Monday, December 13, 2010

..:: Imtihan Syita' ::..

Habis sudah imtihan thani, bermula lah imtihan syita' plak di bumi Jordan.dengan 8'c..sebelum ini, bila dengar sahaja suasana syita', tak sabarnya menannti musim itu tiba..Bila syita' bermula...Ya Allah,tak tahannya rasa..rasa ingin kembali pulang ke malaysia ( berkata dalam hati )..Tak tertahannya rasa..tapi semua itu perlu dihadapi juga bg semua orng yg belajar di negara yang bermusim ini..Kalau balik Malaysia, tak merasai musim syita'..takde la frost, takde la salji (hehhe)..betul tak..?

* Frost yg turun dihadapan bayt( xcitednya)~

Berkata Saidna Omar r.a "Musim sejuk itu merupakan satu keuntungan bg golongan yg suka beribadah"..

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

Cuaca di bumi Jordan ini ialah empat musim. Bagi negara 4 musim, sebelum musim bunga, musim sejuk datang dulu. Dan selalunya, musim sejuk dikaitkan dengan salji. Menyeronokkan bagi sesiapa yang belum pernah merasainya( smpai ke negara yg bermusim ).Yang merasainya merupakan ujian yang tak terkata , hanya Allahu a'lam..Tetapi di sini musim yang paling ketara ialah musim panas dan musim sejuk sahaja. Musim luruh dan bunga tidaklah begitu ketara sepertimana di UK atau Jepun. Musim sejuk disini memang sejuk dan menyakitkan bagi sesiapa yang tidak memakai baju sejuk kerana struktur muka bumi Jordan ialah gurun. Angin sejuk gurun adaah lebih merbahaya berbanding angin sejuk di tempat lain.


Bila musim sejuk, semua yg nak dilakukan jadi terbatas..tak tertahan bila terkena air semasa mengambil wuduk..penggunaan air pun perlu dihadkan.kesihatan perlu dijaga pada musim sejuk2 ini.Menghadiri kuliah, keluar dengan memakai pakaian tebal2, spya kshtan dpt dijaga..pemakaian perlu diamik berat supaya takkan ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku...


* maa sahabat seperjuangan di Jamiah~


* maa teman ~

* Bergambr b4 khirij..hehe=)

Berkata Ibnu Mas`ud ."Banyak kebaikan pd musim sejuk, diturunkan pdnya barokah, dan dipanjangkan malamnya untuk berqiamullail, dan dipendekkan waktu siangnya untuk berpuasa ..


* Selamat menghadapi syita' bagi warga Jordan..Selamat berimtihan ye..=) ~

No response to “..:: Imtihan Syita' ::..”

Leave a Reply