Sunday, July 22, 2012

Ramadhan : Madrasah Tarbiah



Assalammualaikum w.b.t buat sahabat2 blogger skalian..di kesempatan ini, sy ingin mengucapkan salam Ramdhan Kareem..Kullu am wa entum bi alfun kher..ameen..


Alhamdullilah.di beri peluang untuk bernafas lagi, berkesempatan untuk bertemu ramadhan lagi untuk kali ke-25..alhmdullilah..syukur Ya Robb..kali ini Ramdhan terakhir di perantaun..bumi jordan, bumi yang banyak mendidik sy..banyak mengajar erti 'kehidupan' yg sebenar..mungkin bumi yg akan dirindui suatu hari nanti..bakal meninggalkan bumi ini tidak lama lg.20 hari lagi bakal meninggalkan bumi ini..bumi Jordan..entah bila lagi diberi kesempatan untuk datang ke bumi ini..mungkin hanya kenangan yg dapat ku ingatkan kembali bumi jordan ini..bumi yg pernah ku jejaki...kini,tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar bakal habis 'tempohnya'...tanggungjawab aku pada DIA akan berterusan sampai bila2, tanggungjawab sebagai anak, tanggungjawab sebagai seorang isteri,dan tanggungjawab sebagai seorang bakal ibu juga ..syukur..Ramadhan kali ini, aku memegang 5 'status'..status apakah itu...pertama: sebagai hamba kepada sang pencipta.. ke2 : sebagai seorang anak, ke 3: sebagai seorang isteri.. yg ke 4: sebagai seorang pelajar dan yg terakhir, ke 5: sebagai seorang bakal ibu..Redhai lah aku Ya Robb..pandanglah aku dengan kasih sygMu Ya Allah..

Ramadhan,adalah madrasah tarbiah, aku sebagai ' graduan Ramadhan'untuk memperoleh ijazah 'takwa'..moga ijazah itu dapat ku capai dengan sebaiknya..InsyaAllah...Ayuh sahabat3, kita perbanyakkkan amal di bulan ini..bulan yg kita jumpa hnya setahun sekali..berpeluangkah kita untuk bertemu di ramdhan akan datang..

Ramdhan kali ini, tanpa seorang abah..tapi aku ada abah 'disana' yg sentiasa memandangku dan anak2 dan isterinya dari jauh..yg mmbezakan kami, antara 2 dunia..yang sentiasa menunggu 'SMS' dari kami..abah, semoga abah tenang disana..dipermudahkan urusan disana...anak2 abah sentiasa mgingati abah..kenangan bersamamu takkn hilang begitu sahaja..kami akan kuat untuk menjaga ma..akan kuat untuk ma..InsyaAllah..


~~ SALAM RAMADHAN KAREEM, Kullu am Wa Entum Bi Kher~~



salam Ramdhan dari Perantauan
22/7/2012- Ramadhan ke 3..

No response to “Ramadhan : Madrasah Tarbiah”

Leave a Reply