Saturday, November 19, 2011

...::MEMAHAMI KONSEP TAKDIR DARIPADA KISAH UMAR::...

Assalammualaikum w.b.t kepada semua teman2 blog yg dikasihi Allah sekalian.moga apa yg sy akan coretkan ini menjadi panduan kita bersama..InsyaAllah..baca+fahamilh (muhasabah) + amal.




Saidina Umar dan para sahabat ketika dalam perjalanan menuju ke Syam dikhabarkan bahawa di Syam sedang merebaknya penyakit taun. Ketika para sahabat bermesyuarat, Umar mencadangkan agar kembali sahaja ke Madinah. Manakala, Abu Ubaidah Amir bin al-Jarah berkata,
“Wahai Amirul mukminin, kenapa tuan ingin kembali ke Madinah dan lari dari qadar Allah?”
Berkata Umar,
“Kami lari dari qadar Allah kepada qadar Allah.”
Penjelasannya, sunnatullah (hukum alam) menetapkan akal kita mampu berfikir bahawa:
A (pergi ke negeri yang dilanda taun) akan menyebabkan X (dijangkiti taun).
B (tidak pergi) pula akan menyebabkan Y (tidak dijangkiti).
Maka, melaksanakan sebab A (pergi) yang natijahnya adalah X (dijangiti)
atau
melaksanakan sebab B (tidak pergi) yang natijahnya adalah Y (tidak dijangkiti),
itu juga dinamakan qadar Allah.
Akal dan hati fungsinya berfikir dan memilih. Hikmahnya, kita tidak boleh persalahkan Allah SWT dengan pilihan kita itu jika natijahnya buruk.
Apapun, sama ada kita memilih sebab A (pergi) yang bernatijahkan X (dijangkiti) atau memilih sebab B (tidak pergi) yang bernatijahkan Y (tidak dijangkiti), semua itu sudahpun ada dalam ilmu dan pengetahuan Allah. Ia berlaku ke atas kita dengan izin Allah jua.

from : Fatima Syarha.

~ Moga kita sama2 dapat memahami setiap ujian yg dtg pada diri kita..terimalah dengan redha, hikmah yg kita xtau apa yg dinatijahkan buat kita.

~ Tersenyum lah kita bila didatangkan 1001 ujian..seperti Rasulluah s.a.w. tetap tersenyum bila adanya ujian datang dalam diri Baginda.

No response to “...::MEMAHAMI KONSEP TAKDIR DARIPADA KISAH UMAR::...”

Leave a Reply