana ia mengandungi tujuh ayat dan sentiasa di baca berulang kali ketika di dalam solat.

Kajian yg boleh kita perhatikan dalam surah ini ialah pertamanya : dalam Surah Al-Fatihah ini sebenarnya Allah s.w.t. menyebutkan kepada kita 5 Asma al-Husna ( nama-nama Allah yg indah ) yg ada di dalam surah ini.Daripada 99 Asma al-Husna,5 daripadanya Allah s.w.t. memilih dan menyebutnya di dalam surah ini iaitu :

1. Allah
( الله )

2. Ar-Rabb ( الرب )

3. Ar-Rahman ( الرحمن )

4. Ar-Rahim ( الرحيم )

5. Al-Malik ( المالك )

1. Allah ( الله )

Merupakan nama Allah Azza Wa Jalla Yang Maha Agung dan tiada sesuatu pun yg boleh mensyirikkanNya.Di antara maksud nama Allah ini ialah sesungguhnya hati-hati itu beribadat dan rindu kepada Allah dan rindu untuk bertemu denganNya,melihatNya dan menjadi tenang bila menyebutNya iaitu berzikir mengingati Allah.

Dan di antara maksud nama Allah itu juga ialah sesungguhnya Dia ( Allah ) satu-satunya tuhan yg layah untuk disembah dan berhak untuk beribadah kepadaNya dan oleh kerana itu jugalah datangnya nama ini di dalam ungkapan dua kalimah syahadah di mana seorang mukmin itu akan berkata
( أشهد أن لا اله إلا الله ) dan tidak berkata seperti ini ( أشهد أن لا اله إلا الرحمن ).

2. Ar-Rabb ( الرب )

Iaitu Dialah ( Allah ) tuhan sekalian alam,tuhan kepada segala-galanya.Semua yg diciptakan Allah terdiri dari berbagai-bagai jenis dan bentuk seperti alam manusia,alam haiwan,alam tumbuh-tumbuhan dan sebagainya lagi.Allah s.w.t. adalah pencipta kepada semua alam tersebut.

3. Ar-Rahman & Ar-Rahim ( الرحمن الرحيم )

Juga merupakan nama Allah dan ia tidak dinamakan kepada sesiapa pun melainkan hanya kepada Allah sahaja.Maka bagi Allah s.w.t. itu sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Ar-Rahman adalah merupakan asma al-husna yg khusus hanya untuk Allah Azza Wa Jalla sahaja yg tidak boleh disekutukan dengan sesuatu yg lain.

Perkataan Ar-Rahman dan Ar-Rahim ini sebenarnya berasal dari Ar-Rahmah.Dan sifat Ar-Rahman Allah ini adalah rahmat kasih sayang untuk semua makhlukNya manakala Ar-Rahim pula adalah nikmat rahmat kasih sayang yg hanya khusus untuk orang-orang yg beriman sahaja.Setiap kali kita membaca surah Al-Fatihah ini berulang-ulang kali dalam seharian hidup,kita akan menyebut ( بسم الله الرحمن الرحيم ) dan tidak menyebut ( بسم الله العزيز الحكيم )menunjukkan disini kepada kata-kata Allah s.w.t. di dalam satu hadis Qudsi iaitu “ Sesungguhnya rahmat kasih sayangku mendahului kemurkaanku ” dan begitu juga nabi s.a.w. sentiasa mengajar para sahabat baginda dengan sentiasa berharap dan semakin bertambah keyakinan terhadap rahmat kasih sayang Allah yg terlalu besar .

Ketiga-tiga asma al-husna ini jika diperhati dengan begitu terperinci,sebenarnya ia sudah merangkumi aspek-aspek akidah keimanan kita kepada Allah s.w.t.Pertamanya nama Allah ( الله )mengandungi sifat Uluhiyyah dan keduanya Ar-Rabb ( الرب ) mengandungi sifat Rububiyyah dan yg terakhir Ar-Rahman & Ar-Rahim mengandungi sifat Asma wa sifat bagi Allah.

4. Al-Malik ( المالك )

Seperti yg terkandung di dalam surah Al-Fatihah iaitu ( ملك يوم الدين ) iaitu yang menguasai di hari pembalasan di mana pada hari itu di tangan-tangan manusia terdapat segala amalan-amalan mereka dan pada hari itu juga terdengar pujian kepada Allah dan mengagungkan kebesaran Allah.Pada hari itu jugalah terdapat peringatan kepada umat Islam dengan hari pembalasan dan hari penghitungan ( Hisab ).

Analisis yg kedua dapat kita lihat di sini ialah ayat seterusnya :

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam

Alhamdu ( الحمد ) adalah pujian kerana perbuatan yg baik dan kemuliaannya.Pujian di sini adalah pujian bagi Allah s.w.t. dengan sifat keagungan dan kesempurnaanNya.Segala pujian serta sifat-sifat yg tinggi dan kesempurnaan hanyalah milik Allah s.w.t. sahaja dan tiada siapa yg berhak menerima pujian yg sempurna melainkan Allah sahaja.Jika kita mengkaji dari konteks bahasa sendiri kenapa digunakan alhamdu dalam ayat ini dan tidak digunakan ( الشكر ) dan apakah perbezaan antara ( الحمد ) ,( الشكر ) dan ( المدح ) ?Kenapa Allah tidak memulakan ayat ini dengan ( الشكر لله رب العلمين ) atau ( المدح لله رب العلمين )?

Sebenarnya ketiga-tiga perkataan bahasa arab ini mempunyai perbezaan makna dan maksud yg tersendiri.Dari segi makna luaran kita nampak ia adalah sama maksud tetapi hakikatnya terdapat perbezaan antara ketiga-tiga perkataan ini :

1 ) الحمد

Alhamdu dari segi bahasa bermaksud pujian iaitu pujian terhadap sesuatu perbuatan atau sifat atau tindakan yg dilakukan dengan kehendak dan keinginannya sendiri.

2 ) المدح

Almadhu juga adalah bermaksud pujian akan tetapi ia adalah pujian yg bebentuk umum atas sesuatu perbuatan atau tingkah laku yg dilakukan.Perbezaan antara kedua-dua perkataan ini ialahالحمد adalah khusus dan المدح adalah umum.

3 ) الشكر

As-syukru pula adalah maksud yg lebih khusus lagi dari الحمد dan المدح kerana perkataan as-syukru ini sebenarnya lebih kepada pujian terhadap sesuatu nikmat yg tertentu sahaja iaitu nikmat yg khusus.Ia terbatas kepada sesuatu kenikmatan yg melimpah dari pemberinya. Sebenarnya alhamdu disini mengandungi maksud ( الشكر والإعتراف ) iaitu pujian dan pengiktirafan yg cukup indah yg dikhususkan hanya kepada Allah sahaja di mana kalau dilihat bagaimana surah Al-Fatihah ini dimulakan dengan satu pujian.Pengiktirafan yg dimaksudkan di sini ialah keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. kerana itu adalah satu pengakuan dari hamba-hambaNya sendiri dengan segala kealpaan,kekurangan diri mereka dan berasa perlu kepada Allah s.w.t..Dan hamba-hambaNya mengiktiraf Allah dengan mengagungi segala sifat kesempurnaan,kemuliaan dan ihsan kebaikan Allah s.w.t.

Dengan permulaan ayat ini seperti di atas sebenarnya sudah terkandung maksud pengiktirafan dan pengakuan dari hamba-hambaNya terhadap segala nikmat keagungan dan kebesaran Allah dan tiada keraguan apa-apa.Dimana sifat bagi hamba-hambaNya dengan mengakui kebesaran dan keagungan Allah,maka mereka akan patuh taat kepada perintahNya dan tidak akan ingkar.Dalam skop yg lain pula dari sudut bahasa,kita dapat lihat dalam ayat kedua ini kalimah Allah dalam ayat ini sebenarnya satu bentuk pengkhususan.Satu unsur kesenian bahasa di sini menunjukkan bahawa segala puji-pujian itu hanyalah khusus untuk Allah sahaja.

Analisis yg berikutnya :

Perkataan “ Rabbil A’lamin ” yg bermaksud Tuhan sekalian alam dalam ayat ini juga adalah sifat Allah merupakan jawapan kepada persoalan kenapa Allah sahaja yg sememangnya berhak dan layak untuk dipuji.Dan perkataan “ Rabb ” di sini bermaksud pemilik atau yg memiliki sesuatu dan perkataan ini ia tidak boleh digunakan pada manusia melainkan hanya pada Allah sahaja.Jika digunakan pada manusia sekali pun,ia akan disandarkan kepada sesuatu atau lebih di istilahkan sbg( الإضافة ) sbg contoh : رب البيت yg bermaksud tuan rumah atau pemilik rumah.Contoh lain lagi : ربة البيت yg bermaksud suri rumah.

Manakala “ Al-a’lamin ” di dalam ayat ini Allah gunakan dalam bentuk lafaz yg berbentuk jamak muzakkar salim.Penggunaan jamak muzakkar salim dalam ayat ini sebenarnya menunjukkan sesuatu yg berakal.Ia menunjukkan kepada kita di sini bahawa Allah tu adalah tuhan sekalian alam yg terdiri dari pelbagai alam seperti alam manusia,malaikat,jin,tumbuh-tumbuhan,haiwan dan lain-lain lagi.

Analisis seterusnya dapat dilihat di sini :

Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan


Jika dilihat dalam ayat ini pula,terkandung kesenian uslub bahasa Al-Quran itu sendiri.Jika dilihat pada perkataan iyyaka
( إياك ),dimana ia sudah ditakdim di hadapan ayat dimana dhamir ini membawa maksud pengkhususan terhadap ibadah dan pertolongan kepada Allah.Dalam ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana kita sbg seorang hamba hanya kepada Allah sahaja kita beribadah dan menyembah dan hanya kepada Allah jugalah kita memohon pertolongan dan tidak kepada yg lain.Apakah hubungkait atau kesinambungan antara ( نعبد ) dan ( نستعين ) dalam ayat ini?Ia menunjukkan kepada kita di sini bahawa ibadah itu adalah satu perantaraan dan penghubung kita sbg hamba dengan Allah untuk memohon pertolongan.Kalau dilihat dari konteks bahasa,asal usul sebenarnya ayat ini adalah ( نعبد إياك ونستعين إياك ).Apabila dhamir إياك ini ditakdimkan dihadapan,secara tidak langsung ia membawa maksud pengkhususan bahawa hanya Allah sahaja kita sbg hamba akan sembah dan meminta pertolongan buat selama-lamanya.Bagaimana hebatnya keindahan uslub bahasa ini menunjukkan kepada kita bahawa hanya Allah sahaja satu-satunya tempat untuk kita bergantung dan meminta pertolongan kepadaNya dengan cara beribadah kepadaNya.

Dalam masa yg sama juga,kesinambungan dari uslub bahasa ini juga mencerminkan kepada kita sifat ubudiyyah seorang hamba itu bahawa hanya menyembah Allah sahaja dan tidak akan menyembah selain Allah.Itu merupakan asal usul tauhid uluhiyyah seperti mana yg telah diutuskan oleh para rasul yg terdahulu.

Analisis yg berikutnya :


Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Dalam ayat ini terkandung persoalan hidayah yg memberikan berbagai-bagai maksud :

1 ) Tetapkan kami di atas jalan-jalan yg lurus dan benar sehingga kami tidak terpesong dari jalan yg lurus kerana manusia itu sentiasa berubah-ubah.Mungkin pada hari ini manusia itu berada di dalam hidayah dan petunjuk dan kemungkinan manusia pada esok harinya berada di dalam kezaliman.

2 ) Peliharalah hidayah kami.Hidayah itu tinggi darjatnya dan mereka yg diberikan hidayah itu tergolong dalam tingkatan-tingkatan yg tinggi darjatnya.Dan ada dari kalangan mereka yg sampai darjat hidayah yg tinggi dan ada dari kalangan mereka yg tidak sampai ke darjat tersebut. Allah s.w.t. memberikan jalan yg lurus itu kepada dua iaitu jalan di dunia dan jalan di akhirat.Dan perjalanan kamu di jalan ukhrawi iaitu jalan titian sirat yg terbentang di antara neraka dan manusia akan melaluinya mengikut amalan mereka semasa di dunia dahulu.Manakala jalan di dunia pula ialah jalan dengan ketaatan kepada Allah s.w.t. dengan melalukan apa yg diperintah dan menjauhkan apa yg dilarang oleh Allah.

3 ) Jalan yg lurus itu di mana seorang hamba itu akan melakukan apa yg di suruh pada setiap waktu berdasarkan kepada ilmu dan amalan yg ada padanya dan dalam masa yg sama juga seorang hamba itu tidak akan melakukan larangan Allah dengan menjadikan Allah sentiasa berada di hatinya bahawa Allah mengetahui segala apa yg dilakukan dan kehendak seorang hamba itu untuk melakukan apa yg diperintah dan dilarang.

Dan lawan bagi hidayah di dalam ayat ini ialah :

1. Kejahilan ( الجهل )

Manusia itu kadang-kadang di dalam dirinya ada rasa keinginan untuk berbuat kebaikan akan tetapi jahil dan tidak mengetahui jalan atau cara yg betul yg dibenarkan oleh syariat untuk mencapai perbuatan baik tersebut.Maka manusia itu menggunakan cara yg bid’ah dari segi syariat dan juhud melaksanakannya tanpa berfikir panjang dan menyangkakan bahawa amalan kebaikan yg dilakukan dengan cara yg tidak betul itu adalah baik disebabkan oleh kurangnya ilmu dalam diri.

2. Nafsu ( الهوى )

Kadang-kadang ada dari kalangan manusia itu sendiri mereka dari kalangan orang yg alim ada ilmu pengetahuan tetapi tidak ada dalam dirinya keazaman dan kesungguhan yg menjadikannya terdorong untuk ke arah kebaikan dan hawa nafsu itu menguasai dirinya.Lalu dia meninggalkan kewajipan atau berkecimpung dalam perkara haram dengan sengaja sedangkan dia seorang yg berilmu dan tahu tentang hala dan haram dan mengukurkan dirinya sbg seorang yg lemah imannya dan nafsu syahwat menguasainya dan leka dalam kealpaan dunia.

Kalau diperhatikan pada ayat ini dari sudut bahasa arab itu sendiri,Allah menggunakan perkataan ( اهدنا ) dalam sighah atau bentuk Fi’il Amar.Sebenarnya lafaz Fi’il Amar di sini bukanlah bermaksud satu perintah tetapi ia membawa maksud yg lain sebenarnya.Dari konteks ilmu balaghah,secara umumnya perkataan atau sesuatu jumlah dalam bahasa arab ini terbahagi kepada dua iaitu yg berbentuk Insyai ( اسلوب الإنشائى ) dan Khabari ( اسلوب الخبري ).Di dalam konteks ayat yg berbentuk Uslub Insyai ini terdiri daripada berbagai pecahan yg tersendiri. Antaranya adalah sighah yg berbentuk amar ( صيغة الأمر ).Seperti yg terkandung di dalam ayat di atas,lafaz Fi’il Amar yg digunakan sebenarnya membawa maksud doa iaitu satu proses permintaan dari bawah kepada yg atas.Yang dimaksudkan permintaan dari bawah ke atas di sini ialah kita sbg seorang hamba meminta dan berdoa kepada yg lebih Maha Kuasa lagi iaitu Allah s.w.t.

Itu yg tersirat disebalik penggunaan lafaz Fi’il Amar dalam ayat ini.Dalam masa yg sama ia menunjukkan kepada kita bahawa kita sbg hambaNya perlu sentiasa dan setiap masa berdoa memohon hidayah dan petunjuk kepada Allah.Bukan hanya sekadar berdoa sahaja,tetapi sentiasa berusaha untuk mencari hidayah Allah itu.Dari sini juga,ia jelas menunjukkan kepada kita bahawa hidayah ini sebenarnya milik Allah dan kerja memberi hidayah ini juga adalah hak milik Allah.Allah juga berhak untuk memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yg dikehendakinya.Oleh kerana itulah kita sbg hamba disuruh agar supaya sentiasa berdoa dan memohon hidayah Allah dan ini bertepatan dengan kaedah penggunaan bahasa arab yg terkandung dalam ayat ini.Itulah hebatnya bahasa Al-Quran.

Perkataan ( الصراط ) dalam ayat ini bererti jalan yg jelas dan ada manhaj kehidupan iaitu ada pegangan hidup.Sepertiman yg terdapat di dalam bait syair yg diungkapkan:


Seorang pemimpin yg beriman itu berada di atas jalan yg lurus benar

Jika dia membengkokkan jalan itu,bengkoklah ia


Analisis yg berikutnya :


Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka,bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat

Ayat ini membawa penafsiran yg jelas dari ayat yg sebelumnya iaitu dari jalan yg lurus.Mereka yg telah mendapat hidayah seperti mana yg telah Allah anugerahkan nikmat itu kepada mereka dari kalangan nabi-nabi,para syuhada,golongan yg soleh dan yg benar.Ayat ini secara tersiratnya Allah mengajar manusia supaya mencari jalan “ orang-orang yg Allah telah berikan kenikmatan ” dan menjauhi jalan “ orang-orang yg dimurkai Allah dan orang-orang yg sesat ”.

Orang-orang yg Allah telah berikan kenikmatan dijelaskan dalam ayat yg lain :

Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul,mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah,iaitu : Nabi-nabi,para siddiiqiin,orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh.Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya


Dalam ayat ini juga tiga jalan yg terbentang di hadapan kita :

1 ) Jalan yg lurus ( الصراط المستقيم )

Jalan-jalan yg terkandung di dalamnya segala kebenaran dan amal kebaikan

2 ) Jalan yg dimurkai
( المغضوب عليهم )

Mereka yg terdiri daripada yahudi dan lain-lain.Mereka semua ini tahu semua kebenaran yg terkandung di dalam Al-Quran dan tidak beramal dengannya

3 ) Jalan yg sesat ( الضالين )

Mereka yg beramal tetapi dengan kejahilan mereka sendiri iaitu beramal dengan menggunakan cara yg sesat dan tidak benar

Analisis yg seterusnya :

Dalam ayat di atas mengandungi satu unsur balaghah yg dipanggil ( التفسير بعد الإبهام ) iaitu menjelaskan apa yg samar-samar.Ayat ini menjelaskan dan mentafsirkan kesamaran ayat yg sebelumnya iaitu ( اهدنا الصراط المستقيم ).Selain itu juga,terkandung juga satu lagi kesenian bahasa iaitu( السجع ) yg bermaksud persamaan pada rima akhir perkataan atau wazan.Contohnya yg ada pada ayat ini :

1. ( المستقيم ) dan ( الرحيم )

Persamaan rima huruf yg ada pada ayat ini iaitu huruf mim pada akhir kalimah itu sendiri.

2. ( نستعين ) dan ( الضآلين )

Persamaan rima huruf pada akhir ayat ini iaitu huruf nun pada akhir kalimah itu sendiri.

Semoga apa terkandung dalam Surah Al-Fatihah ini mampu membuatkan diri sntiasa taqarrub kepadaNya selalu...ameen...