Saturday, July 9, 2011

..::Ingin persis Sumayyah::..

~~ Biar Tegas, asal tidak tewas..~~



Sumayyah..
dalam diri selembut sutera,
kau miliki Iman yang teguh..

kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera,
dibelenggu jahililah, kau tempuhi dengan berani,
walaupun jasadmu milik tuan,
tetapi hatimu milik Tuhan,

padang pasir menjadi saksi,
ketabahan keluarga itu,
tika suami dan anak dibaring menghadap mentari,
disuruh memilih Iman, atau kekufuran,
samar jahiliah atau sinaran aqidah,

sabarlah keluarga Yasir,
bagimu syurga disana, dan kau pun tega memilih syurga,
walau terpaksa mengorban nyawa,
lalu tombak yang tajam menikam jasadmu yang
tiada bernyawa..namun Iman didadamu
sedikit tidak berubah.

darahmu menjadi sumbu pelita Iman,
sumayyah kaulah lambang wanita solehah,
tangan yang disangka lembut menghayun buaian,
menggoncang dunia mencipta sejarah..

sumayyah,
kau dibunuh didunia sementara,
untuk hidup di syurga yg selama2nya,
kaulah wanita terbaik sebaik manusia,
namamu tetap menjadi sejaarah..

( sumayyah - Hijjaz )

wanita,
peliharalah akhlak mu,
kerana ia sumber kecantikanmu,

peliharalah Agamamu,
kerana Ia adalah peganganmu,

peliharalah amalmu,
kerana Ia adalah pakaian ukhrawimu,

dan peliharalah lisanmu,
kerana Ia adalah hatimu,

yang menentukan baik dan buruk dirimu...

sama2 kita beristighfar..sama2 kita muhasabah, bagaimana
tahap keimanan dan kecintaan kita padaNya??adakah kecintaan kita
padaNya, melebihi kecintaan kita kepada manusia..atau kecintaan kita
pada manusia lebih lagi dari kecintaan kita padaNya..sapa yang akan
memberi jawapan itu untuk kita??.. 'tepuk dada, tanya iman..'



sedarlah..
jika kita mencintai bunga,
sedarkah kita bunga akan layu?
jika kau cintakan manusia,
sedarlah, suatu hari dia akan pergi,
jika kau mencintai harta..


sedarlah,
harta itu akan kau tinggalkan..
hanya DIA cinta abadi..
yang kekal abadi..
cintailah ILAHI...

" Pepatah arab membawa maksud:
Agama menjadi sendi hidup,pengaruh menjadi penjaganya,
kalau tidak bersendi, maka runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga,
binasalah hayat..orang yang terhormat itu, kehormatannya sendiri melarang dia berbuat jahat..."


ku mahu..ku inginkan. ku berdoa..

Ya Allah,
Engkaulah cinta teragungku,
cintaku kepadaMu harap dibalas,
janganlah cintaku ini tidak berbalas,

jangan biarkan aku tanpa pimpinan,
pimpinlah aku kejalan yang benar,
hanya kepada Engkau lah harapanku,
janganlah hampakan perasaanku..

Ya Tuhanku,
aku mencintaimu..peliharalah hati2 hamba2Mu ini.



Nota cinta^^:

* Biar tegas, asal tidak tewas, muslimah harus ada pendirian...

* Ya Allah, jadikan lah aku wanita2 yang kuat dijalanMu..peliharalah ku dan juga semua hamba2Mu ini. moga ujian yang KAU berikan kepada kami menjadikan kami kuat, bagaikan srikandi disisiMu..

* sekuat...setabah..walau apa pun dugaan, persis srikandi SUMAYYAH~~

* Man ashaqqa faiffa, famata syaheed~~

* sentuhan dari drama ' Bagaikan Sumayyah'~~alhamdullilah terkesan~^^




No response to “..::Ingin persis Sumayyah::..”

Leave a Reply