Tuesday, December 6, 2011

..::Rumah Tangga??::..


Tips Rumahtangga Bahagia

Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t renungkanlah tips berikut : -

1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.

Surah Al-Furqan ayat 74 :-

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud :-

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas,begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."

Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji akan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

sumber :

iluvislam

Thursday, December 1, 2011

..:: Keajaiban dari sebuah TAWAKKAL::..

Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..sedar atau tidak..segala perjalanan hidup kita telah dicatat diluh mahfuz lg.rezeki..jodoh..mati.semuanya telah ditetapkan.cuma kita tak tau bila lagi semua itu akn berlaku...Kita sebagai hamba hanya mampu menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya..


walau pelbagai ujian yang kita hadapi..jangan kita pernah kenal erti putus asa..kerana , kalau sudah Allah takdirkan semua itu untuk kita..InsyaAllah pasti ada jalan dan Allah permudahkan..Contohnya dalam soal Jodoh.selama mana kita kenal pun, kalau bukan jodh kita..maka tidak akan berlakulah..yg penting, teruskan bermujahadah,yakni berDOA.moga pilihan kita itu nanti baik buat DIRI kita,AGAMA kita, dan AKIBATnya pada masa akan datang...begitu juga dengan soal rezeki.perlu berUSAHA..rezeki xkan datang kalau tanpa USAHA.Betulkan sahabat2.berUSAHA lah...KERANA natijah dari DIA..jangan pernah kata ujian yg berlaku, merupakan penghalang utk beroleh kejayaan dan kebahagian..kerana dengan UJIAN menjadikan kita kuat disisiNya..


Pasti yg pernah merasai ujian, lebih mengetahui kemanisannya bila diuji..manisnya senyuman bila ujian sudah hampir smpai ke garisan kejayaan dengan izinNya..inginku kongsikan..kalau niat kita kerana Allah Taala, InsyaAllah Allah akan permudahkan..yang penting..Doa..Usaha..Ikhtiar..Tawakkal..ANDA semua nantikanlah keajaiban dari sebuah Tawakkal...Pasti ada kemanisannya dari hikmah apa yg berlaku...

kawan2..teman2...kakak2..adik2...Percayalah..JANJI Allah itu pasti..kalau Allah katakan 'Qun'....maka 'Jadilah'....yang penting..berusaha..doakn sy ye teman2..moga Allah redha dalam sisa hidup yg berbaki ini..Teruskan terSenyum :)

1/12/11
khamis~~
1:39 PM,bayt LU'LU' MANTHURAH^^

Saturday, November 19, 2011

...::MEMAHAMI KONSEP TAKDIR DARIPADA KISAH UMAR::...

Assalammualaikum w.b.t kepada semua teman2 blog yg dikasihi Allah sekalian.moga apa yg sy akan coretkan ini menjadi panduan kita bersama..InsyaAllah..baca+fahamilh (muhasabah) + amal.




Saidina Umar dan para sahabat ketika dalam perjalanan menuju ke Syam dikhabarkan bahawa di Syam sedang merebaknya penyakit taun. Ketika para sahabat bermesyuarat, Umar mencadangkan agar kembali sahaja ke Madinah. Manakala, Abu Ubaidah Amir bin al-Jarah berkata,
“Wahai Amirul mukminin, kenapa tuan ingin kembali ke Madinah dan lari dari qadar Allah?”
Berkata Umar,
“Kami lari dari qadar Allah kepada qadar Allah.”
Penjelasannya, sunnatullah (hukum alam) menetapkan akal kita mampu berfikir bahawa:
A (pergi ke negeri yang dilanda taun) akan menyebabkan X (dijangkiti taun).
B (tidak pergi) pula akan menyebabkan Y (tidak dijangkiti).
Maka, melaksanakan sebab A (pergi) yang natijahnya adalah X (dijangiti)
atau
melaksanakan sebab B (tidak pergi) yang natijahnya adalah Y (tidak dijangkiti),
itu juga dinamakan qadar Allah.
Akal dan hati fungsinya berfikir dan memilih. Hikmahnya, kita tidak boleh persalahkan Allah SWT dengan pilihan kita itu jika natijahnya buruk.
Apapun, sama ada kita memilih sebab A (pergi) yang bernatijahkan X (dijangkiti) atau memilih sebab B (tidak pergi) yang bernatijahkan Y (tidak dijangkiti), semua itu sudahpun ada dalam ilmu dan pengetahuan Allah. Ia berlaku ke atas kita dengan izin Allah jua.

from : Fatima Syarha.

~ Moga kita sama2 dapat memahami setiap ujian yg dtg pada diri kita..terimalah dengan redha, hikmah yg kita xtau apa yg dinatijahkan buat kita.

~ Tersenyum lah kita bila didatangkan 1001 ujian..seperti Rasulluah s.a.w. tetap tersenyum bila adanya ujian datang dalam diri Baginda.

Wednesday, November 16, 2011

..:: Tinggalkan semua kenangan, datangkan bahagia dalam diri::..



not love until akad :)

Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim...
pergilah jauh duka..lara..tinggalkan semuanya..
ku ingin mencipta bahagia dari peluang yg diberikan dari DIA...
pergilah duka..pergilah segalanya yang menyakitkan..

Ya Allah..
hanya pada Engkau aku pasrahkan...
moga segala yg berlaku atas redha dan rahmatMu Ya Allah..
tinggalkn segala janji semalam yg membawa duka dan sakit dlm diri..
Aku hanya insan biasa yg masih mengharap cinta dr DIA..

Akan ku tinggalkan segala kenangan yg menyakitkan itu..
Allah kurniakan aku sedikit bahagia untuk aku mengecapinya dengan rasa syukur..
moga segalanya mendekatkan diri ku kepada DIA selalu..
ditanganMu Ya Allah..hanya Engkau maha mengetahui akan isi hatiku..

pergilah 'kamu' kepada bahagia..
jangan kau hadirkan kenangan dan duka kepada diriku..
'kamu' juga layak untuk mendapat bahagia..barangkali aku tidak layak buat 'kamu..'
maaf..maaf yg mampu ku pinta..dan berdoa berharap 'kamu....kamu...dan kamu' jg beroleh bahagia.
aku hanya insan yg xmampu hanya utk memberi..tapi kini aku telah ditakdirkan dengan 'pilihan' yg dtg dr DIA...( Allah..Allah..moga ini yg terbaikk buat agamaMu Ya Robb)..

Bukan niat dihati utk menolak semuanya..tapi mungkin 'dia' yg diciptakan dan ditakdirkan sebagai bakal imamku..bukan kerana paras rupa..pangkat dan juga kekayaan yg ku idamkan..cukuplah cinta dan agama yg dia ada utk kekasih teragung..

Biarlah 'dia' menyenangi hati ma dan abh ku..ku ingin ma dan abah gembira seolah menerima seorang lagi anak lelaki bagi menyerikan lagi keluargaku..dan aku x nak, ma dan abah rasa kehilanganku..biarlah keluarga 'dia' ,llki yg dijodohkan dgn pilihan Allah itu merasakan mereka seolah2 menerima lagi seorang anak perempuan dalam keluarga mereka..Memang benar, bila seorang perempuan sudah berkahwin, dia seolah menjadi 'tawanan' bg suaminya..sekiranya ada makhluk yg Allah arahkan utk disembah, maka suami adalah makhluk tersebut.'

Ya Allah, tidak terdetik dihati dan fikiranku utk melukai 'kamu...kamu..dan kamu' sepanjang perkenalan yg Allah takdirkan ,yang ku sendiri tidak menyedari 'kamu..kamu..dan kamu' sehingga hadirnya perasaan dihatimu.mungkin Allah takdirkan 'kamu..kamu..dan kamu' mengenali family ku hanya sebagai sahabatku..jangan kerana 'perasaan' itu, yg xmmpu dan xmungkin ku berikan, 'kamu..kamu..dan kamu..' menjauhi..jika itu jalan yg ku dan 'kamu' rasakan terbaikkk..hanya yg mampu ku lakukan, berdoa, moga Allah takdirkan yg terbaikk dlm hidupmu..


'kamu...kamu...dan kamu..' mungkin Allah takdirkan kita utk seketika sebagai sahabat...maafkan ku ,moga Allah takdirkan yg terbaikkk utk sisa2 hidup yg berbaki ini..

"...Maa,ku cuba memenuhi hajatmu jika itu yg kau mahu...abah, aku cuba menjadi anak yg solehah jika itu yg kau harapkan...along,mak ngah.pak lang,mak jang.adik2..aku cuba jadi adik dan kakak yg mendengar akan nasihat2 kalian..jika kalian rasa itu yg terbaik buat diriku.ku mengharapkan segala yg akan berlaku ini hanya untuk DIA,bagi memelihara sebuah ikatan cinta dengan izinNya..ma..abah, jika aku dinikahkan..nikahkan aku dengan kerelaan kalian.itu yg kuharapkan..jika itu harapan kalian buat diriku,aku cuba untuk menunaikannya..aku ingin membahagiakn kalian smua..dan jika aku disandingkan.izinkan aku memilih pakaiannya isteri2 Rasulullah SAW tercinta.. ameen..."

Doaku sentiasa :

" Ya Allah, jadikanlah aku punca kebahagiaan orang lain. Dan, jangan jadikan aku punca kesedihan insan yang lain. Ameen Ya Robb." (T_T)

Insan yang masih mengharapkan cinta Ilahi,
Menanti keajaiban dari sebuah tawakkal,

17/11/11

1:26 a.m,mu'tah jordan.

bayt lu'lu'manthurah~~

Sunday, November 6, 2011

..:: Salam Eidul Adha 1432H,Jordan ::..

Assalammualaikum..dengan izinNya..diberi peluang utk mencoret bicara didalam blog ini,

bagi mengucapkan selamat Hari Raya Eidul Adha..Kali ke 2 myambut hari raya eidul adha

diperantauan..even rindu utk bersama keluarga tersayang nun jauh disana..Moga kalian dalam

jagaanNya sentiasa.ameen.


Salam eidul adha buat Family tersayang, ma+abah dan adik bradik,ank2 buah semuanya..'ana ashtaq ilaikum jamiian.'

sahabat2..dn jg saudara mara di malaysia.:


' Raya eidul adha mmg meriah , Takbir bergema!!mmg tak perlu lagu raya, tak perlu mercun, tak byk yg balik raya, tak

prlu program raya tv, tapi meriah dgn takbir raya 4 hari, dan smngat korban.. kpd wanita.. jadilah spt siti Hajar

walaupun suami bukan nabi ibrahim..sma2 sembelihkan CINTA DUNIA.. dlm jejak Nabi Ibrahim..'

salam eidul adha buat kwn2 semua~~^^
Takbir di pg raya..:'(
bersalam-salaman, bermaaf-maafan di pg raya..

maa afifah~~
maa syahima'~~
maa ahli bayt:)~~
maa ima,lala dan k.sue(bakal khirij fasa ni)~~
maa sahabat2 ex UNISZA~~:)
maa kwn2 dan urdunii~~



'..saat berderai jatuh titisan airmata suci IBRAHIM,melihat keteguhan iman anaknya Ismail,dikala itu bermulanya

sejarah Agung..ERTI SEBUAH PENGORBANAN.

mohon maaf salah & silap..

Kullu am wa entum bialfin kher..

Bumi Jordan,Mu'tah,Karak.
6/11/2011- Ahad

Saturday, November 5, 2011

Alhamdullilah..

Alhamdullilah,akhirnya bahang API(Akses Pemikiran Islam) menutup tirai..alhmdullilah wa syukur lillah..moga segala yg diushakan. mampu mmberi adik2 natijah yg bermanfaat untuk masa akan datang..

Moga usaha yg dilakukan bersama Team API yg lain, hanya Allah yg mampu menilai..terima kasih adik2 kerana turut bekerjasama bg menjayakan program ini..BarakaAllahu fekum..


{ SUPER MUSLIM ASPIRASI UMMAH }

Wednesday, November 2, 2011

..:: REDHA dan TAWAKKAL::..

'..Teruskan bermujahadah, natijah dr DIA'

...Sambungan..............................

Setelah bertangguh,Alhamdullilah, akhirnya selamat juga mnyudahinya..imtihan Sohehain..DOC SYED HAWA..semoga Allah izinkan najah, even hakikatnya, xyakin dengan jawapan..keja sy skang..berdoa dan bertawakkal..moga ada keajaiban dari sebuah tawakkal.."Man jadda wa jadda..."

melangkah..terus melangkah...terkadang payah..terkadang tersungkur..bangkit.dan terus bangkit.itulah adat dalam perjuangan..xselamanya kita akan gagal..berusaha lah..Allah akan memberi segumpal dengan usaha yg kita lakukan..akhirnya, perasaan takut utk mnjawab imtihan bg madah doc hawa selesai akhirnya..Alhamdullilah...redha..itu yg mampu ku lakukan..berdoa dan terus berdoa..moga Allah izinkan yg baik buat sy..kene double usha bagi madah doc..'blja utk faham..utk dpt ilmu..bukan utk xzm ye cik nurul..:)

Imtihan yg berbaki lg 3 madah, wasoya, asasiat, dan juga tafsir tahlili..kerana takut nk jwb imtihan sohehaian, terpksa tunda imtihan tahlili, sbb imtihan pada ari yg sama...alhmdllilah, doc nail izinkan..ba'da eid..tp.....kena syafawi laa..huhuhu..lg berdebar..insyaAllah..usaha2..natijah dr DIA..tiada yg mustahil..chaiyok3 :)

syita' dah bermulaaaa...Ya Allah..di bumi ini , ENGKAU izinkan diri ku merasai sejuk ini..sejuk yg kita xdpt di bumi malaysia..mungkin kah salji turun tahun ni..Allah izinkan x utk merasainya..atau cik salji malu lagi dengan kita.Ya Allah, moga langkah perjuangan ku ini tidak tersungkur dipertengahan jalan.Engkau izinkan aku memulakannya dengan baik..dengan rahmatMu Ohh Tuhan, tamatkanlah langkah ku ini dengan berkat rahmatMu Ya Robb..((Azan sayup kendengaran,4.53 pm..sudah masuk azan magrib..awalkan azan kami di JOrdan .:) ))

stop to pray..tp be continue again, Biiznillah~:)