Wednesday, May 16, 2012

..::♥Selamat Hari Guru♥::..







Selamat Hari Guru,
buat semua warga Guru..

Dedikasi khas buat murabbi sy:
  • Tadika Islam Darul Ai-Tam.
  • Sekolah Rendah Pernu.
  • sekolah Rendah Arab Jaim Pernu.
  • Maahad As-Sayyidah Khadijah Merlimau.
  • Kolej Universiti Islam Antarabangsa, selangor.
  • universiti Darul Iman, Malaysia.
  • universiti mu'tah, Jordan.
Juga pada along,Hasanuddin Addenan, kakak2,siti marjana dan siti Fatimah..adik yg bakal bergelar guru, fauziah..serta abg ipar..sahabat2 yg bergelar guru..dan seluruh guru wrga sekolah Rendah Islam Ahmadiah, Telok Mas, sekolah rendah Arab merlimau Pasir, sekolah yg pernah ku berkhidmat buat sementara, sebagai seorang Guru..dengan ucapan,selamat hari Guru..moga kalian menjadi Murabbi harapan agama, mendidik anak bangsa..

dan tidak lupa,

Jutaan terima kasih buat ma n abah, kalian murabbi sy sejak dari kecil.syg kalian sgt2.moga kalian dalam lindungan dan jagaan Allah slalu.dan buat zauji sy..moga akhi juga menjadi murabbi sy dlm melayari kehidupan menuju jalanNya..♥♥

Dedikasi khas buat semua Guru :

BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

♥Nurulain♥
16/5/12-11:22 am
Rabu-Mu'tah Jordan. :)

No response to “..::♥Selamat Hari Guru♥::..”

Leave a Reply