Thursday, June 16, 2011

~ Terus MELANGKAH~

~Semoga 'PERMUSAFIRAN' ku bernilai Ibadah disisiNYA~

Ya Allah..
ku mohon kepadaMu,
tetapkan lah pendirianku dalam matlamatku,
tetap terus melangkah dan terus melangkah
dalam mengapai dan mengutip mutiara Ilmu.

Tidak akan ku biarkan pengembaraan ku disini
hanya satu pengembaraan yang sia2,
cuba dan terus cuba melangkah
tanpa mengenal erti lelah,
bermatlamatkan dengan cita2 yang satu
demi 'menggali' sebanyak mungkin mutiara Ilmu.

Akan..dan akan terus melangkah..
kuatkan tekad dihati,
tiada yang mustahil dari DIA,
teruskan bermujahdah dan terus..terus..
natijah dari DIA..
percayalah akan erti sebuah keajaiban dari
sebuah TAWAKAL.

Terus melangkah,
tanpa berpaling ke belakang,
percayalah pada diri,kejayaan akan diperolehi,
bila kita akan merasai akan kepayahan,
kerana disitu keyakinan pada diri akan TERCIPTA.

YAKINLAH,
ku ingin terus 'terbang' tinggi,
dalam mencari mutiara ilmu,
walaupun terkadang 'PUTUS ASA' pada diri hadir,
tapi, akan ku kuatkan semangat,
demi CITA yang satu,

KUATKANLAH langkah ku Ya Allah,
semoga langkah ku bernilai Ibadah,
bukan langkah dan penggembaraan yang sia2,
Teruskan TERSENYUM dalam melangkah,
InsyaAllah, Allahu Taala A'lam~

Doa+ Effort + Tawakkal~

Nota cinta^^ :

* KEKUATAN tidak datang dari kemampuan FIZIKAL,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak

pernah MENGALAH~

* Teruskan MELANGKAH tanpa mengenal erti penat, letih..

* Terus 'bekerja KERAS' untuk mengutip mutiara Ilmu~MADAH soifi: I'jaz Quran, Ahkam Wakaf, Nabatat, Tilawah 1..believe urself, u can do it~!!!

* semoga usia 9 bulan pengembaraan ku disini tidak sia2,yakin pada diri.

~ Focus..focus dan terus fokus pada matlamat~Allah, make it easy..^^


No response to “~ Terus MELANGKAH~”

Leave a Reply