Sunday, June 5, 2011

..::Nota buat pejuang di Dataran Syuhada'::..



( Perjuangan di dataran syuhada')

Sungguh ku rindu sangat untuk pulang ke malaysia..
tanah tumpah darah tercinta..
rndu sangat sama ayah bonda & keluarga..
tp.. aku harus bertahan..
terus kuat..terus tabah..

walau telah beberapa kali "baju kalis rindu" ini terkoyak..
tp aku tidak boleh membiarkannya terus terkoyak..
pasti akan kupinta jasa baik shbt menjahitknnya semula..
membukanya sama sekali aku tidak boleh..

walau angin badai bertiup kencang..
biar ribut taufan datang bertandang..
ku harus tabah..tidak boleh rebah..
walau jalan ini penuh cobaan..
tp jalan ini yg mnjadi pilihan..
kerna sebagaimana sabda Rasulullah dlm hadith Baginda :

Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ” Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak ”

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)
Subhanallah!!..

sungguh beruntung bg org2 yang diberi kesempatan utk berada di dalam lapangan ini..
perjuangan yang tdk perlu mengangkat senjata..
perjuangan yang tdk perlu mengorbankan nyawa..
perjuangan yang hanya bersenjatakan pena..
tetapi..perjuangan ini..
perlukan pengorbanan diri..
berkorban rasa..
berkorban masa..
berkorban tenaga..
perlukan kesungguhan yg jitu..
kerna..perjuangan ini..
matinya juga adalah syahid..
walaupun kadangkala ujiannya pahit..

hempedu itu pahit..
tetapi pahitnya bisa menjadi ubat..
madu itu manis..
tetapi terlebih makan bisa jd mudhorat..

biar pahit..
biar sakit..
biar sukar..
biar payah..
jangan gundah..
sabar itu indah..
ingatlah kita ada Allah..
kita harapan ibu ayah..
kita "khudwah" adik2 di rumah..
kita bakal peng"evolusi" ummah..
yang pasti..matlamat kita jannah..
strive for Jannah~!!

( semoga kerinduanku kepada kalian, tidak melebihi cintaku kepadaMu..)


Nota cinta^^ :


* Sungguh, sy rindukan family sy..ma..abah..adik bradik sy sgt2 saat ni.. :((


* BarakaAllahu fekum..semoga kita dalam jagaan dan rahmatNya sentiasa..


* Semoga terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan di medan syuhada' ini.


* kamu kne kuat nurul ain..semoga kamu menjadi rantai perjuangan Islam..Harapan Islam..harapan kluarga..dan harapan masayarakat..





No response to “..::Nota buat pejuang di Dataran Syuhada'::..”

Leave a Reply